yanie. ____QueenLady____
Posts : 188 __Points__ : 11056 Join date : 14/12/2009 Age : 36 Location : blakang umah ang
| Subject: Muhamad Ali peroleh gangsa Wed Dec 16, 2009 9:36 am | |
| KEM tinju negara mendapat satu pingat gangsa menerusi Muhamad Ali Abdul Karim selepas atlit itu tewas di peringkat separuh akhir kategori bantamweight 54kg kepada peninju Indonesia, Matius Mandingan, semalam.
Berikutan keputusan itu, hanya dua peninju negara yang layak ke pertarungan akhir di Gimnasium Olympasia, Universiti Kebangsaan Laos, esok.
Dua hari lalu, Muhamad Farkhan Mohd Haron menundukkan peninju Indonesia, Nasruddin dalam separuh akhir mid- dleweight 75kg.
Kecemerlangan itu diteruskan Muhd Fairus Azwan yang menundukkan peninju Kemboja, E Phou Thang pada separuh akhir light heavyweight 81kg.
Muhamad Farkhan akan menentang peninju Vietnam, Cao van Trong manakala Muhd Fairus akan bertemu Ahmad Amri dari Indonesia. | |
|