Aina yang baru selesai memasak kelam kabut ke ruang tamu tatkala pintu diketuk kuat. Haikal ke? Selalunya dia memberi salam. Dia serba salah di muka pintu. Takut peristiwa dulu berulang kembali. Pintu diketuk lagi. Aina kian resah.
"Errr....... Nak cari siapa?" Soal Aina takut-takut. Daun pintu dikuaknya cuma sedikit. "Kak long, kami dah janji dengan Kai. Dia suruh kami lepak sini jap sementara tunggu dia sampai" Lelaki berambut panjang itu tersengeh memandangnya. Betul ke? Aina masih teragak-agak.
Masing-masing menoleh ke jalan tatkala deruman enjin TZM milik Haikal menjengah masuk. Aina menarik nafas lega. "Aina ! Bagi dia orang masuk!" Jerit Haikal kuat. Aina mengangguk laju.
"Zam mana?" Soal Haikal. Dia melabuhkan punggungnya di sisi Khairul. "Kejap lagi sampai lah tu!" Haikal sekadar mengangguk. "Macam mana Kai?"
"Apa yang macam mana?" Nafasnya dilepaskan keras. "Zam tak citer kat kau ke? Pasal nak konvoi tu lerrr" Haikal terdiam. Matanya melirik pada beberapa tin minuman di atas meja. "Sapa yang bawak ni!!!!" Tungkah Haikal keras. Khairul terdiam. Habislah! Mamat ni dah start mengamuk! "Sorry lah Kai! Aku lupalah!" Tin minuman itu segera disimpannya kembali. Haikal bingkas bangun. "Korang duduk lah kejap! Aku nak mandi! Nanti bila Zam datang baru bincanglah!" Masing-masing mengangguk laju. Tengah angin tu! Ikut jelah! Kang tak pasal-pasal kena!
"Aina buat apa?" Soal Haikal sebaik menjengah ke dapur. "Buat air untuk kawan abang" Haikal tergelak kecil. Baik sangat budak nih! "Tak payah! Pandai-pandai dia oranglah kalau nak minum!" Aina terdiam. Tangannya tadi yang ligat mengacau air, terhenti.
"Abang bukannya marahkan Aina" Haikal bersuara lembut tatkala terlihat riak di wajah Aina berubah. "Banyak benda dalam hidup abang yang Aina tak akan faham. Dan kalau boleh, abang tak ingin Aina faham"
"Oit! Bercengkarama kat dapur ke?" Jerit Zamri kuat! Entah bila masa mamat ni sampai entah! Suka sangat kacau daun! Haikal mendengus geram. "Sabar je lah aku dengan kau nih! Bila kau sampai?" Zamri tersengeh. Kopi yang sudah dibancuh oleh Aina, diteguk rakus. Hemmm….Sedap!
"Orang tengah sibuk bercinta! Mana nak sedar bila aku datang!" Sebuah penangan singgah di rusuk kiri Zamri. Terbatuk-batuk kawan tu dibuatnya. Aina menggigit bibir beberapa kali. Terkejut melihat cara mereka bergurau.
"Aina naik atas! Jangan turun bawah selagi abang tak panggil!" Arahan Haikal agak keras bunyinya. Zamri yang berdiri di sisinya sekadar tersenyum. Hairan dengan sikap Haikal. Mengapa dia melayan Aina sebegitu? Atau kerana keadaan Aina yang tidak sempurna? Jika tidak suka, mengapa dikahwini gadis itu?
"Tak baik kau buat kat Aina macam tu Kai! Kesian aku nengok!" Ah! Sejak bila pula budak ni jadi penceramah bebas ni! "Kenapa? Kau suka ke? Kalau kau nak, ambillah!" Haikal mula kurang senang. Sesekali menegur, memang pedas juga penangan Si Zamri ni!
"Dah jadi bini kau! Tak kan aku nak ambil pulak!" Tahu tak apa! Haikal melangkah ke ruang tamu meninggalkan Zamri sendirian. Huh! Tak boleh ditegur langsung!
Haikal menghenyak punggugnya di sofa. Puntung rokok di jarinya, disedut dalam-dalam. "Macam mana Kai? Zam dah datang tu! Jadi ke tak?" Khairul menggaru-garu kepalanya. Apa punya lambat nak buat keputusan daaa… "Aku ikut korang jelah! Nak pergi mana-mana pun boleh!" Haikal akhirnya bersuara. Pergi mampuslah dengan Aina! Entah mengapa, teguran Zamri tadi menaikkan rasa marahnya. Tetapi, mengapa Aina pula yang menjadi mangsa? Gadis itu tiada sebarang kesalahan walau sekelumit pun!
Khairul tersengeh. Akhirnya! "Aku ingat nak gi Lentang. Kita berkhemah semalam dua kat sana!" Zamri tergelak. "Lentang? Dekatnya! Carilah jauh sikit, cuti lama beb!" Khairul tersengeh. Kata ikut je nak pergi mana ! Bila aku bagi cadangan, bangkang pulak! Tak faham seh !
"Susah-susah gi kampung kaulah Kai! Boleh jugak makan buah! Kan ke mak engkau ada kebun" Haikal tersedak! Terbatuk-batuk mendengar cadangan Zamri. "Gila kau Zam! Tak de tempat lain lagi ke kat Malaysia ni! Kampung aku jugak yang korang nak pergi!" Zamri mengekek ketawa. "Habis tu, susah sangat tak tahu mana nak pergi!" Haikal mengetap bibir menahan geram. Tak habis-habis lagi nak kenakan aku! Minuman Carlsberg di dalam plastik direntapnya kasar. Berdeguk-deguk bunyinya setiap kali dia menelan. Zamri dan Khairul berpandangan sesama sendiri.
Apa kena mamat ni? Tadi dia yang beria-ria marah aku! Khairul mula menggaru-garu kepalanya. Zamri merentap kasar tin minuman di tangan Haikal. "Apahal ni Kai? Kau kata dah stop minum, apasal minum balik ni!"
"Korang peduli apa!" Haikal mula menyinga. Khairul segera angkat punggung. "Zam aku blah dulu. Bab ni aku tak nak masuk campur!" Khairul menggoyangkan tangannya beberapa kali. "Oit! Jom gang, kita blah. Angin ribut dah start tuh!" Masing-masing faham dengan maksud Khairul. Semua mula bergerak keluar.
"Kau ni kenapa Kai? Tetiba je angin? Kau marah aku pasal Aina tadi ke?" Tubuh Haikal digoncang beberapa kali. Haikal hanya mendiamkan diri. Minuman itu sudah 3 tin habis diteguknya. Tubuh Haikal digoncangnya sekali lagi "Kai! Say something!"
"Ah! Sudahlah! Blah lah Zam! Aku malas nak cakap dengan kau!" Haikal menjerit kuat. Zamri tersentak. Kenapa ni? Tak kan tegur sikit dah melatah? Haikal makin galak meneguk minuman itu. Lepas satu tin ke satu tin. "Kai! Sudah lah tu. Yang kau angin sangat ni kenapa? Rileks ok!" Dia menepuk bahu Haikal beberapa kali. Berusaha menenangkan Haikal.
Haikal menepis kasar tangan Zamri. "Kalau kau nak aku rileks, baik kau blah! Selagi kau ada sini, makin teruk angin aku nanti!" Zamri terdiam. Perlahan-lahan dia bangun meninggalkan Haikal yang kian galak dengan minuman keras tersebut.
Haikal terhoyong-hayang menaiki anak tangga. Tin-tin mnuman itu dibiarkannya bersepah-sepah di ruang tamu.
Gedegammmm!!!!! Aina yang baru selesai menunaikan solat isya' tersentak. Pandangan Haikal yang merenungnya agak menakutkan. "Abang, kenapa ni?" Soal Aina lembut. Cuba berlagak biasa biar pun kecut melihat perubahan tingkah Haikal.
"Adakah abang lelaki dayus? Atau ego abang yang menjulang tinggi?" Aina tersentak. Haikal tiba-tiba memeluknya erat. Bau hamis minuman keras menusuk hidungnya.
"Abang, kenapa ni?" Aina mengulangi soalannya. Dia sedaya upaya menolak tubuh Haikal yang jatuh menghempapnya. "Aina…..Kejam sangat kah abang? Teruk sangat kah tindakan abang terhadap Aina?" Wajah Aina dipegang erat. Aina kian sesak. Kenapa dengan Haikal ? "Abang……" Kata-kata Aina mati tatkala bibirnya dicium rakus oleh Haikal.
Haikal terus asyik, melaksanakan tanggung jawab yang sepatutnya dia lakukan pada malam pertama dahulu. Dalam keadaan yang tidak sedar. Dalam keadaan yang dia tidak sangka. Dan tanpa Haikal sedari, air mata Aina berlinangan. Sedih! Haikal bermesra dengannya dalam keterpaksaan. Sedih! Haikal menghampirinya dalam keadaan tidak sedar. Bagai mana bila dia sedar nanti ? Akan pandang kah dia pada gadis bertangan kudung ni? Ya Allah! Andai ini redhanya padaku, andai ini memberi kebahagiaan padanya, maka, aku redha! Gadis itu terus menangis!