yanie. ____QueenLady____
Posts : 188 __Points__ : 11430 Join date : 14/12/2009 Age : 37 Location : blakang umah ang
| Subject: Vietnam tak rela kecewa Wed Dec 16, 2009 9:34 am | |
| VIETNAM mengambil sikap berhati-hati berdepan Malaysia kerana menganggap aksi final di Stadium Utama, Pusat Sukan Nasional, esok adalah satu perlawanan berlainan.
Jurulatih, Henrique Calisto mengakui Malaysia bukan lagi pasukan mudah yang mereka tewaskan 3-1 pada saingan peringkat Kumpulan A, sebelum ini.
“Keupayaan mereka bangkit meleburkan cabaran juara bertahan, Thailand serta Laos pada perlawanan separuh akhir adalah peningkatan mendadak yang cukup mengejutkan.
“Saya ingat cabaran Malaysia sudah berakhir di peringkat kumpulan lagi tetapi mereka benar-benar menarik perhatian saya,” katanya
Serentak itu beliau mahu pemainnya tidak memandang rendah kemampuan Malaysia dan segera fokus kepada misi memburu pingat emas selepas mudah menewaskan Singapura 4-1 pada satu lagi separuh akhir, kelmarin.
“Final kali ini sukar untuk saya ramalkan. Malaysia juga berupaya membuat kejutan lagi. Ia bakal menjadi perlawanan yang sukar,” katanya.
Tambahnya, kedua-dua pasukan sudah mengetahui permainan masing-masing dan hanya mereka yang menyusun perancangan terbaik akan muncul pemenang.
Tetapi jurulatih kelahiran Portugal itu masih yakin pasukannya memiliki sedikit kelebihan berbanding Malaysia.
Calisto tetap menyandarkan harapan kepada penyerangnya, Pham Tanh Binh dan Phan Thanh Hung untuk misi merobek gawang Malaysia nanti.
“Kekuatan Malaysia adalah kerjasama berpasukan. Namun mereka juga punya kelemahan.
“Mereka begitu rapuh apabila tertekan, terutama barisan pertahanan mereka. Untuk itu kami akan terus menekan mereka, sama seperti kami lakukan sebelum ini.
“Saya pasti pemain Vietnam tidak akan melepaskan peluang terbaik ini untuk memenangi pingat emas kali ini selepas Thailand tersingkir.
“Kami akan melakukannya kali ini,” katanya. | |
|
____am____ |_Founder_|
Posts : 562 __Points__ : 12419 Join date : 13/12/2009 Age : 38 Location : Pulau Pinang AND Alor Star
| Subject: Re: Vietnam tak rela kecewa Thu Dec 17, 2009 8:12 pm | |
| Malaysia menang! Vietman boleh blah! | |
|