Bahan-bahan:
125gm mentega(a)
35gm serbuk koko
250gm mentega(b)
280gm gula perang
5 biji telur(gred B)
125gm tepung gandum
125gm walnut cincang - tukar guna hirisan almond
100gm walnut, dibakar untuk hiasan - tak bubuh tukar buh thousand manik tu
Cara-cara:
1. Cairkan mentega(a), masukkan serbuk koko dan kacau rata sehingga menjadi pes koko.
2. Putar mentega(b) bersama gula perang sehingga kembang dan masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
3. Masukkan pes koko di dalam adunan mentega dan kacau rata.
4. Masukkan tepung, kacau rata dan masukkan walnut cincang
5. Ratakan adunan anggaran 2.5cm(1 inci) di dalam dulang bakar yang telah dialas dengan kertas minyak dan bakar sehingga masak pada suhu 170C. Sejukkan.
6. Keluarkan kek dan terbalikkan di atas redai. Curahkan chocolate topping di atasnya.
7. Biarkan topping keras sedikit sebelum dipotong dan di hias dengan walnut.