Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!

Lebih Skandal Dari Biasa
 
PortalPortal  HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  RegisterRegister  Log in  
Latest topics
» Aksi Permain Bola Yg paling Aku suka ~
Thu Sep 02, 2010 1:45 am by ____am____

» Selamat Berpuasa Semua
Tue Aug 24, 2010 6:08 pm by ____am____

» Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
Thu Jun 17, 2010 5:11 pm by ____am____

» SATRIA CLUB !!
Wed Jun 09, 2010 4:57 am by ___ari3l___

» Crazy asian rider wow people on the street
Fri Mar 26, 2010 2:18 pm by ____am____

» Gambar Baikk..Punya
Fri Mar 26, 2010 2:16 pm by ____am____

» (GAMBAR)Ziana Zain Berturban La Pulak
Fri Mar 26, 2010 12:33 pm by ____am____

» Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama
Fri Mar 26, 2010 10:46 am by ____am____

» Ku ingin kembali
Thu Mar 25, 2010 3:27 pm by ____am____

» Why malay people afraid to speak in english??
Thu Mar 25, 2010 3:24 pm by ____am____

» nak wat gath x???
Thu Mar 25, 2010 3:29 am by ____am____

» Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah
Tue Mar 23, 2010 9:42 am by yanie.

Social bookmarking
Social bookmarking digg  Social bookmarking delicious  Social bookmarking reddit  Social bookmarking stumbleupon  Social bookmarking slashdot  Social bookmarking yahoo  Social bookmarking google  Social bookmarking blogmarks  Social bookmarking live      

Bookmark and share the address of Forumer Kedah:1 on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! on your social bookmarking website
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
 Gallery
Top posters
_____.Rexo._____ (612)
 
____am____ (562)
 
___ari3l___ (222)
 
yanie. (188)
 
lola87 (115)
 
__mimi__ucu__ (85)
 
fyda (68)
 
mister-kerang (58)
 
miss-lady (58)
 
miss erien a.k.a bunga (50)
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Partner Kami

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 14 on Fri Jan 01, 2010 12:13 am
Statistics
We have 139 registered users
The newest registered user is ninie032003

Our users have posted a total of 2369 messages in 976 subjects
Facebook
Fan Club Kedah 1

Fan Club Kedah 1


Share | 
 

 Semurni Cinta Aina [Chapter 4]

Go down 
AuthorMessage
lola87
Member
Member
avatar

Posts : 115
__Points__ : 6731
Join date : 03/01/2010
Age : 31
Location : Serdang,Selangor

PostSubject: Semurni Cinta Aina [Chapter 4]   Sat Jan 16, 2010 3:22 pm

Bau harum kopi semerbak menusuk hidungnya tatkala memasuki rumah. Tali leher yang melengkar tengkuknya direntap kasar. Dia tersandar keletihan di atas sofa.

2 minggu bercuti, kerja-kerja di pejabat begitu menyesakkan. "Bersih rumah aku ni sejak ada Aina" Haikal tersenyum-senyum. Sekurang-kurangnya suasana rumah yang kemas dan bersih dapat me releasekan tensionnya.

"Eh? Abang dah balik? " Aina yang berkemban keluar dari bilik air, kelam kabut menutup badannya. Haikal tersengeh nakal. Memang dia masuk menggunakan kunci pendua yang ada padanya.

Muka Aina merona merah. Hendak berjalan pun dia jadi serba salah, melihatkan Haikal yang tidak berkelip merenungnya. Dan dia terus terpaku di situ tatkala Haikal mula bangun menghampirinya. "Rambut Aina yang basah ni, buat Aina nampak comel sangat!" Rambut Aina dielus lembut. Geram pulak aku tengok!

Tok! Tok! Tok! "Kai! Kai! Bukak pintu ni cepat!" Hish! Siapa pulak yang kacau daun memalam buta ni! Haikal mendengus geram. "Pergi naik atas!" Aina mengangguk laju. Dia segera berlari menaiki anak tangga ke tingkat atas.

"Oit! Sabarlah! Kang pecah lak pintu rumah aku nih!" Haikal membebel marah. Apa ni? Haikal ternganga melihat Samad yang berlumuran darah dipapah masuk ke dalam rumah. "Woii! Woii! Apahal lak ni?"

"Samad accident masa race motor tadi" Khairul budak bertubuh kurus kering itu tergagap-gagap menjawab. "Habis tu? Apasal bawa rumah aku pulak? Hantar hospital lah bodoh!" Apasal lah bengap sangat budak-budak ni! Ni yang buat aku angin nih!

"Kami race tadi tapi bukan kat tempat biasa."

"Korang race kat mana?!!!" Masing-masing menikus bila Haikal mula menengking. "Highway Sg. Besi. Pastu polis nampak. Samad accident masa nak lari dari kena kejar dengan polis!"

"Bawa jelah dia pergi hospital! Korang bukannya buat apa pun, cuma lumba haram je. Bukannya jual dadah!" Haikal mula panas. Kipas angin yang berputar ligat pun tidak terasa sejuknya.

"Tapi…. Kai…" Kata-kata Khairul terhenti. Dia menyeluk ke dalam poket jaket yang di pakai oleh Samad. Beberapa bungkusan kecil dihulurkan ke arah Haikal.

Haikal terdiam. Dahinya ditepuk beberapa kali. "Menyusahkan orang! Apasal tak mampus je tadi!" Sheila, makwe Samad yang sejak tadi menangis, makin kuat meraung tatkala mendengar kata-kata Haikal.

"Bak sini hand phone kau!" Khairul kelam kabut mengeluarkan telefonnya. "Zam! Aku ni! Adik kau ada rumah tak?" Nafasnya turun naik tatkala bercakap. "Hah eloklah tu! Kau bawa Ziela datang rumah aku jap! Kau pun ikut sekali. Alah! Datang jelah! Ada hal ni!" Klik! Talian terus dimatikan.

"Nah! Ambik balik hand phone kau. Kau boleh blah sekarang! Suruh budak-budak kau kat luar tu blah sama. Pasal Samad ni, biar aku uruskan!" Khairul kelam kabut mengangguk. Tidak berani membantah perintah Haikal.

"Rul! Nanti jap! Ni hah! Budak pompuan ni pun kau bawa balik sama. Asyik menangis je! Pening kepala aku!" Menyusahkan betul minah ni! "I tak nak balik! I nak duduk sini dengan Samad!" Sheila meronta-ronta cuba melepaskan cengkaman tangan Haikal. "Ish! Engkau ni nak makan penampar aku ke? Balik!!" Jeritan Haikal bergema ke seluruh ruang.

Aina yang baru menuruni anak tangga terhenti. Terkejut mendengar suara pekik Haikal sejak tadi. Dia tergamam bila semua mata tertumpu ke arahnya. "Aina! Kenapa turun? Kan abang suruh naik atas tadi? Naik!" Panas baran Haikal kian menjadi. Dan sekarang, tempiasnya turut mengenai Aina.

Aina yang tergamam dengan tindakan Haikal masih kaku di situ. Terpinga-pinga tanpa tahu apa yang berlaku. "Hish! Perempuan memang menyusahkan!" Haikal mendengus geram. Dia melangkah laju menghampiri Aina yang masih tidak berganjak.

Tangan Aina diraihnya untuk di bawa ke bilik. Namun, dia tersilap bila tangan kudung itu pula yang disentuhnya. Kali kedua menyentuhnya, perasaannya tetap sama seperti pertama kali dulu. Terkedu di situ! "Maafkan abang!" Macam mana aku boleh silap pegang nih! Pelik? Panas barannya tiba-tiba surut tatkala menyentuhnya!

*******************

"Kenapa abang Kai tak bawa dia ke hospital je?" Ziela yang baru siap merawat Samad membuka bicara. Haikal terdiam. Kepalanya digaru beberapa kali . Dia menjeling Zamri yang berdiri di sebelahnya. Zamri sekadar menjungkitkan bahunya beberapa kali. Tidak mahu campur tangan atas apa yang berlaku.

Samad dan geng motornya memang perangai gila-gila sikit! Dah banyak kali dia nasihatkan Haikal agar tidak terlalu rapat sangat dengan budak-budak tu, tapi Haikal memang jenis yang tak makan dek saman. Dan, inilah akibatnya!

Ziela tersenyum lembut. Faham benar dengan perangai Haikal. Tak usah di tanya banyak kali jika soalan tidak berjawab. Itu bermakna hal itu terlalu peribadi.

"Tak apalah! Ini ubat untuk luka. Nanti abang Kai bagi dia makan ye! Tak ada apa yang patah cuma luka je. Tapi pergelangan kakinya terseliuh sikit. Lepas berehat seminggu, sembuhlah!" Seminggu? Mak aii! Lamanya aku nak kena jaga hantu ni! Memang menyusahkan!


"Dengar kata, abang Kai dah ada orang gaji. Mana dia? Ziela tak nampak pun!" Mata comel gadis itu mula melilau mencari.

"Errrrrrr....." kata-kata Haikal terhenti. Zamri yang berada di sisinya meledak ketawa. "Orang gaji dia cantik sangat Ziela. Tu sebab lah abang Kai kau ni sorok!" Haikal tersengeh! Kecoh je Zamri ni!

Masing-masing terdiam bila Aina tiba-tiba muncul menatang dulang di tangannya. "Ini ke orang gaji abang Kai tu? " Haikal serba salah. Dia menjeling sekilas wajah Aina yang terselindung di sebalik tudungnya yang berwarna hitam. Gadis itu tiada apa-apa reaksi cuma senyumannya sahaja yang terus menguntum di biibir.

"Hai! Saya Ziela!" Tangannya dihulurkan kepada Aina. Aina tergamam. Dia menoleh memandang Haikal. "Errr...Ziela..., Aina ni cacat. Errr....Tangan dia kudung" Zamri tersentak. Patutlah Haikal tidak mahu orang mengetahui tentang statusnya dengan Aina. "Maafkan saya ye. Saya tak tahu" Ziela mula serba salah. Bimbang jika perlakuannya tadi menyinggung hati gaids itu. Aina sekadar tersenyum. Sudah biasa begitu! Dia tidak pernah ambil kisah lagi.
Back to top Go down
http://florallan87.blogspot.com
 
Semurni Cinta Aina [Chapter 4]
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! :: General Category :: Cerita/Carpen-
Jump to: