Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!

Lebih Skandal Dari Biasa
 
PortalPortal  HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Latest topics
» Aksi Permain Bola Yg paling Aku suka ~
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] EmptyThu Sep 02, 2010 1:45 am by ____am____

» Selamat Berpuasa Semua
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] EmptyTue Aug 24, 2010 6:08 pm by ____am____

» Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] EmptyThu Jun 17, 2010 5:11 pm by ____am____

» SATRIA CLUB !!
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] EmptyWed Jun 09, 2010 4:57 am by ___ari3l___

» Crazy asian rider wow people on the street
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] EmptyFri Mar 26, 2010 2:18 pm by ____am____

» Gambar Baikk..Punya
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] EmptyFri Mar 26, 2010 2:16 pm by ____am____

» (GAMBAR)Ziana Zain Berturban La Pulak
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] EmptyFri Mar 26, 2010 12:33 pm by ____am____

» Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] EmptyFri Mar 26, 2010 10:46 am by ____am____

» Ku ingin kembali
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] EmptyThu Mar 25, 2010 3:27 pm by ____am____

» Why malay people afraid to speak in english??
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] EmptyThu Mar 25, 2010 3:24 pm by ____am____

» nak wat gath x???
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] EmptyThu Mar 25, 2010 3:29 am by ____am____

» Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] EmptyTue Mar 23, 2010 9:42 am by yanie.

Gallery
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] Empty
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forumer Kedah:1 on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! on your social bookmarking website
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
 Gallery
Top posters
_____.Rexo._____ (612)
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_rcap 
____am____ (562)
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_rcap 
___ari3l___ (222)
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_rcap 
yanie. (188)
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_rcap 
lola87 (115)
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_rcap 
__mimi__ucu__ (85)
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_rcap 
fyda (68)
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_rcap 
mister-kerang (58)
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_rcap 
miss-lady (58)
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_rcap 
miss erien a.k.a bunga (50)
Semurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 5] Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Partner Kami

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 19 on Sun Jun 11, 2023 7:01 pm
Statistics
We have 139 registered users
The newest registered user is ninie032003

Our users have posted a total of 2369 messages in 976 subjects
Facebook
Fan Club Kedah 1

Fan Club Kedah 1


 

 Semurni Cinta Aina [Chapter 5]

Go down 
AuthorMessage
lola87
Member
Member
lola87


Posts : 115
__Points__ : 10767
Join date : 03/01/2010
Age : 37
Location : Serdang,Selangor

Semurni Cinta Aina [Chapter 5] Empty
PostSubject: Semurni Cinta Aina [Chapter 5]   Semurni Cinta Aina [Chapter 5] EmptySat Jan 16, 2010 3:24 pm

Haikal yang sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja, tersentak bila menyedari Aina tiba-tiba berada di belakangnya. "Kuss semangat! Aina ni buat abang terkejut." Dadanya diurut beberap kali.

"Abang kerja?" Haikal mengangguk beberapa kali. "Aina nak ikut" Hah? Kenapa pulak ni? "Aina takut duduk berdua je dengan kawan abang tu." Wajahnya saja sudah cukup menggambarkan kerisauannya. Haikal tergelak. "Dia kan tengah sakit tu.? Mana lah dia larat nak apa-apakan Aina." Aina terdiam. Lelaki tu tak boleh di percayai. Raut wajahnya sahaja sudah cukup menakutkan

"Dah 3 hari abang cuti semata-mata nak tolong jaga mangkuk ayun sekor tu. Hari ni abang mesti kena kerja. Aina call je abang kalau ada apa-apa ok!" Briefcase hitam di atas katil dicapainya tanpa menghiraukan Aina yang sedang gusar.

Dia menuruni anak tangga ke ruang tamu. Sebelum melangkah keluar, pintu bilik Samad dikuaknya. Lelaki itu masih nyenyak tidur. "Oiii! Bangunlah!" Tubuh Samad digoncangnya beberapa kali. Terpisat-pisat dia bangun. Sesekali dia menyeringai menahan sakit yang masih bersisa. "Aku nak pergi kerja nih! Kau tu duduk rumah diam-diam. Jangan nak buat tak senonoh dengan Aina pulak! Kalau aku dapat tahu, nahas kau aku kerjakan!" Samad mengangguk laju. Tengah sakit ni! Tak kan nak kacau orang lak!

Aina resah di dapur. Sesekali dia menjeling pintu bilik tempat Samad berada. Kenapa lah lambat sangat masa berjalan. Cepatlah Haikal balik. Dia benar-benar takut!

Berderau darah Aina. Bagaikan tersirap naik ke muka tatkala terdengar bunyi ketukkan di muka pintu. Baru tengah hari, tak mungkin Haikal sudah balik. Dia hanya mendiamkan diri., mengharapkan agar bunyi itu akan berhenti sendirinya. Namun ketukkan itu terus bertalu-talu berbunyi.

"Hish! Sapa yang bodoh sangat tu!" Samad tiba-tiba keluar dari biliknya. Terjengket-jengket dia menuju ke muka pintu. "Hah! Kau rupanya Mail! Macam nak runtuh pintu ni kau kerjakan!" Mail yang tersembul di pintu sekadar tersengeh..

Punggungnya dihenyak kasar di atas sofa. "Sheila call aku. Dia cakap kau accident. Gila kau! Apasal tak gi hospital?" Asap rokoknya dihembus perlahan-lahan. "Kita orang race bukan kat tempat biasa!"

"Apasal lak?" Wajah Mail mula berkerut. "Kai tak ada malam tu! Malas lah pergi kat sana. Kau pun tahu kan? Kai tu "kepala" , kalau dia tak ada, budak-budak ni malas nak pergi sana. Dah lah jauh lak tempat tu!" Rokok ditangan Mail dicapainya, disedut dalam-dalam. Ketagih beb! Dekat seminggu tak hisap rokok. Si Haikal tu kedekut siot! Rokok sebatang pun berkira!

"Kai tak ada? Uiks? Pelik seh!Apahal lak mamat tu tak pergi. Selalunya tak pernah miss!" Wajah Samad yang tengah asyik menyedut asap itu direnung lama. Samad menjungkitkan bahunya. "Entah! Buang tebiat kot mamat tu! Sekarang ni hah! Dah ada orang gaji pulak dah. Entah budak cacat mana yang dia kutip! Tapi comel siot! Anak mami beb!" Ayat yang terakhir itu separuh berbisik bunyinya. Ketawa Mail dan Samad meledak kuat.

Aina yang berada di dapur makin kecut dibuatnya. Tawa mereka yang menjadi-jadi makin menambah rasa takut yang mencengkam hatinya sejak tadi.

"Aku tahu kau mesti tengah boring gilanya. Ni hah! Aku ada bawa cd baru." Sekeping cd dilemparkan ke arah Samad. "Wuiyoo! Seksi gila!" Kedua-duanya makin galak ketawa.

Sejam berlalu, mereka masih asyik melayan film blue di kaca tv. Sesekali mereka bertepuk tampar sesama sendiri. "Aku tak leh tahan lah Samad! Kalau aku "main-main" sikit dengan orang gaji Kai tu, ok tak?" Matanya dikenyit beberapa kali.

"Kau jangan Mail! Aku ni hah! Pagi-pagi lagi dah kena warning dek Kai. Aku tak berani beb!" Samad mengangkat tangannya tinggi-tinggi. Mail mengekek gelak. Nama je anak jantan tapi baru sekali kena gertak dah takut!.

"Dia warning kat kau, bukannya aku! Dan kalau mulut engkau tu duduk diam,Kai tak akan tahu punya!" Mail mula bangun. Matanya melilau mencari kelibat Aina. "Oit! Janganlah Mail! Kang tak pasal-pasal aku pulak yang kena!" Samad mula resah. Si Mail ni memang otak sewel. Selalu sangat buat benda yang bukan-bukan!

Hampir terlepas cawan di tangan Aina bila melihat kelibat lelaki yang tiba-tiba muncul di depannya. Aina berundur perlahan-lahan. Mailtersenyum nakal. Matanya meleret memandang tubuh Aina tanpa berkelip. Budak ni mesti tak pernah kena usik!

***************************

Haikal yang sedang leka mengadap skrin komputernya, tersentak. Deringan telefon di mejanya dibiarkan lama sebelum menjawab. "Assalamualaikun Kai! Ibu ni!" Suara Hajah Endon kedengaran sayup di hujung talian.

"Waalaikumsalam ibu. Lamanya tak dengar suara ibu, rindunya Kai!" Dia tersengeh. Lapang hatinya setiap mendengar suara ibu.

"Ye lah tu! Patutnya Kai yang telefon ibu bertanya khabar!" Haikal ketawa kecil. Ibu ni, belum apa-apa dah serang aku!

"Aina macam mana? Semalam Tok Ayah tanyakan pasal Aina. Dia rindukan cucunya tu agaknya. Hujung minggu ni baliklah kampung. Mungkin Aina pun rindukan atok dia" Haikal terdiam. Macam nak balik? Kerja kat office ni berlambak-lambak belum siap!

"Tengoklah dulu ibu. Kai tak janji. Errr…kenapa ibu tak call kat rumah Kai ? Bolehlah ibu bertanya khabar sendiri dengan Aina"

"Asyik engaged je dari tadi! Dah puas ibu cuba call tadi. Ke telefon kamu tu yang rosak?" Engaged? Rosak? Tak mungkin! Pagi tadi rasanya masih elok! Hatinya mula terasa tidak sedap.

Dia bingkas bangun. "Kathy! I half day hari ni." Setiausahanya yang berambut perang itu memandang hairan. "But U ada meeting kejap lagi Kai!" Langkah Haikal terhenti.

"Cancel kan saja. Animation untuk iklan baju tu dah siap ke?"

"Yusri yang buat. Cuma tinggal untuk final touch je. Rasanya by tomorrow morning can submit" Haikal mengangguk laju sebelum melangkah pergi.

Mujur juga dia tidak membawa keretanya ke tempat kerja. Motor TZM nya lebih senang bergerak di celah-celah kesesakkan lalu lintas.

*****************

Gedegammmmmm!!!!! Samad hampir melompat bangun, hinggakan terlupa kakinya yang sedang sakit. Dia tergamam di situ tatkala melihat kelibat Haikal di muka pintu. Adoi! Kantoi! Matilah aku kali nih!

"Motor sapa kat luar tu? Aina mana?!!!!" Haikal mula menyinga. "Errr…..Motor…..Mail. Aina…..ada kat atas. Mail dah usung dia masuk bilik" Terketar-ketar Samad menjawab. Haikal tersentak. Helmet hitamnya dibaling ke lantai sebelum berlari laju menaiki anak tangga ke tingkat atas.

"Celaka!" Haikal menjerit geram. Sebuah penumbuk hinggap di perut Mail. Lelaki itu tersungkur ke lantai. "Apa ni Kai? Rilek lah!" Mail menekan perutnya menahan sakit.

"Apa yang kau dah buat dengan dia hah?" Ya Allah Aina! Dada Haikal bergetar tatkala melihat Aina yang sudah terkulai layu.

"Alah! Minah ni lembik sangat! Aku belum buat apa-apa lagi dah pengsan!" Haikal mendengus geram.

Mail tergelak melihat tingkah Haikal. "Engkau ni kenapa Kai? Macam tak biasa pulak!"

"Setan! Apa yang tak biasa ?!!!! Aku usik pun tidak perempuan ni, kau pulak yang lebih-lebih!" Sebuah lagi penumbuk hinggap di perut Mail. Lelaki itu mengerang kesakitan

"Kau tu yang bodoh Kai! Ikan besar depan mata pun kau tak nak makan. Kau nak biarkan sampai busuk ke?" Mail bersuara geram. Kesabarannya mula hilang.

"Celaka kau Mail!!!!!!" Lampu meja di sebelah katil dicapainya. Mail segera berlari keluar sebelum sempat Haikal membalingnya. Pecah berderai lampu itu tatkala jatuh terhempas ke lantai.

Kedengaran bunyi ngauman motor Mail berdesup keluar ke jalan raya. Huh! Tahu pun kau takut!

Samad membetulkan duduknya. Pandangan tajam Haikal begitu menakutkan. Macam singa kelaparan. "Aku nak kau blah sekarang! Call awek kau suruh ambil! Tak kenang budi langsung!" Samad terkebil-kebil.

"Apa lagi yang tercegat tu? Aku nak naik atas sekarang. Bila aku turun, aku nak kau hilang! Kalau aku tengok engkau masih ada sini, mati kau aku kerjakan!!!" Samad bingkas bangun. Terjengket-jengket menuju ke biliknya. Sial kau Mail! Tak pasal-pasal aku yang kena!

***********************

Haikal menekur di tepi katil. Aina masih pengsan. Hendak menelefon Ziela agar ke mari, dia serba salah. Nanti apa kata Ziela? Lebih-lebih lagi kalau Zamri pun dapat tahu.

Wajah comel itu direnung lama. "Tok amanahkan Aina pada Kai. Jaga dia elok-elok macam menjaga nyawa sendiri. Isteri letaknya di hati bukan di kaki." Tergiang-giang kata-kata Tok Ayah di telinganya.

Haikal menarik nafasnya dalam-dalam. Pandangan jatuh pada tangan kudung milik Aina. Perlahan-lahan dia menyentuhnya. Tangan kudung itu lembut bagaikan tidak bertulang. Hujungnya bulat membentuk bagaikan siku. Matanya jatuh pada kesan melecet pada hujung tangan itu. Mesti kesan itu dia dapat kerana bergelut dengan Mail agaknya.

Haikal meraup wajahnya perlahan-lahan. "Kau tu yang bodoh Kai! Ikan besar depan mata pun kau tak nak makan. Kau nak biarkan sampai busuk ke?" Kata-kata Mail pula bermain-main di telinganya. Tubuh Aina dipandang lama. Dia lelaki. Bernafsu! Apatah lagi Aina adalah isterinya yang sah. Tetapi, setiap kali dia cuba mendekati gadis itu, perasaannya bercampur baur.
Aina terlalu naif!
Back to top Go down
http://florallan87.blogspot.com
 
Semurni Cinta Aina [Chapter 5]
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Semurni Cinta Aina [Chapter 2]
» Semurni Cinta Aina [Chapter 3]
» Semurni Cinta Aina [Chapter 4]
» Semurni Cinta Aina [Chapter 6]
» Semurni Cinta Aina [Chapter 7]

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! :: General Category :: Cerita/Carpen-
Jump to: