yanie. ____QueenLady____
Posts : 188 __Points__ : 11426 Join date : 14/12/2009 Age : 37 Location : blakang umah ang
| Subject: Perjelas status elak salah faham Wed Dec 16, 2009 10:10 am | |
| Memilih Ramlus Sidique, 40, yang juga berstatus duda kepada lima anak sebagai pasangan hidup, Kuza, 37, dan suaminya itu sebenarnya sudah bernikah beberapa tahun lalu. Namun, kata ibu kepada tiga anak hasil perkahwinan terdahulunya itu, ramai beranggapan dia masih bersendiri,
"Saya isteri orang dan kami hidup bahagia. Saya pun tak tahu kenapa orang masih ingat saya ibu tunggal. Malah, pernah ada gosip di Internet mengenai saya dilihat bersama seorang lelaki.
"Sebenarnya, itu suami saya dan salahkah jika kami berjalan berdua? Saya tidak suka bersosial. Dulu pun rutin hidup saya ke set penggambaran dan balik ke rumah. Jadi, bila sudah bersuami, ada masanya kami keluar bersama.
"Saya berharap dengan penjelasan ini, masyarakat tahu status saya sekarang. Sebagai anak seni, saya tahu tidak boleh lari daripada gosip, tetapi biarlah berasas. Apapun, saya sangat bersyukur dipertemukan suami yang memahami karier sebagai artis.
"Selain itu, hubungan dengan anak tiri juga baik dan dan jika tiada aral tahun depan, dua daripadanya akan menetap bersama saya. Dalam soal ini, saya mengambil pendekatan melayan anak tiri sama seperti anak sendiri. Tiada perbezaan kasih sayang," katanya.
Ditemui pada sidang media sempena pelancaran drama Aliff Firdaus arahan Rashid Sibir yang mengisi slot Zehra di TV3, setiap Jumaat, jam 9 malam, Kuza membawa watak Andak, seorang pensyarah dan belum berkahwin walaupun sudah berusia.
"Andak enggan berkahwin kerana takut dikecewakan selepas dia melihat rumah tangga Angah (Jasmin Hamid) tidak bahagia. Andak juga sebenarnya pernah terjebak skandal dengan abang iparnya.
"Saya berusaha menjayakan watak ini sebaik mungkin mengikut kehendak pengarah. Saya harap penonton dapat menerima dan meminati drama ini yang sarat elemen kasih sayang dan kekeluargaan. Tidak terkecuali, sikap manusia yang leka mengejar kebendaan dunia.
"Bagaimanapun, saya baru menyiapkan beberapa episod untuk drama ini dan jadual lakonan terikat sepenuhnya untuk penggambaran Aliff Firdaus. Sejak dulu saya terima satu tawaran pada satu masa.
"Saya mengutamakan kualiti kerja dan tidak mahu tamak. Apa yang penting hasilnya dan kalau sudah rezeki pasti tidak ke mana. Lagipun, saya lebih senang melakukan kerja mengikut kemampuan diri dan tidak suka terkejar-kejar," katanya.
Mengenai perkembangannya dalam perniagaan, Kuza berkata, mengikut perancangan dia akan mengusahakan produk kesihatan wanita berasaskan halia. Ilham untuk menceburi perniagaan itu muncul selepas dia menjadi duta produk itu.
"Saya dapati produk kesihatan daripada halia ini sangat baik dan tiada kesan sampingan. Kepada mereka yang gemuk dan mahu kurus, losen halia amat bagus digunakan setiap har kerana membuang lemak dan toksin dalam badan.
"Bagaimanapun, kesannya bukan dapat dilihat dengan segera kerana ia mengambil masa. Sebab itu, saya katakan produk ini selamat kerana dirumus dengan halia dan herba. Adik saya, pelakon Tengku Sarina Tengku Muzani (Kuna) juga menggunakan losyen daripada pati halia ini dan berat badannya berkurangan.
"Oleh itu tahun depan saya akan memberi fokus pada perniagaan dan mengurangkan aktiviti berlakon. Berniaga memerlukan pelaburan yang baik jadi saya mesti serius dan mempunyai strategi pemasaran serta promosi yang teratur untuk berjaya," katanya yang lebih selesa merawat wajah sendiri di rumah. | |
|