Kamera Large format camera lens.
Kamera ialah alat yang digunakan untuk menangkap imej sebagai
gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (
filem atau
video). Istilah ini serta kamera masa kini berevolusi dari
camera obscura, frasa
bahasa Latinbagi "bilik gelap", suatu mekanisme awal bagi memaparkan imej, yang
mana seluruh bilik yang berfungsi sebagai sistem penghasilan imej tepat
pada masa. Camera obscura ini mula-mula dicipta oleh ahli sains
Muslim bernama
Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham dan disifatkan dalam buku beliau bertajuk
Kitab al-Manazir ("Buku Optik",
1015-
1021).
[1] Saintis
berbangsa Inggeris Robert Boyle dan
Robert Hooke kemudiannya mencipta camera obscura yang mudah alih sekitar
1665-
1666.
[2]Kamera boleh berfungsi melalui cahaya
spektrum nyata atau melalui bahagian-bahagian lain pada
spektrum elektromagnetik. Sesebuah kamera biasanya berlampirkan sejenis rongga dengan satu bukaan di sebelah bagi memasukkan
cahaya,
dan satu permukaan rakaman atau pandangan bagi menangkap cahaya itu
pada sebelah yang lain. Kebanyakan kamera mempunyai sebutir lensa yang
terlatak di hadapan bukaan kamera untuk mengumpul cahaya yang masuk dan
untuk memfokuskan imej, atau sebahagian imej, pada permukaan rakaman.
Diameter bukaan itu biasanya dikawal oleh satu mekanisme
diafragma, namun ada kamera yang mempunyai bukaan bersaiz tetap.