Kepala di Shah Alam SHAH ALAM: Misteri kehilangan
kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam membabitkan empat
sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan,
kelmarin, terjawab apabila polis menemui anggota badan manusia itu yang
ditanam di sebuah tanah perkuburan dekat sini, tengah malam tadi.
TAHAN...Rashidi ditahan di jejantas LRT Masjid India.
$(document).ready(
function(){
$('#s2').cycle({
fx: 'fade',
speed: 'fast',
timeout: 0,
next: '#next2',
prev: '#prev2',
before: onBefore
});
function onBefore() {
$('#output').html(this.alt);
};
});
.pics {
height: 300px;
width: 300px;
padding: 0;
margin: 0;
}
.pics img {
padding: 3px;
border: 1px solid #ccc;
background-color: #eee;
width: 300px;
height: 300px;
top: 0;
left: 0;
}
sebelum - selepas CARI...anggota polis menggali lokasi tempat kepala ditanam.
DIBUNUH...Atan (kiri) dan Sutiah.
CARI...anggota polis menggali lokasi tempat kepala ditanam.
Kerja penggalian sebuah lubang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21
di sini, dilakukan sepasukan anggota Unit Forensik, Polis Diraja
Malaysia (PDRM) bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 20 minit
kemudian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M
Chandra, yang menyelia operasi penggalian itu, mengesahkan penemuan
kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam berkenaan.
“Ketika
kerja penggalian, anggota forensik menemui satu plastik mengandungi
kepala seorang lelaki dalam lubang yang digali kira-kira 2 kaki (0.6
meter) dalam kawasan tanah perkuburan ini,” katanya kepada pemberita
sejurus operasi berakhir pada jam 12.50 tengah malam tadi.
Menurutnya, anggota badan manusia itu kemudian dihantar ke Gemencheh untuk siasatan lanjut.
Katanya, suspek yang berusia 34 tahun turut dihantar ke Ibu Pejabat
Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sejurus kerja penggalian itu
selesai dengan dipakaikan baju pasung.
Terdahulu, suspek membawa
sepasukan polis ke satu lokasi sebelum menunjukkan tempat kepala mangsa
yang juga bapa kandungnya, ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21
kira-kira jam 9.45 malam.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Shah Alam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur,
kira-kira jam 9.20 malam, sebelum bertolak ke tanah perkuburan
berkenaan.
Anggota Unit Forensik yang tiba di lokasi sama kira-kira
jam 11.40 malam, kemudian memulakan kerja menggali di lokasi yang
ditunjukkan suspek.
Berdasarkan pemerhatian wartawan, jarak lokasi penggalian dari pintu masuk utama tanah perkuburan kira-kira 200 meter.
Suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam, ditahan ketika cuba
menyerang seorang anggota polis bantuan berhampiran jejantas di Jalan
Masjid India, Kuala Lumpur, pada jam 4.05 petang semalam.
Dia didakwa bertindak liar dengan mengeluarkan sebilah pisau lalu
menyerang anggota polis berkenaan, sejurus menyedari anggota
keselamatan itu mengawasi gerak-gerinya dengan membandingkan gambar
yang diedarkan pihak berkuasa sebelum ini.
Ketika cuba diberkas,
lelaki dikenali sebagai Rashidi mengamuk dan menyerang seorang anggota
polis bantuan menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka
hampir 20 minit sebelum suspek berjaya ditumpaskan dan diberkas anggota
pasukan keselamatan itu.
Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi
untuk siasatan lanjut dan akhirnya bersetuju membawa polis ke satu
lokasi di Shah Alam untuk menunjukkan tempat dia menanam kepala bapa
kandungnya yang dipenggal dalam kejadian pembunuhan kejam di Gemencheh,
kira-kira 24 jam sebelum itu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang
kelmarin, mangsa Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung
berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail
Awang, 76, dan cucu mereka, Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan
kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang
bersebelahan.
Mayat Atan, Sutiah dan Ismail ditemui adik Siti
Khadijah yang baru pulang dari sekolah dalam keadaan terbaring di ruang
tamu dalam rumah bekas imam berkenaan, manakala mayat Siti Khadijah
ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.