Samad menjilat jarinya. Sampai licin pinggannya dikerjakan. Memang sedap betul masakan mak Kai ni! Samad menjeling Khairul yang duduk di sebelahnya. Kedua-duanya saling berpandangan sebelum tersengeh. Kalau selalu, jangan haraplah nak makan makanan sesedap ini. Hari-hari menunya cuma maggie mee atau paling best pun cuma nasi bungkus kat warung Mak Kiah tepi jalan tu!
Haikal menyedut asap rokoknya dalam-dalam. Dia berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah. Sekadar mengambil angin. Lagipun, malas nak bersesak-sesak makan nasi dengan budak-budak kat dalam rumah! Bunyi suara riuh mereka sahaja dah buat dia pening kepala. Nasib juga ibu begitu sporting yang sanggup melayan kerenah si "kacang hantu" semua tu!
Langkahnya terhenti. Pandangannya jatuh pada sekujur tubuh yang terkial-kial di tepi telaga. Bersusah payah Aina menarik kendi yang penuh berisi air. "Aina nak buat apa ni?" Soal Haikal. Tali putih yang mengikat kendi buruk itu diambil dari tangan Aina. "ina nak cuci batang keladi ni" Wajah Haikal berkerut. Batang keladi yang masih diselaputi lumpur itu direnung lama.
"Abang suka makan asam pedas keladi kan? Masa pergi jengok Tok Ayah tadi, Aina tengok keladi kat paya belakang rumah tu gemuk-gemuk sangat. Geram pulak Aina tengok!" Aina ketawa kecil. Merdu seh suara itu! "Siapa yang ambil keladi tu? Tok Ayah?"
"Aina yang ambil sendiri. Tok Ayah tengah mengajar mengaji" Haikal terdiam. Sorotan matanya tertumpu pada lengan Aina. Habis merah bercalar-balar. Lengan Aina diraih lembut. "Kenapa Aina susah-susah? Tengok tangan Aina dah jadi macam ni hah! Kalau ibu nampak, tentu teruk abang kena marah" Aina sekadar tersenyum. Mungkin abang saja yang tak tahu, demi abang, ke hujung dunia pun Aina sanggup!
Haikal tergamam melihat Aina yang tiba-tiba jatuh terduduk. "Aina! Kenapa ni?" Kepalanya tiba-tiba berpinar-pinar. Haikal kian panik melihat mata gadis itu yang kian layu. Kelam kabut tubuh Aina dicepung naik ke rumah.
"Ya Allah! Kenapa ni Kai? Aina! Aina!" Hajah Endon mula tidak keruan. Tubuh Aina yang lembik itu digoncangnya berkali-kali. "Aina tiba-tiba pengsan ibu!"
"Zam! Adik kau mana? Panggil dia cepat! Tolong tengokkan Aina ni!" Zamri terkocoh-kocoh berlari ke depan mencari kelibat Ziela. Mana pulak budak ni? Tadi ada kat sini!
Aina masih tidak sedarkan diri. Ombakkan dadanya agak perlahan. "Aina bangun nak! Kenapa ni?""
"Sabar ibu. Aina cuma pengsan je. Kita tunggu Ziela periksa keadaan dia ye" Tubuh tua itu diusap lembut.
"Samad! Zam mana? Aku suruh dia cari Ziela, tapi dia lak yang hilang. Kau pergi cari! Sekarang!" Arahan keras Haikal disambut laju oleh Samad. Kena cepat! Haikal bukannya jenis yang reti bersabar!
"Kenapa ni abang Kai?" Ziela yang baru muncul, duduk bersimpuh di sebelah Haikal. "Aina ni hah! Tiba-tiba jatuh pengsan." Haikal kian resah melihat Aina yang masih belum sedar. Sesak nafasnya melihat muka comel itu yang kian tidak bermaya.
Ziela menjamah dahi Aina. Hendak memeriksa secara terperinci pun, peralatannya tidak di bawa sekali. Jemarinya singgah pada pergelangan tangan Aina. Ziela tersentak! Nadi dipergelangan tangan Aina diperiksanya lagi. Tak mungkin! Ada dua nadi yang bergerak sekali. Satu gerakkan adalah nadi milik Aina, dan satu lagi? Mana mungkin Aina mengandung! Atau mungkin dia yang tersilap. Ya! Dia yakin dia yang tersilap. Cara ini masih belum dapat membuktikan kesahihannya. Kesimpulan yang dia buat sendiri biarpun jauh di sudut hati dia sendiri yang meraguinya.
"Aina ni tak ada apa-apa. Dia cuma keletihan je. Mungkin sebab penat akibat perjalanan jauh tadi" Ziela tersenyum memandang Haikal. "Biarkan dia berehat. Kejap lagi sedarlah dia tu!" Hajah Endon tersenyum lega. Air matanya yang sudah menuruni pipi, diseka dengan hujung lengan bajunya.
Malam kian berlabuh. Suara azan maghrib, sayup-sayup kedengaran. "Kai, tadi Tok Ayah pesan dengan ibu, dia suruh datang ke rumah. Sembahyang maghrib berjemaah!" Haikal menelan air liurnya berkali-kali. Adoi! Mesti Tok Ayah nak aku jadi imam tu! Ish! Bacaan tajwid aku pun masih tunggang langgang, macam mana nak jadi imam. Sementelah pula, bacaan doa pun dia dah lupa. Kalau baca doa dalam bahasa melayu boleh lah!
"Malaslah ibu! Mesti Tok Ayah suruh Kai jadi imam!"
"Hah! Eloklah tu! Apa yang susah sangat mengimamkan sembahyang? Selama ni Kai tak pernah berjemaah dengan Aina ke?" Haikal tersengeh. Kepalanya digaru beberapa kali. Sembahyang pun macam dah lama tak buat, inikan pula nak mengimamkan Aina. Itu pun nasib baik ada Aina yang sentiasa memakmurkan rumahnya dengan sembahyang dan bacaan Al-Quran. Kalau tidak, tentu malaikat pun tidak menjengah masuk!
"Oit! Korang buat apa lagi tu? Cepat pergi mandi. Pastu ikut aku pergi rumah Tok Ayah!"
"Rumah Tok Ayah? Rumah sapa tu kai?" Soal Samad dengan wajah berkerut. "Rumah datuk Aina. Kita semua sembahyang berjemaah kat sana." Masing-masing berpandangan sesama sendiri.
"Aku tak payah pergilah Kai!" Samad tersengeh. "Kenapa pulak?"
"Aku tak bawa baju bersihlah! Lagipun kain pelekat pun aku tak ada ni!" Khairul dan Zamri tergelak sesama sendiri.
"Dah! Jangan banyak korang punya alasan! Aku punya kain pelikat berlambak kat rumah ni. Baju pun ada! Cepat! Kang habis pula waktu maghrib!" Samad melangkah malas. Adoi! Mati aku! Rasa-rasa macam dah lupa macam mana niat sembahyang maghrib! Berdosanya aku!
Haikal cuba melelapkan matanya. Suasana sudah sunyi sepi. Masing-masing sudah hanyut dibuai mimpi. Jam kayu didinding rumah, lama direnungnya. Dia mengereng tubuh ke kiri. Kemudian ke kanan. Namun masih gagal melelapkan mata.
Macam mana keadaan Aina agaknya. Selepas sembahyang berjemaah di rumah Tok Ayah tadi, kelibat Aina langsung tidak kelihatan. Haikal bingkas bangun. Terjengket-jengket menuju ke bilik. Di sebalik celahan daun pintu dia mencuri pandang.
Haikal tergamam memandang! Aina sedang menukarkan pakaiannya. Biarpun Aina adalah isterinya dan hidup sebumbung, namun belum pernah melihat gadis itu tanpa seurat benang. Peristiwa hari tu pun dia cuma ingat-ingat lupa. Hehehe…Tengah mabuk, apa pun tak sedar!
Maha suci Allah! Indahnya ciptaan tuhan! Susuk tubuh itu begitu mengiurkan! Daun pintu ditolaknya. Aina tersentak. Tidak sangka Haikal tiba-tiba masuk. Sudah tengah malam, rasanya semua orang sudah masuk tidur. Tapi mana tahu………..
Kelam kabut Aina mengenakan pakaiannya, namun pergerakkannya mati tatkala tangan Haikal sudah melingkar di tubuhnya. Aina isteri aku! Tiada salahnya! Segala-gala miliknya adalah halal bagi aku!
Dan tanpa Haikal sedari ada sepasang mata yang merenungnya sewaktu dia melangkah masuk ke bilik Aina. Kolam air mata itu juga sudah bergenang!
**********************
Zamri yang baru bangun tidur kelam kabut ke ruang tamu. Bunyi bising dan esak tangis Ziela bercampur-campur.
"Abang Kai teruk! Jahat! Binatang!" Dada Haikal dipukulnya berkali-kali. Mata Zamri terbeliak memandang. "Eh? Kenapa dengan Ziela ni!" Tubuh Ziela ditarik ke tepi. Mujur ibu Haikal tiada di rumah. Kalau tidak, buat malu muka dia je!
Ziela terus tersedu menangis. "Ziela tak sangka abang Kai macam tu! Walau pun Ziela tahu abang Kai kasar, tapi Ziela rasa hati abang baik! Tapi malam tadi Ziela nampak dengan mata Ziela sendiri! Abang Kai memang sama dengan jantan-jantan lain!" Ziela menjerit dalam tangisan. Tubuhnya terhinggut-hinggut menahan tangis.
Wajah Zamri kian berkerut. Dia memandang Samad yang tercongok di sebelahnya meminta penjelasan. Samad sekadar menjungkitkan bahunya. Manalah aku tahu!
Haikal yang diam membatu makin menambah kerutan di wajahnya. Apahal lak ni! "Kenapa ni Ziela? Menjerit-jerit macam perempuan hilang laki ni, kenapa?" Dia mengusap lembut rambut Ziela.
"Agaknya selama ni, abang Kai selalu buat macam tu kan? Dah duduk serumah! Mesti abang Kai selalu meniduri Aina kan? Ziela tak sangka abang Kai sejijik ini!" Aina yang berada di belakang Haikal menundukkan wajahnya.
"Dan perempuan ni!" Jarinya ditunding tepat ke arah Aina. "Nampak je alim tapi perangai macam setan!" Pang!!!!!!! Sebuah penampar hinggap di pipi Ziela. Haikal menarik nafasnya dalam-dalam. Belum pernah seumur hidupnya memukul seorang wanita.
Zamri terdiam tanpa kata. "Tengok! Abang sanggup pukul Ziela sebab perempuan tu! Mesti abang nak cover dia kan? Sebab perempuan tu dah mengandungkan anak abang kan! Dua-dua macam sundal!!" Haikal tersentak! Aina mengandung? Anak aku?
"Sudah Ziela!!" Zamri pula menjerit kuat. Kenapalah dengan kau Ziela! Tubuh Ziela ditolaknya hingga jatuh. Maafkan abang, dik! "Mereka memang halal bersama! Aina tu isteri Haikal!" Ziela terdiam! Samad dan Khairul ternganga, berpandangan sesama sendiri. Patutlah Haikal mengamuk sangat bila Mail cuba nak usik Aina!
"Sorry Kai! Amanah kau berat sangat untuk aku simpan! Benda baik kenapa nak sorok? Sekarang kau tengoklah! Apa yang dah jadi?" Haikal terdiam. Dan Aina kian sebak. Kenapa Zamri yang beritahu hal sebenar? Kenapa bukan Haikal?……