___ari3l___ ___Tok Pengulu___
Posts : 222 __Points__ : 11531 Join date : 30/12/2009 Age : 38 Location : johor
| Subject: Rator, perintis awal scene Metal underground di Malaysia Wed Dec 30, 2009 6:11 pm | |
| Rator adalah sebuah kumpulan underground yang cukup aktif dalam pergerakan underground di awal 80an. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1987 oleh empat orang pemuda di Selangor yang dahagakan muzik Thrash Metal! Anggota asal kumpulan ini ialah Shah Jahan [vokal], Roslee Hasan [gitar], Ogy [bass], dan Hamid [dram]. Mereka bermula ketika mereka berempat masih lagi di sekolah menengah. Di peringkat awal Rator membawakan lagu-lagu cover dari SYJ, Venom, Bathory, Sodom dan Celtic Frost.
Di awal 1988 apabila mereka meninggalkan alam persekolahan, kumpulan ini menjadi lebih aktif dan berlatih bersama-sama kumpulan underground veteran yang lain seperti Punisher dan Nemesis. Rator berkongsi tempat latihan yang sama iaitu di Hellion, Medan Mara. Mereka cuma menggunakan apa yang terdaya untuk mereka untuk bermain muzik. Mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menggerakkan Rator. Rator pada waktu itu sama juga seperti juga kebanyakan kumpulan Thrash Metal tempatan yang lain seperti Nemesis, Punisher, Slapdeath, Merciless Death dan lain-lain lagi yang memainkan lagu cover sahaja. Peninggalan Ogy sebagai bassis telah diambil alih oleh Shah Jahan dan posisinya berperanan sebagai bassis/vokal. Pengunduran Ogy kemudiannya telah menubuhkan Voices bersama Bart Rulshah [Bart Rulshah kemudiannya menubuhkan Carburetor Dung dan Tormentor]. Voices kemudiannya bersama-sama Picagari [sebuah lagi kumpulan lagenda dalam arena underground tempatan] mengadakan konsert di Sungai Wang pada lewat 80an. Selepas itu Voices berpecah...
Seterusnya di tahun 1989, Hamid pula mengundurkan diri dan tempatnya digantikan oleh Lee Space yang merupakan bekas pemain dram kumpulan Thrash Metal, Exorcist. Malangnya, tidak lama selepas itu Lee Space pula memutuskan untuk meninggalkan Rator. Roslee Hasan selaku gitaris pada waktu itu mula memperkotakan janjinya untuk bermain di posisi dram. Oleh itu Rator ditunjangi oleh Shah Jahan [vokal/bass] dan Roslee Hasan [gitar/dram].
Ketibaan tahun 1989, Rator semakin mengganas dengan aktiviti mereka. Mula bermain di gig dengan rancaknya. Gig pertama mereka ialah di Galactica Club bersama-sama Black Fire, Necrofist dan beberapa kumpulan Thrash Metal yang lain. Bermula dengan titik permulaan ini, Rator mula bermain di Expo Taman Dato` Harun, Fun Fair di Serdang dan kelab-kelab seperti Metallica Lounge, Paradise Club, Semua House Rock Roller serta pertandingan-pertandingan slow rock yang sengaja dimasuki. Pertandingan tersebut mempertandingkan kumpulan rock tempatan yang mendendangkan lagu-lagu rock bertema cinta. Lagu-lagu yang diwajibkan untuk pertandingan tersebut ialah lagu-lagu dari Wings, Search, dan M.A.Y. Ini bertentangan sekali dengan imej dan muzik yang Rator mainkan! Rator langsung tidak membawakan lagu-lagu seperti yang diwajibkan sebaliknya 'memperkosa' kemurnian majlis tersebut dengan membawakan lagu-lagu Thrash Metal yang mereka gilai seperti dari Slayer, Sarcofago, Sodom dan bermacam lagi. 'Pencabulan kejam' yang mereka lakukan telah mengakibatkan semua orang terperanjat dengan persembahan dan muzik yang Rator bawakan. Rator tidak akan sekali-kali membawakan lagu cinta seperti yang disyaratkan kerana inilah antara usaha mereka untuk mempopulasikan irama Thrash Metal, di mana ketika itu irama muzik rock tanahair sedang tenat dengan lagu-lagu yang meleleh-leleh.
Dari satu pertandingan ke satu pertandingan mereka cerobohi dan mereka pernah dihalau di dalam sebuah pertandingan disebabkan imej dan muzik mereka. Peminat dan penggiat muzik rock pada masa itu tidak dapat menerima bentuk muzik yang Rator bawakan. Rator pernah dicemuh pada ketika itu tetapi semua itu bukan penghalang bagi mereka. Setiap gig yang dimainkan oleh Rator akan menggunakan khidmat Lee Space untuk 'membanting' lagu-lagu yang dibawakan. Di era 80 an Rator pernah berakdi bersama lagenda underground tempatan seperti FTG, Nemesis [bekas kumpulan Aru Koffin Kanser], Silent Death. Punisher, Hijrah [kini The Pilgrims], Picagari, Slapdeath, Necrofist dan beberapa perintis lain. | |
|
____am____ |_Founder_|
Posts : 562 __Points__ : 12419 Join date : 13/12/2009 Age : 38 Location : Pulau Pinang AND Alor Star
| Subject: Re: Rator, perintis awal scene Metal underground di Malaysia Wed Dec 30, 2009 6:19 pm | |
| THank You! Nice Info! But jng lupa upload avatar ok. dgn picture sendiri kat Ruang Gllery Lagi satu Cari Info tentang Cromok leh | |
|
___ari3l___ ___Tok Pengulu___
Posts : 222 __Points__ : 11531 Join date : 30/12/2009 Age : 38 Location : johor
| Subject: Re: Rator, perintis awal scene Metal underground di Malaysia Wed Dec 30, 2009 6:38 pm | |
| leh je sbb aku mmng minat metal dri zaman sekolah lg biarlah apa yg org nk ckp tntang metal nie yg pnting aku ttp mnt metal \m/ | |
|
____am____ |_Founder_|
Posts : 562 __Points__ : 12419 Join date : 13/12/2009 Age : 38 Location : Pulau Pinang AND Alor Star
| Subject: Re: Rator, perintis awal scene Metal underground di Malaysia Wed Dec 30, 2009 6:57 pm | |
| cantik2..aku pun minta gak metal.trash metal kekadang boring drg.. pref black metal lagi.. | |
|
___ari3l___ ___Tok Pengulu___
Posts : 222 __Points__ : 11531 Join date : 30/12/2009 Age : 38 Location : johor
| Subject: Re: Rator, perintis awal scene Metal underground di Malaysia Wed Dec 30, 2009 7:16 pm | |
| bro yus kita tu otai metal apa2 hal rujuk je kt dia bro | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Rator, perintis awal scene Metal underground di Malaysia | |
| |
|