Bahan-bahannya:
2 1/2 biji kelapa parut
9 cawan air untuk memerah santan
1/2 sudu teh garam
315 gram keladi
600 gram keledek
125 gram sagu biji
3 cawan air
600 gram gula melaka
10 biji pisang raja
125 gram gula batu
125 gram gula pasir
4 helai daun pandan
Cara Membuatnya:
Campurkan air 1/2 cawan kepada kelapa parut tadi untuk mendapatkan santannya. Kupas keladi dan keledek, potong kecil-kecil. rebus kedua-duanya sehingga empuk. Selepas itu celurkan sagu kedalam air panas selama 15 minit kemudian ditapis. Potong gula melaka kecil-kecil. Kupas pisang dan potong serong-serong.
Masak santan cair, semua jenis gula, daun pandan setelah disimpul sehingga mendidih kira-kira dalam 7 minit, kemudian masukkan pisang. Didihkan lagi selama 7 minit dan masukkan sagu, masak selama 5 minit. Campurkan keladi dan keledek yang telah direbus tadi. Hidang mengikut kreativiti anda sendiri.
Selamat mencuba!!!