Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!

Lebih Skandal Dari Biasa
 
PortalPortal  HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Latest topics
» Aksi Permain Bola Yg paling Aku suka ~
isteri dia curang.. EmptyThu Sep 02, 2010 1:45 am by ____am____

» Selamat Berpuasa Semua
isteri dia curang.. EmptyTue Aug 24, 2010 6:08 pm by ____am____

» Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
isteri dia curang.. EmptyThu Jun 17, 2010 5:11 pm by ____am____

» SATRIA CLUB !!
isteri dia curang.. EmptyWed Jun 09, 2010 4:57 am by ___ari3l___

» Crazy asian rider wow people on the street
isteri dia curang.. EmptyFri Mar 26, 2010 2:18 pm by ____am____

» Gambar Baikk..Punya
isteri dia curang.. EmptyFri Mar 26, 2010 2:16 pm by ____am____

» (GAMBAR)Ziana Zain Berturban La Pulak
isteri dia curang.. EmptyFri Mar 26, 2010 12:33 pm by ____am____

» Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama
isteri dia curang.. EmptyFri Mar 26, 2010 10:46 am by ____am____

» Ku ingin kembali
isteri dia curang.. EmptyThu Mar 25, 2010 3:27 pm by ____am____

» Why malay people afraid to speak in english??
isteri dia curang.. EmptyThu Mar 25, 2010 3:24 pm by ____am____

» nak wat gath x???
isteri dia curang.. EmptyThu Mar 25, 2010 3:29 am by ____am____

» Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah
isteri dia curang.. EmptyTue Mar 23, 2010 9:42 am by yanie.

Gallery
isteri dia curang.. Empty
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forumer Kedah:1 on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! on your social bookmarking website
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
 Gallery
Top posters
_____.Rexo._____ (612)
isteri dia curang.. Vote_lcapisteri dia curang.. Voting_baristeri dia curang.. Vote_rcap 
____am____ (562)
isteri dia curang.. Vote_lcapisteri dia curang.. Voting_baristeri dia curang.. Vote_rcap 
___ari3l___ (222)
isteri dia curang.. Vote_lcapisteri dia curang.. Voting_baristeri dia curang.. Vote_rcap 
yanie. (188)
isteri dia curang.. Vote_lcapisteri dia curang.. Voting_baristeri dia curang.. Vote_rcap 
lola87 (115)
isteri dia curang.. Vote_lcapisteri dia curang.. Voting_baristeri dia curang.. Vote_rcap 
__mimi__ucu__ (85)
isteri dia curang.. Vote_lcapisteri dia curang.. Voting_baristeri dia curang.. Vote_rcap 
fyda (68)
isteri dia curang.. Vote_lcapisteri dia curang.. Voting_baristeri dia curang.. Vote_rcap 
mister-kerang (58)
isteri dia curang.. Vote_lcapisteri dia curang.. Voting_baristeri dia curang.. Vote_rcap 
miss-lady (58)
isteri dia curang.. Vote_lcapisteri dia curang.. Voting_baristeri dia curang.. Vote_rcap 
miss erien a.k.a bunga (50)
isteri dia curang.. Vote_lcapisteri dia curang.. Voting_baristeri dia curang.. Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Partner Kami

Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests

None

Most users ever online was 76 on Tue Oct 08, 2024 1:40 pm
Statistics
We have 139 registered users
The newest registered user is ninie032003

Our users have posted a total of 2369 messages in 976 subjects
Facebook
Fan Club Kedah 1

Fan Club Kedah 1


 

 isteri dia curang..

Go down 
2 posters
AuthorMessage
mister-kerang
__DJ__
__DJ__
mister-kerang


Posts : 58
__Points__ : 11031
Join date : 31/12/2009
Age : 35
Location : klang kl jb kedah perak

isteri dia curang.. Empty
PostSubject: isteri dia curang..   isteri dia curang.. EmptyMon Jan 11, 2010 12:41 am

Minta tunjukkan kebenaran dalam rumah tangga

Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.

Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.

Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.

Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.

Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.

Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”
Back to top Go down
____am____
|_Founder_|
|_Founder_|
____am____


Posts : 562
__Points__ : 12419
Join date : 13/12/2009
Age : 38
Location : Pulau Pinang AND Alor Star

isteri dia curang.. Empty
PostSubject: Re: isteri dia curang..   isteri dia curang.. EmptyMon Jan 11, 2010 6:33 pm

tembak ja pompuan mcm nih
Back to top Go down
http://www.kedah.co.cc
mister-kerang
__DJ__
__DJ__
mister-kerang


Posts : 58
__Points__ : 11031
Join date : 31/12/2009
Age : 35
Location : klang kl jb kedah perak

isteri dia curang.. Empty
PostSubject: Re: isteri dia curang..   isteri dia curang.. EmptySat Jan 23, 2010 5:15 pm

hahahaha...lain je bunyi tembak tuh am.....hahahah
Back to top Go down
____am____
|_Founder_|
|_Founder_|
____am____


Posts : 562
__Points__ : 12419
Join date : 13/12/2009
Age : 38
Location : Pulau Pinang AND Alor Star

isteri dia curang.. Empty
PostSubject: Re: isteri dia curang..   isteri dia curang.. EmptyTue Jan 26, 2010 2:35 am

bukan tembak itu.tembak lain ja isteri dia curang.. 281512
Back to top Go down
http://www.kedah.co.cc
Sponsored content





isteri dia curang.. Empty
PostSubject: Re: isteri dia curang..   isteri dia curang.. Empty

Back to top Go down
 
isteri dia curang..
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Isteri curang tuduh suami nafsu songsang
» .menguap & isteri tersayang.
» suami atau isteri??
» Suami pijak isteri hamil
» Petua Rumahtangga Suami Isteri

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! :: General Category :: Luahan Perasaan-
Jump to: