SAMARTARY lebih dikenali sebagai Thrash Metal Elite yang dilahirkan sebagai Khalifah Metal berasaskan dari darah pemuzik metal tanahair yang satu-satu menerajui dan membolot scene metal di tanah air.
Samartary berasal dari idea gabungan bahasa melayu oleh Bro Zam yakni Samartari(Samar @ Kabus yang menari-nari) pada tahun 1999.Kemudian gabungan bahasa itu di inggeris kan menjadi "SAMARTARY" oleh Bro Zam dan Lee pada tahun berikutnya.Satu nama yang unik yang menaikkan banyak ilham didalam lagu yang dikaryakan oleh SAMARTARY..
Zam seorang gitaris dan pencipta lagu yang menerajui kumpulan ini setelah satu abad dan alhamdulillah dengan semangat saudara Lee(Bass dan Vokal) yang banyak melalui pahit getir dalam memperjuangkan arena muzik keras di Kepulauan Langkawi yang ketandusan pada masa itu.
Semangat perjuangan bersama-sama diharungi saudara Chylon (Gitaris 2) seorang sahabat metal yang mempunyai darah metal yang sangat kuat di dalam jiwa.Dan juga kedatangan Black Doom Sri Mayang Kala (Drum) yang membawa semangat metal yang kuat menghasilkan kebangkitan kumpulan ini dengan pembawakan muzik yang akan menggugat industri muzik metal tanah air.
Jiwa yang mempunyai kepercayaan bahawa muzik metal adalah muzik yang kukuh dan mencabar kepuasan diri.SAMARTARY berpaksi tunjang dari pengaruh "BRAINDEAD","RATOR","SUFFERCATION","SAMURAI","CROMOK","D'CROMOK","SYJ","SAXO","MAY","RUSTY BLADE" dan semua 80's MALAYA heavy metal bands.
Juga Band luar seperti "VENOM","MOTORHEAD","CELTIC FROST","POSSESSED","PENTAGRAM",BLACK SABBATH","AC/DC" dan "IRON MAIDEN","ROTTING CHRIST","KREATOR" and "DESTRUCTION".Justeru itu dengan semangat perjuangan yang kekal dalam diri,curahan idea dalam pengolahan muzik mencetuskan kebangkitan kumpulan ini dan pembawakan muzik dengan lagu-lagu ciptaan oleh Bro Zam(Gitaris dan Penaung SAMARTARY).Penungguan yang pasti memuaskan hati pencinta muzik metal malaya