Woods cuba rasuah isteri FLORIDA: Bintang golf Amerika
Syarikat, Tiger Woods didakwa cuba merasuah isterinya, Elin Nordegren
berjuta-juta dollar untuk kekal bersamanya.
Anjing peliharan turut dituntut Elin.
Bagaimanapun, beliau tersilap kerana Elin, 30, didakwa tegas
menuntut separuh daripada kekayaan Woods bernilai AS$600 juta (RM2
bilion) sebagai pampasan perceraian mereka yang akan dilaksanakan
serta-merta.
Elin turut didakwa menuntut semua tiga anjing peliharaan mereka.
href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1236008&Page=&PluID=0&Pos=5178" target="_blank">
|
"Saya akan menyimpan anjing-anjing itu. Awak boleh bela anjing-anjing awak!" katanya.
Sumber
rapat berkata, Elin turut menilai 18 wanita yang didakwa melakukan
hubungan seks dengan Woods dan agak memeranjatkan beliau bersetuju
dengan pandangan suaminya, Rachel Uchitel adalah yang terbaik.
Tawaran
tambahan hak harta itu didakwa dibuat wakil peguam Woods kepada peguam
Elin, Trope and Trope yang beribu pejabat di Los Angeles.
Tawaran itu didakwa dilakukan demi memulihkan kredibiliti Woods yang
runtuh akibat pendedahan skandal seks, penggunaan ubat kuat dan juga
tindakan penaja menamatkan kontraknya.
"Woods dan penasihatnya
cuba memulihkan keadaan selepas pendedahan wanita yang mendakwa pernah
melakukan seksnya dengan kini berakhir.
"Penasihatnya berasa, jika Woods mampu bertahan beberapa bulan lagi, peminat pasti akan melupakannya.
"Elin
adalah kunci segalanya dan tawaran itu mengharapkan Elin kekal bersama
Woods di mata umum meskipun hakikatnya mereka hidup berasingan.
"Andai
bersetuju, Elin bakal menerima pampasan tinggi harta Woods dan
berkongsi segala pendapatan yang diperolehnya di masa akan datang.
"Mereka yakin masyarakat percaya Woods tidaklah seteruk yang diuar-uar andai Elin kekal bersamanya.
"Sebahagian
daripada tawaran itu menyatakan, jumlah besar akan diberikan kepada dua
anak mereka, Sam, 2, dan Charlie, 11 bulan, manakala Elin pula boleh
hidup bebas.
"Elin hanya perlu muncul bersama Woods di tempat umum dan tidak membincangkan skandal seks ini," kata sumber rapat.
Tawaran
Woods itu dibuat berdasarkan kejayaan bintang bola keranjang LA Lakers,
Kobe Bryant yang dituduh merogol seorang pelayan hotel berusia 19 tahun
pada 2003.
Bryant menafikannya dan meskipun menyelesaikan kes
itu di luar mahkamah dan memohon maaf secara terbuka, beliau hilang
kontrak lumayan dan dicemuh pada setiap perlawanan.
Namun,
kehadiran isteri, Vanessa di samping Bryant menyebabkan peminat
melupakan insiden itu dan beliau kini kembali beraksi dengan kontrak
bernilai AS$32 juta (RM107 juta) setahun dan tajaan baru. -