Setiap wanita pasti menginginkan bibir yang menawan, lembut dan sihat.. Nak tahu bagaimana cara untuk mendapatkannya.. Sila ikuti tips kali ini..
1. Sebelum tidur jangan lupa untuk membersihkan bibir kamu dari sisa-sisa gincu yang masih melekat.
2. Sapukan minyak zaitun atau vitamin khusus pada bibir sambil memicitnya secara perlahan dan lembut.
3. Sebelum memakai gincu, terlebih dahulu sapukan dengan sedikit minyak bayi. Ini akan membuatkan bibir kamu terhindar dari kekeringan dan mengelupas.
4. Jangan menjilat bibir terlalu kerap kerana ia akan menyebabkan bibir kamu lebih kering.
5. Sapukan 'lip balm' satu atau dua kali sehari. Jika kamu mempunyai bibir yang kering dan pecah-pecah, sapukan 'lip balm' yang mengandungi pelindungan matahari (SPF 15).
6. Jangan biarkan bibir kamu terkena bahan-bahan yang mengandungi kimia seperti masker atau sebarang krim kerana ia akan menyebabkan timbulnya masalah pada bibir.