+++(>>zh4f<<)+++ JuniorMember
Posts : 48 __Points__ : 10946 Join date : 03/02/2010 Age : 40 Location : /join Selangor:1
| Subject: APA PERASAAN ANDA TENTANG KEJADIAN INI ? Wed Feb 03, 2010 12:16 pm | |
| PEMBUNUHAN KEJAM AHLI KELUARGA.
Kejamnya pembunuh 4 sekeluarga nie...Seorang mangsa kepalanya dipenggal, 2 mangsa putus tangan manakala seorang lagi mati dengan pisau masih lagi terpacak di dadanya...Apakah salah dan dosa mereka kepada pelaku ini, sehingga sanggup membunuh mereka dengan kejam dan tanpa belas kasihan...?? Jika korang tengok gambar di atas orang kampung sedang berkumpul di rumah mangsa bunuh nie dan berasa sangat terkejut dengan kejadian bunuh yang telah berlaku di kampung mereka ini iaitu Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan... Salah seorang mangsa bunuh ini juga adalah seorang bekas imam di kampung tersebut...penduduk juga berasa hairan mengapa beliau di bunuh, kerana beliau dikatakan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun...Kejadian ini dipercayai telah berlaku pada jam 10 pagi dan kejadian ini hanya disedari setelah anak mangsa iaitu Ismail menantu kepada 2 warga emas yang terbunuh dengan tangannya putus akibat tetakan kuat menggunakan parang balik dari sekolahnya pada jam 3.30 petang...Sesampainya dia di rumahnya, dia sungguh terkejut dengan melihat kakaknya yang kaku terbaring dengan pisau masih terpacak di dadanya...lalu dia terus berlari ke rumah atuk dan neneknya yakni bekas imam kampung nie untuk meminta pertolongan, tetapi sekali lagi dia sangat terkejut melihat mayat atuk dan nenek turut terbaring kaku tidak bernyawa di dalam rumah dengan keadaan yang amat mengerikan dengan tangan yang terputus dan kesan tikaman dan tetakan dengan senjata tajam...Dan kejadian ini menambahkan trauma di dalam hidupnya apabila melihat mayat bapanya iaitu Ismail turut terbaring tidak bernyawa tanpa kepala pula tue berdekatan dengan mayat atuk dan nenek kesayangannya di mana ketika umurnya mencecah 18 tahun...
Rashidi Bin Ismail ( Anak kepada mangsa yang dipenggal kepalanya) Dipercayai melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal jenis Suzuki berwarna biru dengan plat nombor BAY 2805... Pemengang kad pengenalan bernombor 760315-05-5025
Pembunuh Kejam 4 Sekeluarga di tangkap!!! Akhirnya pembunuh kejam yang diburu atas kesalahan membunuh dengan kejam ahli keluarganya sendiri yang terdiri daripada bapa kandung, adik nya dan datuk serta neneknya berjaya ditangkap di ibu negara di Stesen LRT Masjid Jamek KL jam 4 petang semalam...Gua sangat-sangatlah bersyukur akhirnya pembunuh kejam ini berjaya juga ditangkap... Semasa ingin ditangkap oleh polis, suspek jugak bertindak ganas dan cuba menyerang anggota polis yang ingin menahan dia dengan menggunakan sebilah pisau yang dibawanya...tetapi kecekapan anggota polis itu berjaya menewaskan dia untuk disiasat berkaitan kes ini...Suspek dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan masalah penagihan dadah mengikut data polis... Mengikut maklumat dari keluarga suspek, dia adalah seorang anak yang baik tetapi telah putus tunang sebanyak 2 kali dan dikebelakangan nie, suspek sering ketawa, menangis dan bercakap sendiri... Berikutan penangkapan suspek utama kepada kes nie...Kepala seorang mangsa yang dipenggal dan gagal ditemui oleh pihak polis berdekatan kawasan kejadian nie juga turut berjaya ditemui hasil maklumat yang diberikan oleh suspek kepada pihak polis...Kepala bapa kandung yang dipenggalnya telah ditanam 200 meter dari pintu masuk utama ke tanah perkuburan Islam di Seksyen 21 Shah Alam...Gua ada menyediakan beberapa gambar berkaitan kes pembunuhan nie untuk menjadi santapan mata korang
semua... Suspek menunjukkan kawasan tempat dia menanam kepala bapanya..
"Saya buat kerana ia perintah daripada kuasa agung... Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar." Kata-kata di atas inilah yang diberitahu oleh suspek utama pembunuhan di Gemencheh kepada pihak polis setelah dia ditahan...Bagi gua, kemungkinan besar suspek menghadapi tekanan mental yang amat serius sehingga dia seperti ada mendengar bisikan yang mengarahkan dia untuk membunuh ahli keluarganya sendiri... Beliau jugak dikatakan adalah seorang anak yang baik dan tidak pernah membantah atau pun meninggikan suara kepada orang tuanya...Dia juga menurut emaknya adalah seorang yang bukan jenis panas baran...Tetapi kejadian ini telah menjadi tanda tanya dan persoalan kepada Keluarganya sendiri, terutama emaknya yang
masih terlalu sedih dengan kejadian ini, tetapi beliau redha dan masih lagi menyayangi anaknya itu, iaitu suspek utama kes nie... disinilah tempat dia membunuh atuk , nenek dan memenggal kepala bapanya... Walaubagaimanapun, bagi gua kejadian ini terlalu sukar untuk dirungkai mengapa dia(suspek) sampai hati membunuh dengan kejam ahli keluarganya sendiri...Dan kejadian ini masih lagi menjadi misteri kepada masyarakat Malaysia khususnya...Ada juga pihak yang menyatakan kemungkinan suspek nie gila, tekanan jiwalah dan ada jugak yang mengatakan suspek mengamalkan ilmu hitam... Bagi gua yang pastinya, jawapan mengapa suspek sanggup membunuh dan memenggal kepala bapa kandungnya sendiri pasti ada di dalam diri suspek... Kejadian pembunuhan kejam ini bukanlah yang pertama terjadi kat negara kita nie... Jun 1998...4 sekeluarga mati dibunuh dengan kejam di Kampung Parit Hussin, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor...Akibat kejadian itu, seorang pemandu lori yang juga menantu keluarga itu, Khasiran Jamari, 27, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas tuduhan membunuh. Dia kemudian didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati... Julai 2001...Tujuh orang termasuk lima wanita daripada sebuah keluarga dibunuh dalam keadaan ngeri...dipercayai diserang oleh 2 orang pembunuh di rumah mereka di Taman Johor Jaya, Johor Bahru di antara pukul 1.41 pagi hingga 7.43 pagi, 28 Julai 2001...Ekoran itu...Md Masud Rana, 32, bekas pekerja kilang dan rakannya yang juga berasal dari Jugdumpur, Bangladesh, Razaul Karim Md Soleman Ali Fakiruddin, 37, dituduh membunuh...Suspek dipercayai telah menetak semua mangsa dibahagian leher dengan menggunakan senjata tajam...
" Apa mak buat kat sini?..kenapa mak menanggis?..mak, maafkan saya mak..." Itulah kata-kata yang telah keluar dari mulut suspek kepada pembunuhan kejam ini, setelah dia bertemu emaknya di kawasan pembunuhan nie...Kelmarin gua ada jugak menulis tentang penangkapan suspek utama kes nie iaitu Rashidi bin Ismail kat KL...dan hari nie dia telah dibawa oleh sepasukan polis untuk menunjukkan tempat dia menyembunyikan senjata yang ke 4 digunakan dalam pembunuhan nie...Dia dipercayai menggunakan 4 senjata tajam untuk melakukan pembunuhan kejam terhadap keluarganya kandungnya sendiri... Suasana sedih dan hiba menyelubungi apabila emak kepada suspek memohon untuk bertemu anaknya sekejap...Apabila mereka telah ditemukan, kata-kata di atas inilah yang telah dikeluarkan oleh suspek kepada emaknya...Emaknya pula bersedia mengampunkan kesalahan yang telah dilakukan olehnya dan turut memberi ciuman ke pipi anaknya ini sebagai tanda kasih sayang seorang ibu kepada anaknya...Sedihkan...
APAKAH PERASAAN ANDA TENTANG KEJADIAAN INI ? | |
|
____am____ |_Founder_|
Posts : 562 __Points__ : 12415 Join date : 13/12/2009 Age : 38 Location : Pulau Pinang AND Alor Star
| Subject: Re: APA PERASAAN ANDA TENTANG KEJADIAN INI ? Thu Mar 18, 2010 3:11 pm | |
| perhh.......memang brutal...mamat yang bunuh nih rasa nya gila kot. | |
|