Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!

Lebih Skandal Dari Biasa
 
PortalPortal  HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  RegisterRegister  Log in  
Latest topics
» Aksi Permain Bola Yg paling Aku suka ~
Thu Sep 02, 2010 1:45 am by ____am____

» Selamat Berpuasa Semua
Tue Aug 24, 2010 6:08 pm by ____am____

» Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
Thu Jun 17, 2010 5:11 pm by ____am____

» SATRIA CLUB !!
Wed Jun 09, 2010 4:57 am by ___ari3l___

» Crazy asian rider wow people on the street
Fri Mar 26, 2010 2:18 pm by ____am____

» Gambar Baikk..Punya
Fri Mar 26, 2010 2:16 pm by ____am____

» (GAMBAR)Ziana Zain Berturban La Pulak
Fri Mar 26, 2010 12:33 pm by ____am____

» Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama
Fri Mar 26, 2010 10:46 am by ____am____

» Ku ingin kembali
Thu Mar 25, 2010 3:27 pm by ____am____

» Why malay people afraid to speak in english??
Thu Mar 25, 2010 3:24 pm by ____am____

» nak wat gath x???
Thu Mar 25, 2010 3:29 am by ____am____

» Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah
Tue Mar 23, 2010 9:42 am by yanie.

Social bookmarking
Social bookmarking digg  Social bookmarking delicious  Social bookmarking reddit  Social bookmarking stumbleupon  Social bookmarking slashdot  Social bookmarking yahoo  Social bookmarking google  Social bookmarking blogmarks  Social bookmarking live      

Bookmark and share the address of Forumer Kedah:1 on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! on your social bookmarking website
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
 Gallery
Top posters
_____.Rexo._____ (612)
 
____am____ (562)
 
___ari3l___ (222)
 
yanie. (188)
 
lola87 (115)
 
__mimi__ucu__ (85)
 
fyda (68)
 
mister-kerang (58)
 
miss-lady (58)
 
miss erien a.k.a bunga (50)
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Partner Kami

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 14 on Fri Jan 01, 2010 12:13 am
Statistics
We have 139 registered users
The newest registered user is ninie032003

Our users have posted a total of 2369 messages in 976 subjects
Facebook
Fan Club Kedah 1

Fan Club Kedah 1


Share | 
 

 Semurni Cinta Aina [Chapter 2]

Go down 
AuthorMessage
lola87
Member
Member
avatar

Posts : 115
__Points__ : 6609
Join date : 03/01/2010
Age : 31
Location : Serdang,Selangor

PostSubject: Semurni Cinta Aina [Chapter 2]   Sat Jan 16, 2010 3:20 pm

Haikal menumpang dagu di kaki tangga. Pandangannya dilemparkan jauh di tengah sawah. Sayup mata memandang dengan panorama indah liuk lentok Si Daun padi. "Laaaaaa! Menung lagi? Tadi kata nak pergi rumah Tok Ayah?" Ibu, ibu, selalu sangat menganggu lamunan aku.

"Malas lah ibu. Segan pulak nak ke sana" Dia menjawab perlahan. "Pergilah jumpa Tok Ayah tu dulu. Lepas tu baru buat keputusan nak ke tidak kahwin dengan Aina."

"Jangan pulak kamu terburu-buru buat keputusan sebelum kamu berjumpa dengan Tok Ayah. Nah! Ibu ada bekalkan lepat pisang. Nanti bagikan pada Tok Ayah" Aduh! Berbekal-bekal pulak! Ni yang aku malas ni!

"Lepat pisang? Ish! Tak kan Kai pulak yang nak bawa bekal lepat pisang ni ? Ibu je lah yang bagi nanti!" Buat jatuh saham aku aje kalau orang kampung nampak lelaki macho macam aku ni, menjinjing tupperware biru ibu!

"Dah! Dah! Jangan nak mengada-ngada. Pergi cepat! Nanti minta sikit daun limau kasturi dengan Mak Som kamu tu. Ibu nak buat tom yam. Kamu jugak yang beria-ia nak makan semalam" Ah! Sudah ibu ni! Nak aku pergi rumah Mak Som ambil daun limau kasturi pulak! Ni yang aku malas kalau balik kampung. Ada aje benda bukan-bukan yang ibu suruh. Kalau dengar dek geng-geng aku kat KL, mati aku di gelakkan!

Walaupun sudah puas dia memecut laju tetapi motor buruk itu tetap begitu geraknya. Kalau boleh nak je motor buruk arwah babah ni di tukarkan menjadi kapal terbang. Supaya senang dia meluncur laju di udara, jadi tak adalah sapa-sapa nampak dia terkial-kial membawa motor cabuk ni.

Dah puas meminta ibu buangkan saja motor buruk ni, tapi ibu berkeras membantah. Katanya, itulah kenangan manis dengan arwah babah. Kata ibu lagi, dengan motor buruk itulah aku dikendong ke klinik bila ditimpa sakit demam. Dengan motor buruk itu jugalah, aku dikendong ke bandar membeli baju setiap kali tiba musim sekolah atau hari raya.

Sayang betul ibu dengan babah! Tentulah sayang bila kahwin dengan orang yang kita cintai tapi aku ni macam mana? Boleh ke hidup bahagia jika Aina menjadi isteri aku. Dunia aku dan dia jauh berbeza. Aku seorang yang lasak, minat berlumba motor berkuasa besar dan suka mountain climbing. Aina pulak, gadis bertangan kudung yang lemah lembut. Macam kata ibu, gadis pingitan! Boleh ke keras dengan lembut bersatu?

Sedar tak sedar motor buruknya sudah menjengah ke laman To Ayah. Rumah kayu yang sudah usang tapi meriah dengan suara anak-anak kecil belajar mengaji. Langkahnya terhenti di situ tatkala terdengar suara merdu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Surah Yassin! Biarpun ilmu agamanya cetek, tapi dia yakin itu adalah petikan dari Surah Yassin. Lebih-lebih lagi dia selalu mendengar ibu mengalunkannya setiap malam Jumaat. Sedekah buat babah dan nenda yang telah pergi.

"Hang ni Usop, dah berapa kali Atok habaq tapi tak mau dengaq! Bila huruf nun mati atau huruf baris dua bertemu dengan huruf iqfa' kena bunyi dengung. Awat atok tak dengaq pun bunyi dengung hang ni!" Suara nyaring Tok Ayah mula kedengaran.

Tegasnya masih sama macam dulu. Haikal tersengeh! Dulu aku pun selalu kena marah dengan Tok Ayah. Selalu terbalik antara huruf Iqfa' dengan huruf Izhar. Yang paling dia ingat cuma huruf Iqlab sebab hanya ada satu huruf. Huruf Ba'. Itu je yang dia ingat dari dulu sampai umur dah masuk 35 tahun ni!

Suara merdu itu beralun lagi. Hatinya bagai dicarik-carik tatkala suara itu beralun. Merdunya! Kalau masuk pertandingan menyanyi, mesti kalah Siti Norhaliza dengan Mawi. Hehehe….

Itu ke suara Aina Nabila yang ibu selalu cakap tu ? "Hang ni sapa?" Alamak! Bila masa pulak Tok Ayah dah terconggok kat sini? "Assalamualaikum Tok!.Saya Haikal anak Hajah Endon" Tangannya dihulurkan.

"Ooooooo….Hang ka Kai! Anak Endon dengan Hazmi kan?" Haikal mengangguk laju. Ingatan Tok Ayah masih kuat rupanya. "Kalau hang, memang atok tak boleh lupa punya. Budak nakal yang paling susah atok nak ajaq mengaji. Hah! Sekarang ni lagu mana? Selalu tak hang mengaji Quran?"

"Errr…Ada, ada tok! Selalu lah juga mengaji" Hehehe…. Hidup, hiduplah Tok Ayah kena tipu dengan aku! Sembahyang pun selalu tuang, inikan pula nak membaca Al-Quran."Eh? Awat hang dok tercegat tang tu? Mai lah masuk!"

"Ni hah Tok, ibu kirimkan lepat pisang" Tupperware berwarna biru itu dihulurkan. "Terima kasih na! Lepat pisang mak hang memang sedap." Haikal tersengeh.

"Bila hang balik sini?"

"Dua hari lepas tok!" Tok Ayah sekadar menganggukkan kepalanya. "Atok ni dah tua Kai. Entah esok lusa dah nak pi. Hang jagalah Aina elok-elok na!" Hish! Aku setuju pun belum lagi. Cara Tok Ayah cakap ni macam dah confirm jek! Ni mesti ibu yang tolong setujukan untuk aku.

"Aina tu kesian! Cacat! Banyak yang kurang kat dia. Bila atok dengaq mak hang habaq pasai hang nak menikah dengan Aina, atok memang suka sangat. Lapang hati atok kalau ada orang yang boleh tolong tengok-tengokkan dia" Haikal terdiam.

"Aina! Aina! Bancuhkan kopi kat bakal suami hang ni. Bawak piring sekali. Mak Endon hang ada bagi lepat pisang!" Adoilah! Dah sahlah ni!

Sebentar kemudian, kelibat Aina muncul dengan menatang dua cawan kopi. Hemmm…..Sedap bau kopi ni! Bau dia tak sama macam kopi yang selalu dia minum.

"Jemputlah minum Kai! Kopi ni Aina bakar dan mesin sendiri. Atok tak suka kopi yang kedai jual tu. Banyak sangat benda tiruan yang ditambah. Hang cubalah! Rasa dia mungkin tak sama dengan kopi yang hang selalu minum" Memang dia hantu kopi. Sehari tanpa kopi dalam hidupnya, bagaikan tidak lengkap!

Haikal minum seteguk. Dua teguk dan berteguk-teguk! Hehehe…sedap! Memang sedap! Rasa macam nak secawan lagi. Tapi segan pulak nak minta tambah!

"Hang nak pi mana tu Aina? Mai duduk sini sat. Sembang-sembang dengan bakal suami hang ni." Ujar Tok Ayah tatkala melihat Aina yang mula mengatur langkah.

Gadis itu duduk bersimpuh di sebelahnya. Haikal mencuri pandang dengan ekor matanya. Comel! Anak mami berkulit kuning langsat. Tangan kudungnya disembunyikan di sebalik kain batik sarung yang menutupi kepalanya.

"Atok nak ke dalam. Hang pa berdua sembang lah na! Tapi jangan lama-lama sangat. Dah kahwin esok tak pa!" Haikal tergelak kecil. Tegas-tegas Tok Ayah pun pandai juga berlawak.

Aina Nabila masih tunduk merenung lantai. Entah apa yang menarik sangat kat lantai tu sampai muka aku yang handsome ni pun engkau tak nak pandang.

"Aina setuju ke nak jadi isteri abang?" Lama terdiam dia membuka bicara. Gadis itu mengangguk perlahan. "Bukan kerana terpaksa?" Dia menyoal lagi. Tingkah Aina masih sama seperti tadi. Kepalanya di anggukkan lagi. Adoilah! Macam mana nak hidup sebumbung kalau macam ni, dok main bahasa isyarat je.
Back to top Go down
http://florallan87.blogspot.com
 
Semurni Cinta Aina [Chapter 2]
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! :: General Category :: Cerita/Carpen-
Jump to: