Agar-Agar Gula Merah Indonesia
No picture
Sesuai dijadikan pencuci mulut dan manisan berbuka puasa
Created on : 15-08-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Bahan-bahan ( 10 )
* 1 buku gula merah indonesia
* 1 bungkus agar-agar serbuk
* 3 gelas santan pekat
* 1 biji telur ayam
Cara-cara
1. Masukkan gula merah ke dalam periuk bersama 1/2 gelas air. Biarkan ia mendidih sehingga gula merah larut sepenuhnya.
2. Tapiskan air gula merah. Masukkan semula ke dalam periuk yang bersih bersama santan dan serbuk agar-agar. kacau sehingga mendidih.
3. Pukul telur hingga kembang. Matikan api dan tuang telur yang telah dipukul ke dalam periuk. Kacau sehingga telur sebati bersama agar-agar yang telah masak. Tuangkan ke dalam bekas agar-agar dan sejukkan. Sedap dimakan apabila sejuk.