yanie. ____QueenLady____
Posts : 188 __Points__ : 11426 Join date : 14/12/2009 Age : 37 Location : blakang umah ang
| Subject: Zaquan bakar semangat rakan Wed Dec 16, 2009 9:37 am | |
| PENYERANG, Zaquan Adha Abd Radzak yang tiba di Vientiane, pagi semalam tiada niat merebut kembali posisinya bagi menghadapi Vietnam pada final bola sepak Sukan Sea di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional, esok.
Katanya, skuad negara sudah membuktikan keupayaan mereka tanpanya selepas menewaskan Thailand untuk mara ke separuh akhir dan kelmarin mengecewakan tuan rumah, Laos untuk membuat pertarungan semula dengan Vietnam.
“Saya tiada niat untuk mendapatkan kembali tempat saya. Malah penyerang Ahmad Fakri (Saarani) dan Manaf (Mamat) berhak bergandingan dengan Norshahrul (Idlan Talaha) di final nanti.
“Kedua-dua mereka beraksi cemerlang dengan membawa Malaysia selangkah lagi untuk memenangi pingat emas. Kedatangan saya untuk menyemarakkan lagi semangat rakan lain untuk bermain lebih cemerlang lagi di final nanti. Inilah masa untuk kita tebus kembali kekalahan kepada Vietnam dan menghadiahkan emas untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Kembalinya Zaquan bererti jurulatih, K Rajagobal tidak perlu runsing ketiadaan peledak negara selepas Ahmad Fakri selesai menjalani penggantungan satu perlawanan.
“Siapa tidak mahu bermain di final Sukan Sea. Kita sudah 20 tahun gagal memenanginya selepas di Kuala Lumpur pda 2001.
“Jika diturunkan seminit sekalipun, saya sudah cukup gembira. Menjadi sebahagian daripada sejarah yang dilakarkan skuad ini paling bermakna,” katanya.
Tambah Zaquan, dia turut membawa mesej dan doa daripada seluruh rakyat Malaysia di tanah air kepada rakan sepasukan.
“Saya sedih bercampur kagum dengan sambutan diterima. Ramai menemui saya menyatakan kebanggaan mereka dengan pencapaian, corak persembahan serta semangat yang ditunjukkan skuad negara.
“Jika sebelum ini hanya membaca akhbar, kelmarin, mereka melihat sendiri kemenangan 3-1 ke atas Laos menerusi kaca televisyen yang disiarkan secara langsung.
“Jika tidak berjaya menang emas sekalipun, mereka akan tetap menyokong pemain kita. Pencapaian mereka dengan menjadikan perkara mustahil bertukar kepada satu kenyataan sudah cukup membanggakan.
“Inilah yang akan saya beritahu semua pemain nanti bahawa seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan di final nanti,” katanya.
Mengenai keadaan matanya, penyerang Negeri Sembilan itu berkata sudah sembuh sepenuhnya.
“Saya tidak lagi berasa sakit dan harap akan sembuh sepenuhnya menjelang final nanti,” katanya.
Sementara itu, kembarnya, Aidil Zafuan ceria adiknya sudah kembali ke kem latihan dengan keadaan mata yang semakin sembuh.
“Kehadiran Zaquan akan menyuntik semangat rakan lain dan saya sendiri sudah tidak lagi keseorangan tanpanya,” katanya. | |
|