Panduan menempah kad kahwin
1. Kenal pasti tema, konsep dan warna dalam perkahwinan.
2. Kenal pasti peruntukan kewangan untuk tentukan harga sekeping kad.
3. Berbincang dengan tempat tempahan kad mengenai konsep jamuan untuk tentukan warna dan rekaan yang bersesuaian.
4. Sediakan isi kandungan ayat yang ingin diletak dalam kad. Contoh: maklumat ringkas, ayat al-Quran, lirik lagu dan pantun.
5. Fikirkan mengenai saiz dan rekaan kad yang bersesuaian.
6. Tempoh siap untuk meniru rekaan yang sudah siap: dua minggu.
7. Tempoh untuk siap kad jemputan rekaan sendiri: lebih kurang sebulan.