Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!

Lebih Skandal Dari Biasa
 
PortalPortal  HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Latest topics
» Aksi Permain Bola Yg paling Aku suka ~
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] EmptyThu Sep 02, 2010 1:45 am by ____am____

» Selamat Berpuasa Semua
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] EmptyTue Aug 24, 2010 6:08 pm by ____am____

» Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] EmptyThu Jun 17, 2010 5:11 pm by ____am____

» SATRIA CLUB !!
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] EmptyWed Jun 09, 2010 4:57 am by ___ari3l___

» Crazy asian rider wow people on the street
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] EmptyFri Mar 26, 2010 2:18 pm by ____am____

» Gambar Baikk..Punya
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] EmptyFri Mar 26, 2010 2:16 pm by ____am____

» (GAMBAR)Ziana Zain Berturban La Pulak
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] EmptyFri Mar 26, 2010 12:33 pm by ____am____

» Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] EmptyFri Mar 26, 2010 10:46 am by ____am____

» Ku ingin kembali
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] EmptyThu Mar 25, 2010 3:27 pm by ____am____

» Why malay people afraid to speak in english??
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] EmptyThu Mar 25, 2010 3:24 pm by ____am____

» nak wat gath x???
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] EmptyThu Mar 25, 2010 3:29 am by ____am____

» Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] EmptyTue Mar 23, 2010 9:42 am by yanie.

Gallery
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] Empty
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forumer Kedah:1 on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! on your social bookmarking website
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
 Gallery
Top posters
_____.Rexo._____ (612)
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_rcap 
____am____ (562)
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_rcap 
___ari3l___ (222)
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_rcap 
yanie. (188)
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_rcap 
lola87 (115)
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_rcap 
__mimi__ucu__ (85)
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_rcap 
fyda (68)
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_rcap 
mister-kerang (58)
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_rcap 
miss-lady (58)
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_rcap 
miss erien a.k.a bunga (50)
Semurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_lcapSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Voting_barSemurni Cinta Aina [Chapter 11] Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Partner Kami

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 76 on Tue Oct 08, 2024 1:40 pm
Statistics
We have 139 registered users
The newest registered user is ninie032003

Our users have posted a total of 2369 messages in 976 subjects
Facebook
Fan Club Kedah 1

Fan Club Kedah 1


 

 Semurni Cinta Aina [Chapter 11]

Go down 
AuthorMessage
lola87
Member
Member
lola87


Posts : 115
__Points__ : 11183
Join date : 03/01/2010
Age : 37
Location : Serdang,Selangor

Semurni Cinta Aina [Chapter 11] Empty
PostSubject: Semurni Cinta Aina [Chapter 11]   Semurni Cinta Aina [Chapter 11] EmptySat Jan 16, 2010 3:30 pm

"Ziela nak balik hari ni jugak! Sama ada abang nak hantar atau tidak, Ziela tetap nak balik. Berjalan kaki pun Ziela sanggup!" Zamri terdiam. Wajah murung Ziela direnung lama-lama. "Kata nak ikut abang pergi Pulau Tioman"

"Malas!" Ziela berpaling. Dia merenung jauh melalui tingkap yang terbuka luas. Zamri menggaru-garu kepalanya. Ini semua kaulah punya pasal Kai! Habis semua orang tak ada mood nak pergi bercuti! Zamri mendengus geram.

Haikal duduk menumpang dagu di anak tangga. Lepas satu batang ke satu batang rokok dihisapnya. Berkepul-kepul asap rokok itu setiap kali dilepaskan. Bagai diharapkan segala yang berlaku juga boleh hilang seperti asap rokok yang dihembusnya. Berkepul-kepul terbang hilang di udara.

"Kai!" Panggilan Zamri tidak bersahut. Haikal masih seperti tadi. "Aku tak jadi nak ikut sekali. Ziela berkeras nak balik hari ni juga. Dia adik aku, dan aku pun tak ada banyak pilihan!" Punggungnya dilabuhkan di sisi Haikal.

"Kai,..........Kau marahkan aku ke?" Haikal sekadar menggelengkan kepalanya. Bukan salah kau Zam! "Kai, aku pun tak suka nak masuk campur tangan dalam kehidupan peribadi kau cuma sebagai sahabat aku tak nak kau berterusan buat silap!" Haikal tunduk!

"Tak akan kurang walau sedikit pun maruah kau sebagai lelaki jika ego kau tu, kau letak di hujung kaki! Percayalah cakap aku! Engkau akan di pandang tinggi jika Aina kau mulia kan sebagai seorang isteri!" Haikal terkedu! Terdiam tanpa kata!

"Aku selalu dengar orang cakap. Kata orang, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Itu yang aku hairan tu! Macam mana lelaki macam kau ni, yang perangainya mengalahkan hantu setan, boleh memiliki isteri semulia Aina!" Zamri mengekek gelak. Sial kau Zam! Aku tengah layan blues ni, kau masih sempat kenakan aku ye! Tapi Zam........ Terima kasih! Kaulah sahabat aku dunia akhirat!

*****************

Tok Ayah baru selesai menunaikan solat zohor. Sejadah berwarna hijau tua itu dilipat cermat. Kopiah putih yang sentiasa berada di kepalanya, dibetulkan beberapa kali.

Dia melangkah perlahan menuju ke dapur. Masih ada banyak masa lagi sebelum waktu untuk mengajar mengaji. Kebiasaannya selepas asar hingga membawa ke isya' dia akan sibuk dengan rutin hariannya. Tok Ayah mengajar mengaji dengan ikhlas, tidak pernah meminta sebarang upah. Dan dia bersyukur, rezekinya tidak pernah putus malah kehidupan hari tuanya tidak pernah sunyi. Rumah usangnya sentiasa meriah! Sakit peningnya sentiasa ditanya. Dia tidak perlu gusar tentang semua itu!

Langkah Tok Ayah terhenti. Tangisan Aina walaupun perlahan namun masih dapat ditangkap oleh telinganya. "Aina…." Lembut suara Tok Ayah menyapanya. "Awat ni? Tok dengaq Aina dok nangeh dari tadi." Kepala cucunya diusap lembut.

"Aina gaduh dengan Kai ka?" Soalnya lagi. Tangan tuanya menyeka lembut butiran mutiara di pipi Aina. "Tok…… Apa yang Aina perlu buat lagi? Apa yang perlu Aina korbankan lagi?" Lirih suara gadis itu. "Hina sangat ka gadis cacat lagu Aina ni?" Sedunya masih bersisa. Tok Ayah tersenyum.

Tangan kudung Aina diraih lembut. "Tangan yang cacat ni adalah rahmat Allah buat Aina. Awat pulak di anggap hina?"

"Aina tak pernah anggap hina. Aina juga tak pernah kecewa. Tapi…… " Kata-katanya mati. "Tok faham Aina. Sabaq lah! Sabaq adalah ubat bagi segala penyakit. Ganjarannya besaq di sisi Allah!" Aina terdiam. Aina memang sabar Tok! Tak pernah jemu bersabar. Namun adakalanya, kesabaran Aina tercalar jua!

Sayang.....Kerdilnya aku! Bila dekat engkau lari! Bila jauh engkau menghilang! Sesekali, pandanglah aku!.........

************************

Percutian ke Pulau Tioman, dibatalkan begitu sahaja. Masing-masing sudah hilang mood untuk bersuka ria. Lepak kat KL lagi best!

Haikal sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Entah mengapa, sukarnya untuk berdepan dengan Aina. Bukan dia tidak kesiankan gadis itu, lebih-lebih lagi bila mengetahui Aina mengandungkan zuriatnya. Dia perlukan masa!

Pulang dari pejabat Haikal melangut di depan tv. Budak-budak lain semua sudah keluar. Bujanglah katakan! Pandangannya berbalam. Siaran hiburan yang disiarkan, sedikit pun tidak menghiburkan hatinya. "Aina!" Rintihnya perlahan. Ada rindu yang berlagu. Ada sendu yang mendayu. Kedua tangannya dipekup ke muka. Nafasnya berat dilepaskan.

Akukah yang buta sebenarnya? Leka mengilap kaca di tangan hingga kan kerlipan mutiara di riba tidak ku perasan?...............

Kai! Kai!" Lamunannya terhenti. Khairul menjengah masuk. Termengah-mengah lelaki itu. Nafasnya turun naik menahan lelah. "Engkau ni kenapa Rul? Kena kejar hantu ke?" Wajah Haikal mula berkerut seribu. Itulah! Maghrib-maghrib nak keluar, dah kena sakat!

"Kai! Baik engkau balik rumah sekarang!" Kenapa pulak mamat ni! "Aku dapat sms dari budak-budak Samad tadi! Mail mengamuk sakan! Dia masih berdendam lagi dengan kau lah!" Khairul menarik nafasnya dalam-dalam. Adoi! Penat seh!

"Dia on the way gi rumah kau!" Kening Haikal terjungkit. Pergi rumah aku? Aina!!!!

Haikal bingkas bangun. "Rul! Call Zam sekarang! Panggil Samad dengan budak-budaknya sekali. Suruh dia orang bergerak pergi rumah aku cepat!" Khairul mengangguk laju. Tangannya kelam kabut menyeluk poket mencari telefon bimbitnya.

*************

Aina berundur ke belakang. Badannya menggigil-gigil ketakutan. "Kai mana!!!!" Jerkah Mail kuat. Matanya membutang merenung wajah Aina. Gadis itu terdiam tanpa kata.

"Bodoh! Dah bisu pulak!" Tubuh Aina ditolak kuat hinggakan gadis itu terdorong ke tepi. Mail berlari laju menaiki anak tanga. "Kai! Mana kau! Keluar cepat! Hari ni aku nak buat perhitungan dengan kau.! Engkau mesti mampus hari ni!" Bagaikan singa yang kelaparan, Mail terus menyinga marah.

Pasu bunga yang terletak di tepi sudut, dihempas hingga pecah. Wajah Aina kian pucat. Dia terduduk ketakutan. Melihat Mail yang kian dekat menghampirinya, tubuhnya mengeletar hebat. "Heh! Aku tak dapat kau hari tu kan? Ikut aku!" Tangan Aina dicengkam kasar, diheretnya menuju ke tingkat atas.

"Lepaskan saya…." Aina merayu. Dia meronta-ronta memohon belas. "Diam! Kalau kau nak selamat, ikut je cakap aku!" Jerkah Mail. Mata terjegil kemerahan. Aina makin kuat meronta-ronta. Sedaya upaya cuba meloloskan diri dari cengkaman lelaki itu.

"Apasal engakau ni tak duduk diam hah? Kau nak sangat aku lepaskan? Nah! Ambik kau!" Mail mula hilang sabar melihat Aina yang enggan mengikutnya. Tubuh Aina di tolak kasar. Gadis itu ternyata gagal mengimbangi badannya. Tergolek-golek tubuh itu sebelum terjelepuk di kaki tangga.

"Abang.......Tolong Aina !" Aina merintih lemah. Kelihatan darah pekat yang mengalir di hujung kakinya!

Dan saat itu, dada Haikal bagaikan tersentap kuat. Aina! TZM nya dipecut makin laju. Berdesup-desup di celah-celah kenderaan yang berpusu-pusu bergerak.

Mail bagaikan dirasuk lagaknya. Habis semua barang-barang disepahkan. Dihempas dan dibaling sesuka hatinya. Setiap kali barang-barang itu pecah berderai, dia ketawa berdekah-dekah.

Dia menoleh ke muka pintu sebaik kedengaran bunyi enjin motor yang masuk ke laman rumah. Heh! Datang juga kau akhirnya! Dia tersengeh.

"Mail!!!!!!" Pekik Haikal. Suaranya bergema memecah hening maghrib yang kian ke penghujung. Mail tergelak. Suara Haikal sedikit pun tidak menakutkannya.

Pandangan Haikal jatuh pada sekujur tubuh yang sedang terbaring. Ya Allah! Aina! Bagaikan tercabut nyawa dari badan tatkala melihat gadis itu yang kian lemah. Dan sewaktu terlihat darah pekat yang mengalir di kaki Aina, marahnya makin membuak.

"Celaka kau Mail!!!!!!!"

Dia menerkam ke arah Mail. Sebuah penumbuk dilepaskan namun tersasar ke tepi. Lelaki itu lebih cepat mengelak. "Aku tak macam dulu lagi Kai! Aku lebih hebat dari kau sekarang! Mampus kau hari ni!"

Haikal membongkok memegang perutnya. Tendangan Mail tepat mengenai perutnya. Dia berkerut menahan rasa sakit. "Hahaha…" Ketawa Mail makin kuat. Puas hatinya melihat Haikal yang tersungkur.

"Apa lagi yang kau nak hah? Aku ingat semua dah settle!" Haikal bersuara keras. Hairan dia, mengapa dendam Mail padanya masih tidak berkesudahan.

"Banyak benda yang aku berbulu dengan kau Kai! Banyak! Kalau nak cerita satu perstau, sampai esok pun tak habis!"

Haikal menarik nafasnya menahan sesak di dada. "Kau berbulu dengan aku tapi bukan dengan Aina! Kenapa kau sakitkan Aina!" Mail ketawa lagi. Makin galak tawanya

"Aku tahu kau sayangkan perempuan tu! Sebab kau tak bagi aku usik dia cam awek-awek kau yang lain! Kalau dia sakit, mesti kau pun sakit kan?" Haikal mengetap bibir menahan geram

"Sial !!!!!!" Bagaikan dirasuk, Haikal meluru ke arah Mail. Dan kali ini, dia tidak memberi walaupun sedikit ruang buat Mail untuk membalas. Bertalu-talu pukulan hinggap di tubuh Mail.

Mail yan makin lembik itu tidak dihiraukannya. Haikal terus memukul hinggakan buku limanya melecet kemerahan. Ini semua untuk Aina!!!

"Kai! Sudah!" Zamri memeluk tubuh Haikal cuba meleraikan tindakannya yang makin liar. "Sudah Kai! Jangan buat silap lagi! Polis dah sampai. Biar mereka yang uruskan hantu ni!"

Nafas Haikal turun naik. Pelukkan Zamri direntap kasar. Dia meluru ke arah Aina yang sudah tidak sedarkan diri. "Panggil ambulans cepat!" Haikal menjerit cemas.

Tubuh Aina dipangku di atas riba. Dikucup dahi gadis itu berkali-kali. Bangun sayang! Bangunlah!

**********************

Haikal resah menanti. Macam mana dengan Aina? Dia mundar mandir. Penat ke hulu ke hilir, dia duduk kembali. Namun masih gagal menghilangkan resahnya. "Bawa bersabar Kai! Tengok Kai macam tu, buat ibu makin risau!" Hajah Endon menggosok lembut bahu Haikal. Tok Ayah yang duduk di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Wajahnya nampak tenang.

Haikal menarik nafasnya dalam-dalam. Ya Allah, lidungilah Aina! Dia bingkas bangun tatkala kelibat Ziela kelihatan.

"Ziela! Macam mana keadaan Aina?"

"Dia selamat. Tapi masih belum sedarkan diri" Haikal menarik nafas lega. Anak aku? "Macam mana dengan kandungannya?" Dada Haikal kembali berdebar.

"Setakat ni kandungan Aina masih selamat. Tetapi sokongan badannya lemah. Tak tahu dia mampu bertahan atau tidak. Kalau boleh bincang dengan Aina untuk gugurkan kandungan ini demi keselematannya." Haikal terduduk! Aina! Matanya dipejam rapat. Sebak!

"Boleh abang masuk tengok Aina?" Suara Haikal bergetar.

"Boleh tapi cuma abang seorang dan jangan terlalu lama" Haikal mengganguk perlahan. Dia melangkah longlai.

"Kai! Nanti sat!" Panggilan Tok Ayah mematikan langkahnya.

"Masa balik kampung hari tu, Tok tengok Aina dok bungkus benda ni. Mungkin dia terlupa nak bawa masa balik KL hari tu. Ambil ni! Rasanya untuk Kai!" Bungkusan kecil itu dihulurkan pada Haikal. Apa ni? Lama dia membelek bungkusan itu.

Pintu bilik dikuaknya perlahan. Sekujur tubuh yang terbaring itu di renung, sebak! Mata Aina terpejam rapat. Dahi Aina diusap lembut. Sejuk tatkala tangannya menjamah dahi itu. Sama seperti hati Aina, sejuk, lembut. Tidak pernah melenting biar pun sering tidak aku hiraukan.

Bungkusan yang berada digenggamannya dibuka. Matanya terpaku di situ. Barang itu! Telah lama dia mencari. Dulu sewaktu benda itu hilang, dia mengamuk bagai nak rak. Habis bersepah rumah ibu dia kerjakan hanya semata-mata benda itu. Penunjuk Al-Quran! Bulu landak pemberian arwah babah itu sentiasa digunakan setiap kali dia mengaji di rumah Tok Ayah. Dan dia berbangga kerana penunjuk Al-Quran kepunyaannya adalah yang paling cantik. Kawan-kawannya yang lain sekadar menggunakan kayu atau lidi daun kelapa untuk dijadikan penunjuk Al-Quran.

Tetapi penunjuk Al-Quran itu hilang. Mungkin Aina yang menjumpainya, mungkin Aina ingin memulangkannya tetapi gadis itu tidak punya keberanian menemuinya! Dada Haikal berombak kuat menahan sebak di dadanya.

Sehelai kertas tiba-tiba jatuh dari renyuk kertas pembalut. Surat! Mungkin Aina yang tulis. Tulisan tangan yang ditulis denga huruf jawi. Mujur juga dia masih boleh membaca tulisan jawi meskipun terpaksa merangkak-rangkak untuk mengeja setiap baris ayat;

Macam mana hendak Aina mulakan? Gadis cacat ini tidak pandai bermadah. Tidak pandai berpuisi.....

Abang,
Mungkin abang tak perasan agaknya, anak kecil yang selalu mengintai abang setiap kali abang mengaji Al-Quran di rumah Tok Ayah.

Dan mungkin abang tak sedar agaknya, anak gadis yang sering meminta serai dari ibu setiap kali abang pulang ke kampung.

Aina menjadi penyinta sepi. Memendam rasa cinta sewaktu usia masih kecil. Malu pada dhaifnya diri, maka rasa itu tersimpan di sudut hati.

Gadis cacat ini sering mencuri pandang pada abang, dengan harapan kewujudan Aina akan abang sedari. Namun pasrah pada pada diri, puas Aina menanti jangankan memandang, menjeling pun abang tidak mahu.

Entahkan ujian, entahkan rahmat yang Allah berikan, tiba-tiba diri menjadi isteri abang. Dalam resah, syukur Aina panjatkan.

Taat Aina berikan. Setia Aina sandarkan. Kasih Aina renjiskan. Moga-moga semua yang Aina berikan dapat menutup kekurangan diri. Tapi sayang kekurangan ini terlihat jua........

Haikal melipat surat itu kembali. Tidak sanggup untuk terus membaca. Matanya dipejam rapat. Terasa hangat pipinya. Perlaha-lahan disentuh rasa hangat itu, rupa-rupanya air matanya yang mengalir.

"Aina.... Siapa kata Aina dhaif, siapa kata Aina kurang? Aina gadis hebat, hinggakan mampu mengalirkan air mata seorang lelaki seperti abang" Haikal tersedu.
Back to top Go down
http://florallan87.blogspot.com
 
Semurni Cinta Aina [Chapter 11]
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Semurni Cinta Aina [Chapter 7]
» Semurni Cinta Aina [Chapter 8]
» Semurni Cinta Aina [Chapter 9]
» Semurni Cinta Aina [Chapter 10]
» Semurni Cinta Aina [Last Chapter]

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! :: General Category :: Cerita/Carpen-
Jump to: