Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!

Lebih Skandal Dari Biasa
 
PortalPortal  HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Latest topics
» Aksi Permain Bola Yg paling Aku suka ~
Ada Apa Dengan Syaaban EmptyThu Sep 02, 2010 1:45 am by ____am____

» Selamat Berpuasa Semua
Ada Apa Dengan Syaaban EmptyTue Aug 24, 2010 6:08 pm by ____am____

» Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
Ada Apa Dengan Syaaban EmptyThu Jun 17, 2010 5:11 pm by ____am____

» SATRIA CLUB !!
Ada Apa Dengan Syaaban EmptyWed Jun 09, 2010 4:57 am by ___ari3l___

» Crazy asian rider wow people on the street
Ada Apa Dengan Syaaban EmptyFri Mar 26, 2010 2:18 pm by ____am____

» Gambar Baikk..Punya
Ada Apa Dengan Syaaban EmptyFri Mar 26, 2010 2:16 pm by ____am____

» (GAMBAR)Ziana Zain Berturban La Pulak
Ada Apa Dengan Syaaban EmptyFri Mar 26, 2010 12:33 pm by ____am____

» Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama
Ada Apa Dengan Syaaban EmptyFri Mar 26, 2010 10:46 am by ____am____

» Ku ingin kembali
Ada Apa Dengan Syaaban EmptyThu Mar 25, 2010 3:27 pm by ____am____

» Why malay people afraid to speak in english??
Ada Apa Dengan Syaaban EmptyThu Mar 25, 2010 3:24 pm by ____am____

» nak wat gath x???
Ada Apa Dengan Syaaban EmptyThu Mar 25, 2010 3:29 am by ____am____

» Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah
Ada Apa Dengan Syaaban EmptyTue Mar 23, 2010 9:42 am by yanie.

Gallery
Ada Apa Dengan Syaaban Empty
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forumer Kedah:1 on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! on your social bookmarking website
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
 Gallery
Top posters
_____.Rexo._____ (612)
Ada Apa Dengan Syaaban Vote_lcapAda Apa Dengan Syaaban Voting_barAda Apa Dengan Syaaban Vote_rcap 
____am____ (562)
Ada Apa Dengan Syaaban Vote_lcapAda Apa Dengan Syaaban Voting_barAda Apa Dengan Syaaban Vote_rcap 
___ari3l___ (222)
Ada Apa Dengan Syaaban Vote_lcapAda Apa Dengan Syaaban Voting_barAda Apa Dengan Syaaban Vote_rcap 
yanie. (188)
Ada Apa Dengan Syaaban Vote_lcapAda Apa Dengan Syaaban Voting_barAda Apa Dengan Syaaban Vote_rcap 
lola87 (115)
Ada Apa Dengan Syaaban Vote_lcapAda Apa Dengan Syaaban Voting_barAda Apa Dengan Syaaban Vote_rcap 
__mimi__ucu__ (85)
Ada Apa Dengan Syaaban Vote_lcapAda Apa Dengan Syaaban Voting_barAda Apa Dengan Syaaban Vote_rcap 
fyda (68)
Ada Apa Dengan Syaaban Vote_lcapAda Apa Dengan Syaaban Voting_barAda Apa Dengan Syaaban Vote_rcap 
mister-kerang (58)
Ada Apa Dengan Syaaban Vote_lcapAda Apa Dengan Syaaban Voting_barAda Apa Dengan Syaaban Vote_rcap 
miss-lady (58)
Ada Apa Dengan Syaaban Vote_lcapAda Apa Dengan Syaaban Voting_barAda Apa Dengan Syaaban Vote_rcap 
miss erien a.k.a bunga (50)
Ada Apa Dengan Syaaban Vote_lcapAda Apa Dengan Syaaban Voting_barAda Apa Dengan Syaaban Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Partner Kami

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 19 on Sun Jun 11, 2023 7:01 pm
Statistics
We have 139 registered users
The newest registered user is ninie032003

Our users have posted a total of 2369 messages in 976 subjects
Facebook
Fan Club Kedah 1

Fan Club Kedah 1


 

 Ada Apa Dengan Syaaban

Go down 
AuthorMessage
lola87
Member
Member
lola87


Posts : 115
__Points__ : 10765
Join date : 03/01/2010
Age : 37
Location : Serdang,Selangor

Ada Apa Dengan Syaaban Empty
PostSubject: Ada Apa Dengan Syaaban   Ada Apa Dengan Syaaban EmptyFri Jan 08, 2010 10:53 am

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua.

Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan demikian kerana ia sebagai pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Keutamaan Bulan Syaaban

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :

"Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.

Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :

"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Amalan-amalan di Bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.
Back to top Go down
http://florallan87.blogspot.com
 
Ada Apa Dengan Syaaban
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ayu Raudhah Dah Bersedia Berkahwin Dengan Zaquan
» (GAMBAR)Sharifah Sofea Beramah Mesra Dengan Anjing
» Awal Takut Dengan Paparazi, Layanan Istimewa Bukan Kerana Awal Artis

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! :: Bicara Agama :: Renungan / Tazkirah-
Jump to: