Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!

Lebih Skandal Dari Biasa
 
PortalPortal  HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  RegisterRegister  Log in  
Latest topics
» Aksi Permain Bola Yg paling Aku suka ~
Thu Sep 02, 2010 1:45 am by ____am____

» Selamat Berpuasa Semua
Tue Aug 24, 2010 6:08 pm by ____am____

» Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
Thu Jun 17, 2010 5:11 pm by ____am____

» SATRIA CLUB !!
Wed Jun 09, 2010 4:57 am by ___ari3l___

» Crazy asian rider wow people on the street
Fri Mar 26, 2010 2:18 pm by ____am____

» Gambar Baikk..Punya
Fri Mar 26, 2010 2:16 pm by ____am____

» (GAMBAR)Ziana Zain Berturban La Pulak
Fri Mar 26, 2010 12:33 pm by ____am____

» Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama
Fri Mar 26, 2010 10:46 am by ____am____

» Ku ingin kembali
Thu Mar 25, 2010 3:27 pm by ____am____

» Why malay people afraid to speak in english??
Thu Mar 25, 2010 3:24 pm by ____am____

» nak wat gath x???
Thu Mar 25, 2010 3:29 am by ____am____

» Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah
Tue Mar 23, 2010 9:42 am by yanie.

Social bookmarking
Social bookmarking digg  Social bookmarking delicious  Social bookmarking reddit  Social bookmarking stumbleupon  Social bookmarking slashdot  Social bookmarking yahoo  Social bookmarking google  Social bookmarking blogmarks  Social bookmarking live      

Bookmark and share the address of Forumer Kedah:1 on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! on your social bookmarking website
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
 Gallery
Top posters
_____.Rexo._____ (612)
 
____am____ (562)
 
___ari3l___ (222)
 
yanie. (188)
 
lola87 (115)
 
__mimi__ucu__ (85)
 
fyda (68)
 
mister-kerang (58)
 
miss-lady (58)
 
miss erien a.k.a bunga (50)
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Partner Kami

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 14 on Fri Jan 01, 2010 12:13 am
Statistics
We have 139 registered users
The newest registered user is ninie032003

Our users have posted a total of 2369 messages in 976 subjects
Facebook
Fan Club Kedah 1

Fan Club Kedah 1


Share | 
 

 Semurni Cinta Aina [Chapter 6]

Go down 
AuthorMessage
lola87
Member
Member
avatar

Posts : 115
__Points__ : 6839
Join date : 03/01/2010
Age : 31
Location : Serdang,Selangor

PostSubject: Semurni Cinta Aina [Chapter 6]   Sat Jan 16, 2010 3:25 pm

Haikal tersentak. Terdengar sayup-sayup alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quan berkumandang. Matanya digosok beberapa kali. Mana Aina? Bacaan ayat-ayat suci itu berkumandang lagi. Tetapi kali ini lebih dekat bunyinya.

Dia sebak! Sebak mendengar suara merdu Aina mengalunkan bacaan itu atau mungkin sebak kerana semua itu telah lama dia tinggalkan. Dan, dadanya kian sebak tatkala melihat Aina tiba-tiba sujud semula di atas sejadah. Kedengaran esak tangis gadis itu memecah keheningan subuh.

Aku kah yang bersalah? Hinggakan gadis tabah itu mengalirkan air matanya. Atau, aku kah yang kejam? Meletakkan status mulia seorang isteri di hujung kaki aku? Haikal kembali memejamkan matanya. Berpura-pura masih tidur bila menyedari langkah Aina menghampirinya.

Hatinya tersentuh tatkala tangan Aina membelai lembut ubun-ubun kepalanya. Jiwanya bagaikan tersentap tatkala ciuman hangat Aina singgah di dahinya. Haikal terkedu! Ya Allah, ampunilah aku! Baru dia perasan, setiap pagi bila dia bangun, badannya akan dilitupi dengan selimut. Selama ini, dia memang tidak pernah tidur menggunakan selimut. Lebih selesa tanpa selimut dan tidak berbaju. Mungkin Aina yang menyelimutinya setiap hari dan mungkin juga Aina akan membelai ubun-ubun kepalanya dan menghadiahkan sebuah ciuman setiap pagi. Aku je yang tidak sedar, atau pura-pura tidak sedar. Aduhai hati! Akan goyah kah ego ku nanti?

Puas sudah dia cuba memejamkan matanya. Memaksa untuk kembali menyambung tidur, namun matanya makin kuat bersengkang. Ah! Bangunlah! Sudah lama subuh tidak ku sapa, sudah lama sejadah tidak ku cium. Haikal bingkas bangun.

Bau harum kopi yang dibakar menggamitnya untuk turun ke bawah. "Abang dah bangun. Awalnya?" Wajah itu nampak pucat. "Aina sakit ke? Pucat je muka abang tengok" Tangannya sudah menjamah ke dahi Aina. Panas! Demam terkejut agaknya? "Aina demam ni! Abang bawa pergi klinik ye"

"Sikit je ni. Lepas makan panadol nanti, mungkin panas ni akan surut" Aina tersenyum lembut namun masih gagal menyembunyikan wajahnya yang kian pucat. "Abang pergilah kerja. Tak payah risaukan Aina. Insya-Allah tak ada apa-apa" Haikal terdiam. Kata-katanya mati. Tak reti hendak memujuk. Bab pujuk memujuk ni dia memang selalu fail!

Haikal yang baru selangkah menaiki anak tangga tergamam! Bunyi benda jatuh di dapur mematikan langkahnya. "Ya Allah! Aina!" Tubuh Aina yang sudah terkulai di pangkunya. Digoncang-goncangnya beberapa kali. Tangannya terasa berkuap akibat bahang panas badan Aina yang kian memuncak.

Kelam kabut Haikal dibuatnya. Tubuh Aina dicepung ke dalam kereta. "Alamak! Kunci kereta aku mana pulak ni? Adoi! Time-time ni pulak dia nak hilang!" Dia mendengus geram. Habis bersepah barang-barang dipunggahnya. Nasib baik jumpa, kalau tak, mahunya tunggang langgang rumah ini dikerjakannya.

Keretanya dipecut laju. Meskipun masih awal pagi, kenderaan sudah mula bersesak memenuhi jalan raya. "Hampeh! Jam pulak!" Puas di honnya kereta di depan agar dia diberi laluan, namun sia-sia. Masing-masing mengejar masa dan eggan beralah.

Sepatutnya kurang setengah jam dia sudah boleh sampai di hospital. Tubuh Aina dicepungnya memasuki perkarangan hospital. Tidak dihiraukan mata-mata yang hairan merenungnya.

"Ziela! Ziela! Tolong abang!" Mujur dia ternampak kelibat Ziela, kalau tidak masanya banyak terbuang di kaunter pendaftaran. "Eh? Abang Kai? Kenapa ni?" Wajah Ziela berkerut. "Aina tiba-tiba pengsan!"

"Panas sangat badan dia ni. Bawa dia masuk bilik Aina!" Haikal mengangguk laju. Kelam kabut dia mendukung Aina ke dalam bilik.

Dia memeluk tubuh memerhatikan tingkah Ziela. Sesekali kerutan di wajah Ziela mengundang resahnya. Teruk sangat ke keadaan Aina? "Dia cuma demam tapi suhu badan dia terlalu tinggi. Ziela akan cuba kurangkan panas badan dia sekejap sebelum abang Kai bawa dia pulang." Haikal sekadar mengangguk. Buatlah apa saja Ziela! Aku tak peduli asalkan Aina selamat!

"Eh? Abang buat apa berdiri kat sini? Ziela nak buka baju Aina ni, tak kan abang Kai nak tengok kot?" Hehehe....Haikal tersengeh. Kepalanya digaru beberapa kali. "Sorry! Abang tunggu kat luar." Ziela tersenyum menguntum. Lelaki gagah ini sering mengundang senyumnya.

Setengah jam menanti, Haikal kian resah. Dan, dia kian pelik bila banyak mata yang menjelingnya sejak tadi. Apa yang tak kena? "Macam mana Ziela?" Haikal terus meluru sebaik terlihat kelibat Ziela. Gadis itu ketawa kecil. "Abang Kai ni, risau sangat! Macam lah Aina tu isteri abang!" Adoi! Memang dia isteri aku pun!

"Nah! Ambil ni! Ziela pinjamkan pada abang" Sehelai jaket hitam dihulurkan kepada Haikal. Kening Haikal berkerut. Apahal lak ni? "Tu lah abang! Kelam kabut sangat, sampai baju pun terlupa nak pakai!" Laaaaaa! Patutlah semua orang dok perhatikan aku sejak tadi. "Alamak Ziela! Abang tak perasan lah. Nak cepat sangat tadi" Ketawa Haikal meledak. Baru dia perasan, dia hanya memakai jeans lusuh tanpa baju.Adoi! Macam manalah aku boleh terlupa? Ziela ketawa mengekek. "Nasib baik body abang solid! Tu yang orang dok pandang tu. Kalau tak dengan Ziela sekali pun lari!" Ketawa gadis tadi masih bersisa.

"Aina macam mana?" Soalannya diulang kembali. "Tunggu sekejap lagi. Abang Kai ni kenapa? Nak bawa Aina balik cepat-cepat sangat kenapa? Tak kan sehari tak minum kopi yang Aina buat dah tak senang duduk kot?" Haikal tergelak.

"Jom kita pergi minum dulu. Ziela belanja abang" Haikal serba salah. Tak kan nak dibiarkan Aina kat situ sorang-sorang. "Tak apalah Ziela. Abang nak tunggu Aina. Lagipun jaket yang Ziela bagi ni tak muat untuk abang. Malaslah abang nak ke hulu ke hilir dengan badan tak berbaju ni!"

"Hemmmm.....Kalau macam tu tak apalah. Tapi janji lain kali abang mesti belanja Ziela minum" Haikal mengangkat tangannya tinggi-tinggi tanda janji yang telah dipersetujui. "Jom lah kita masuk dalam! Nanti ada orang yang tak lena tidur bila tengok abang Kai yang tak berbaju ni!" Adoi! Sabar jelah minah ni! Asyik kenakan aku je dari tadi!

******************

"Oit! Mangkuk! Akulah ni!" Hampeh punya member! Sedap-sedap je panggi aku mangkuk! "Engkau ni tak reti nak bagi salam ke Zam?" Kedengaran tawa Zamri di hujung talian. "Amboi sejak bila dah jadi alim ni? Hahaha…Alim taik kucing!" Sabar! Sabar! Haikal mengetap bibirnya beberapa kali. "Hah! Kau nak apa ni? Aku busy ni, kejap lagi ada meeting"

"Sorry lerr Kai! Aku gurau je. Ziela beritahu aku kelmarin, dia kata Aina pengsan. Macam mana sekarang?" Haikal terdiam. Pen di jarinya dipusing beberapa kali.

"Dah ok dah. Demam panas hari tu. Tetiba je demam. Terkejut aku dibuatnya!" Ketawa Zamri pecah lagi. "Sayang juga kau kat dia yek? Risau punya pasal sampai baju pun kau tak pakai yek?" Adoi! Budak Ziela ni, benda tu pun dia pergi cerita kat mamat ni! Haikal tersengeh.

"Engkau ni Zam, call aku sebab nak tanya pasal Aina ke sebab nak mengenakan aku?" Hahaha…Ketawa Zamri makin kuat. Sial betul mamat ni! Kalau pasal gelakkan orang , nombor satu!

"Kai! Engaku nak join kita orang tak?"

"Join apa lak ni?"

"Budak-budak ni nak buat konvoi. Tapi tak tahu nak gi mana. Kan ke minggu depan tahun baru cina. Cuti lama beb! Tak kan nak lepak kat rumah je!" Haikal terdiam. Konvoi? Memang dia suka sangat tapi dulu boleh lah, sekarang ni, susah lah sikit! Aina tu aku nak letak mana? Mustahil dia nak bertenggek atas TZM aku tuh!

"Aku rasa cam tak dapat join lerr…"

"Eh? Apasal pulak? Budak-budak tu semuanya nak pergi. Tengah tunggu kau je! Kalau kau on mesti dia orang pun on sama!" Haikal menarik nafasnya dalam-dalam. "Aina macam mana?" Soalnya perlahan. Zamri terbatuk-batuk kecil. Ye tak ye kan? Lupa pulak yang mamat ni dah kahwin. "Bawak je lah! "

"Gila kau! Aina bukannya cam awek-awek aku yang dulu. Belum ajak dah bertenggek atas motor aku!" Biar betul budak Zamri ni! Mati hidup balik pun belum tentu Aina tu nak ikut sekali. "Zam, lain kalilah kita bincang. Aku dah nak masuk meeting ni."

"Ok! Ok! But make sure kau join tau! Ziela tu beria-ria nak kau pergi sama. Lagi pun aku tak boleh tahan tengok muka seposen budak-budak tu kalau kau tak pergi!" Haikal tergelak kecil. Pandai jelah kau Zam!
Back to top Go down
http://florallan87.blogspot.com
 
Semurni Cinta Aina [Chapter 6]
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! :: General Category :: Cerita/Carpen-
Jump to: