yanie. ____QueenLady____
Posts : 188 __Points__ : 11426 Join date : 14/12/2009 Age : 37 Location : blakang umah ang
| Subject: Belum masa kena puji Wed Dec 16, 2009 9:35 am | |
| JURULATIH, K Rajagobal meminta rakyat Malaysia bersabar dan tidak terlalu memuji serta meletakkan harapan tinggi kepada skuad negara yang semakin hampir menamatkan penantian 20 tahun membawa pulang pingat emas Sukan Sea.
Skuad ini katanya, masih muda dan banyak kekurangan serta perlu masa untuk menjadi sempurna.
“Masih terlalu awal untuk memuji serta menyandarkan harapan. Namun saya bangga akan sikap, ketekunan serta keupayaan mereka untuk bangkit daripada kedudukan kurang meyakinkan di peringkat kumpulan.
“Benar mereka berhak melangkah hingga ke peringkat tertinggi ini. Semua itu adalah hasil usaha keras serta kesabaran mereka.
“Namun untuk memuji mereka, saya rasa belum tiba masanya lagi. Pertandingan belum berakhir dan kita ada satu lagi halangan terakhir menentang Vietnam, Khamis ini,” katanya.
Rajagobal tidak menafikan harapan tinggi seluruh rakyat Malaysia sekarang, apatah lagi kejayaan menewaskan Laos 3-1 dapat disaksikan secara langsung di tanah air.
“Apa kami perlukan sekarang adalah doa sebelum mereka turun ke gelanggang final. Saya percaya rakyat Malaysia berbilang kaum serta agama mempunyai doa masing-masing.
“Doalah untuk kejayaan pasukan negara, itu saja saya minta,” katanya.
Beliau mengakui pemain sudah cukup motivasi dan cukup persediaan. Final bagi mereka adalah penamat perlawanan yang tidak akan berulang lagi.
“Tugas saya sekarang adalah membuat perancangan sebaik mungkin dan saya pasti pemain juga sudah melengkapkan persiapan masing-masing.
“Hanya yang ada pada mereka sekarang adalah menyerahkan segala-galanya kepada tuhan. Saya juga seorang penganut agama yang taat.”
“Setiap kali sebelum memulakan perlawanan, saya memberi kesempatan kepada pemain berdoa. Itulah kekuatan tambahan yang diperlukan dan sekarang kami amat memerlukannya,” katanya.
Beliau turut gembira kerana semua pemain tonggak boleh diturunkan. | |
|