Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!

Lebih Skandal Dari Biasa
 
PortalPortal  HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Latest topics
» Aksi Permain Bola Yg paling Aku suka ~
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? EmptyThu Sep 02, 2010 1:45 am by ____am____

» Selamat Berpuasa Semua
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? EmptyTue Aug 24, 2010 6:08 pm by ____am____

» Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? EmptyThu Jun 17, 2010 5:11 pm by ____am____

» SATRIA CLUB !!
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? EmptyWed Jun 09, 2010 4:57 am by ___ari3l___

» Crazy asian rider wow people on the street
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? EmptyFri Mar 26, 2010 2:18 pm by ____am____

» Gambar Baikk..Punya
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? EmptyFri Mar 26, 2010 2:16 pm by ____am____

» (GAMBAR)Ziana Zain Berturban La Pulak
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? EmptyFri Mar 26, 2010 12:33 pm by ____am____

» Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? EmptyFri Mar 26, 2010 10:46 am by ____am____

» Ku ingin kembali
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? EmptyThu Mar 25, 2010 3:27 pm by ____am____

» Why malay people afraid to speak in english??
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? EmptyThu Mar 25, 2010 3:24 pm by ____am____

» nak wat gath x???
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? EmptyThu Mar 25, 2010 3:29 am by ____am____

» Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? EmptyTue Mar 23, 2010 9:42 am by yanie.

Gallery
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Empty
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forumer Kedah:1 on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! on your social bookmarking website
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
 Gallery
Top posters
_____.Rexo._____ (612)
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_lcapScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Voting_barScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_rcap 
____am____ (562)
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_lcapScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Voting_barScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_rcap 
___ari3l___ (222)
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_lcapScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Voting_barScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_rcap 
yanie. (188)
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_lcapScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Voting_barScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_rcap 
lola87 (115)
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_lcapScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Voting_barScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_rcap 
__mimi__ucu__ (85)
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_lcapScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Voting_barScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_rcap 
fyda (68)
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_lcapScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Voting_barScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_rcap 
mister-kerang (58)
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_lcapScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Voting_barScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_rcap 
miss-lady (58)
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_lcapScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Voting_barScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_rcap 
miss erien a.k.a bunga (50)
Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_lcapScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Voting_barScene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Partner Kami

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 19 on Sun Jun 11, 2023 7:01 pm
Statistics
We have 139 registered users
The newest registered user is ninie032003

Our users have posted a total of 2369 messages in 976 subjects
Facebook
Fan Club Kedah 1

Fan Club Kedah 1


 

 Scene muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang?

Go down 
AuthorMessage
___ari3l___
___Tok Pengulu___
___Tok Pengulu___
___ari3l___


Posts : 222
__Points__ : 11131
Join date : 30/12/2009
Age : 37
Location : johor

Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? Empty
PostSubject: Scene muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang?   Scene  muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang? EmptyWed Dec 30, 2009 6:07 pm

Assalamua’laikum Warahmatullahiwabarakatuh….

Sebelum aku memaparkan artikal di bawah ini, aku ingin memohon maaf kepada semua seandainya apa yang ingin aku paparkan ini akan menyentuh peribadi hampa semua. Firstly aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca luahan aku sedikit sebanyak pendapat aku mengenai scene muzik tanah air kita (U/G) yang selama ini aku support.

Oklah ,semenjak kebelakangan ini aku dapati bahawa scene muzik kita telah berkembang dengan begitu pesatnya di mana telah wujud band2 baru yang memperjuangkan konsep masing-masing contohnya seperti Rave, Core Stuck, Rapcore, New Age Metal, Grind, Hard Core, Punk, Ska, Skin Head, Black Death, Instrumental, Experimental, Oi, Grunge, Doom, Industrial, dan macam-macam aliran muzik yang seangkatan dengannya(banyak sangat!!!). Ini merupakan satu perkembangan yang sihat bagi scene U/G. Tapi apa yang ingin aku ketengahkan di sini bukanlah genre muzik yang mereka perjuangkan tetapi sebaliknya Attitude segelintir manusia yang kononnya memperjuangkan scene U/G yang pada pandangan mereka, merekalah true, pure…… merekalah yang terbaik, sehinggakan orang lain pada pandangan mereka tidaklah setrue ataupun sebaik mereka. Mereka f**k band itu, f**k band ini seolah-olah band-band itu tidak layak untuk bermain muzik. Inilah sikap yang berlaku di dalam scene kita sekarang ni. Sikap-sikap beginilah yang boleh merosakkan keseluruhan scene kita sekarang.

Tujuan kita mewujudkan scene ini ialah untuk memeriahkan lagi persada muzik yang ada di dunia ini. Kita semua perlu bersatu ke arah klasifikasi aliran muzik yang kita perjuangkan. Ini menunjukkan ada followers Metal, Grunge, Grind Core, Punk, Skin dan banyak lagi yang hanya beranggapan bahawa hanya aliran muzik yang mereka perjuangkan sahaja yang true. Selain daripada muzik depa semuanya depa f**k. Janganlah begitu beb! Kita boleh mengenali sesiapa saja yang mengamalkan aliran muzik jenis apa saja dengan hanya melihat imej masing2 dimana kalau seseorang itu meminati Black Metal mereka biasanya memakai aksesori spikes, bullet, leather, boot cut, baju Dark Throne, Mayhem, dll. Punk pula kita boleh kenali dengan rambut tercacak sambil memakai t-shirt Exploited, Sex Pistols, Ramones, Misfit. Grunge terkenal dengan fashion ala² Kurt Cobain. SkinHead dengan Kepala botak, braces, boots, dan macam² lagi dapat kita tengok.. Jika ada sesuatu gig diadakan maka bermacam-macamlah lagi fesyen yang kita dapat lihat. Jika Black Metal janganlah kita kutuk budak Skin ke, Punk ke, Grunge, begitulah SEBALIKNYA.. dan utamanya fashion bukanlah ukuran. Biarlah mereka dunia mereka janji takdak sapa gaduh sapa.. kita Unite sesamer beb!!
Pernah terjadi kat sesebuah show dimana ada sorang mat black tu gian sangat nak ikut menari Pogo macam budak Punk yang lain, tetapi tengah duk menari beliau telah ditarik keluar dengan begitu kasar oleh budak2 Punk yang mana pada anggapan beliau, mat black tak boleh pogo sekali kerana tak dressing macam depa. Pasal perkara tu jer ianya hampir mencetuskan pergaduhan di dalam tempat itu. Kan ke bodoh namanya tu. Takkanlah budak2 metal hanya boleh bangin’ dan stage diving sahaja tapi tak boleh menari pogo. So cuba pikiaq tengok….mengenai tarian pogo ini juga aku nak sentuh sikit, di mana ianya boleh mencetuskan pergaduhan jika kita tak boleh menerima konsep tarian tersebut. Pasal kalau terlanggaq atau terberetuh sikit kira nak gaduh, sikit kira nak tibai, apa kejadahnya, kalau tak mau kena sondoi, baik duk rumah buat ibadat puas hati. Kalau tak mau menari pi duk kat luaq biaq orang lain menari senang cerita!! Tapi ni dak aihhh, yang hampa duk gagah pi menari jugak, kalau kena baru padan muka! baru ada akai. Tetapi aku nak habaq sikit kat hampa kalau hampa pi gig Metal jangan hampa pi duk pogo pulak sapa tak marah nanti. Hmm yang pakai spike tu hati-hatilah kat kawan sebelah, pakai pilah tinggi KLCC pun tapi usha2 sama kat sebelah sana, takut nanti senereh terkoyak baju ooooooo… hehehehehehehehh…

Haaa ni satu lagi.. bagi yang rajin duk keluar berkumpui-kumpui tu kalau takat duduk dan pasang lagu kuat2 tu tak pa laa tapi yang pi dok minum sampai mabuk ni yang kacau nih… payah betui!! Kes dia kalau dah mabuk ni orang beretuh sikit hampa kira nak tibai, bila bergaduh sakan sampai kena cekup hampa nak salahkan polis pulak, hampa katalah polis ni tak leh tengok hampa senang sikit, tapi hampa tak pikiaq yang hampa pi mula dulu. Kalau hampa tibai jenis orang tak melawan balik tak pa la, cuba hampa pi tibai jenis yang melawan balik baru hampa ada akai. So macam manalah kita nak bagi public semua respect kat kita? Aku harap hampa semua rentikanlah buat kerja gila ni. Kalau nak bangin’ sampai ke pagi pun orang tak kisah tapi jangan sampai menyusahkan orang ramai sudahlah. Biar org ramai ushar kita semetal-metal kita, dan kita respect orang lain jugak barula sempoi. Ni dak, lambat orang usya jege pelik sikit kira nak balun bagi mampuih. Relaxla bai……


Satu lagi yang ingin aku sentuh disini ialah masalah POSER2(setahu aku sekarang nih popular dgn perkataan POYO.. tahlaa) yang mencemari scene kita. Ianya bukanlah masalah yang baru malah acapkali dibincangkan di mana-mana sahaja. Poser2 ni bukanlah tak baguih, sekurang-kurangnya apabila ada gig penuhlah dewan dek poser2 ni hehehehehe.. masuklaa income, nak harapkan yang betui-betui true bukanlah ramai sangat, kalau adapun semua mesti pakat duk kita kenai2. Tapi aku nak habaq sikit kat hampa semua (POSERS). Hampa tau dak hampa ni sapa? Hampalah orang yang lebih dikenali dengan nama Mistaken Identiti (tak tau apa yang hampa duk ikut) ataupun lebih sudu dari kuah. Asal habaq saja kat depa ada gig hampa serondoi, dressing gila babi punya sempoi sampai over, orang banging hampa pun banging orang slam hampa pun sekali. Tetapi bila balik rumah cukup rajin dengaq lagu cintan. Nak dengaq saja tak palah aku tak kisah, mana tau dia ni layan muzik tak kira ka.. (Universal). Tapi ni bila dengaq lagu cintan yang frust sikit tu termenung patu yang meleleh ayaq mata pun ada! aiyaa sikit2 meleleh ayaq mata. Thrash kapala bapak apa macam tu.. bleh blahlaa.. cam barua. Bila orang sembang pasai U/G hampa pun tumpang, pasai Mainstream pun tumpang siap duk kutuk2 lagi. Tapi bila orang tanya hampa tak tau nak jawab teruih jadi batu. Jangan sampai orang tanya Ramones main muzik apa? Hampa pi tutuh kata depa main Death Metal….mampuih. Tu la, orang kata kalau tak tau, tanya orang yang tau, ni dak, kira nak sondoi saja. Sampai bila nak jadi macam ni ha?

Ok aku pun sebenarnya bukanlah orang yang serba-serbi tahu mengenai U/G ni tapi cuma aku rajin bertanya dekat orang apa yang aku tak tahu malahan juga dari situ aku juga banyak kenalan2 U/G'ers nih. Bukanlah orang nak marah kalau hampa tanya. Kalau tak dak juga aku referlah kat buku atau zine2 U/G. Barulah boleh sembang ngan orang, tapi ni dak! Dressing gila babi punya maut, dengan inverted cross, pentagram dan Neo-Nazi, biar semua orang tau kata dia tu mat thrash kononnya barulah ada orang respect. Tapi sayang depa ni thrash kat baju saja tapi kat dalam jiwa kosong. Lagipun aku tak suruhla hampa isi jiwa hampa dengan thrash sampai lupa habih pada Tuhan. Thrash-thrash juga, ibadat wajib jangan tak buat pula.. ini penting dan wajib!!! Aku harap semua patut sesangat sedaq. So ingatlah wahai insan-insan yang bergelar posers. Memangla kalau kita tanya depa “Wei! hang ni poser ka??” tobat depa tak mengaku tapi kalau yang mengaku tu mau pi tibai saja. So kalau nak glamour pun janganlah cemari setiap scene duk ada tak kira la U/G ka Mainstream janji jangan cempera sangatla. Join saja budak2 New Boyz, Q’Face, Idola, Spring, Spoon, Scoin dan macam2 lagi band yang mendayu-dayu mcm tu. Tok sah duk gatai pungkoq pi dressing baju2 Metal ka, grunge ka, hardcore ka apa ka.. semua tu buat meluat saja orang tengok hampa (POSERS) tau dak?!. So pikiaqlah yang terbaik buat diri hampa.

OK, ini aku nak tujukan kepada mereka-mereka yang mengaku veteran @ orang lama (otai a.k.a OLDTimer) di dalam scene ini. Janganlah kita mengaku terlalu pandai dan tahu serba-serbi mengenai U/G sehingga kita kira pendapat dan pandangan kita sahaja yang betul dan kalau pendapat orang lain semuanya tak betul. Ilmu yang ada pada diri kita tak semestinya ada pada orang lain dan ilmu pada orang lain pun belum tentu ada pada diri kita. Janganlah berbangga sangat kalau kita menganggap diri kita ni orang lama, kalau setakat orang lama tapi dah tak ikut perkembangan terkini tentang scene ni buat apa? kemungkinan ilmu yang ada tu pun dah berkarat. So gunakanlah ilmu serta knowledge kita tu untuk mendidik adik-adik dan muka2 yang baru ingin berjinak-jinak diri ke dalam U/G. Bukannya luak kalau kita gunakan ilmu kita pun. Lagi satu sentiasalah berendah diri kerana ianya merupakan salah satu sifat yang di sukai oleh Allah S.W.T. Cara berpakaian kita pun, apa orang lain nak pedulik janji imej kita tu ada. Jangan pakai lebai ngan telekung pi gig sudahlah.. Hancoq habih!!.. Begitu juga dengan isu rambut, sebenarnya bukan rambut panjang yang boleh mengukur pengetahuan kita dalam U/G ni. Kalau setakat rambut panjang , Hang Tuah dan Hang Jebat pun rambut panjang.. Samad Said pun rambut panjang.. apa nak herann. Biarlah dia nak rambut panjang ke, rambut Punk ka, botak ka, janji ada kepala boleh banging. Kalau hat tak dak kapla tu hheehehehhehhe…… kes berat la tu!!.

Finally,aku ingin mengucapkan jutaan maaf jika apa yang aku paparkan ini kalau2 ada menyentuh peribadi hampa semua, bukannya apa.. kerana aku support & sayang scene U/G ni. Aku juga tak berniat nak menyakiti hati semua ataupun nak menimbulkan konflik. Aku nak kita semua bersatu (unite together!) demi menjaga nama baik keseluruhan scene duk ada. Aku pun bukannya insan yang sempurna dan juga bukanlah seorang yang ma'sum (yang terlepas dari dosa), aku pun tak katakan diri aku ni baik. Aku pun sama seperti insan-insan di dunia ini. Masih banyak lagi yang perlu kita fikirkan tentang masa depan kita. Walaupun aku masih student dan banyak lagi perlu aku memberikan tumpuan tetapi aku bersyukur tiada siapa yang melarang aku involved dengan dunia scene, asalkan aku tahu menjaga diri dan bertanggungjawab terhadap agama, pelajaran aku, keluarga dan masyarakat. So aku berharap kita semua pakat-pakatlah menjaga nama baik scene kita daripada terus dicemari oleh elemen-elemen yang boleh melingkupkan scene kita. Buatlah apa-apa yang kamu semua rasa patut kerana tidak ada orang pun yang boleh melarang tetapi jangan sampai menyusahkan orang lain. BERFIKIRLAH DAHURU SEBELUM BUAT KEPURUSAN ataupun tindakan. Janganlah sampai seekor kerbau bawak mai lumpuq habih semua terbalik. Sampai bila masyarakat nak berbuih mulut apabila terserempak dengan kita??..

OK lastly aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua member2 yang mengenali diri aku ... yang telah memberi perangsang, semangat, dorongan untuk memperjuangkan muzik di tanahair ini dan akhir sekali teruskan bersama aku lagi di Portal ini dan semoga kita berjumpa selalu………

Syukran Jazilan..sekian
Wabillahi Wattaufiq Walhidayah Wassalamua’laikum warah matullahi wabarakatuh....
Back to top Go down
 
Scene muzik Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Petugas Kamar Mayat Cabul ( Bebeh 18+++++)JANGAN TENGOK PADA MEREKA YANG TAKUT DARAH ,MAYAT,DAN PADA MEREKA YANG TIDAK OPEN MIND!
» Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Masyar
» muzik grunge
» suami atau isteri??
» Rator, perintis awal scene Metal underground di Malaysia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! :: Hiburan Board :: Sembang-Sembang Hiburan :: Local Hiburan-
Jump to: