KUALA LUMPUR: “Jarak usia bukan satu masalah kerana yang penting ialah keserasian,” kata bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy, Maizawati Zainal yang bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda berusia 23 tahun pada Mei depan.
Maizawati, 33, berkata walaupun usia bakal suaminya itu lebih muda, pemuda dari Sabah itu serasi dengan diri serta anaknya.
“Insya-Allah, majlis pernikahan akan diadakan Mei ini walaupun sebelum ini mengikut perancangan is sepatutnya bulan depan.
“Kami terpaksa menundanya kerana ibu bakal suami dimasukkan ke hospital disebabkan masalah kesihatan,” katanya yang dihubungi, semalam.
Maizawati bagaimanapun keberatan memberitahu nama serta latar belakang pemuda yang ‘mencuri’ hatinya itu.
“Biarlah saya simpan dulu nama serta latar belakangnya, nanti bila tiba masanya kita akan maklumkan,” katanya.
Dia turut bersyukur kerana bakal suaminya turut serasi dengan anak dan mengharpakan sebuah perkahwinan yang bahagia.
“Majlis pernikahan dan persandingan akan dilaksanakan di Ipoh, Perak dan mungkin persandingan turut diadakan di Sabah,” katanya.
Menurutnya, dia dan bakal suami juga merancang sama-sama terbabit dalam perniagaan selepas perkahwinan nanti.
Nama Maizawati yang kini terbabit dalam perniagaan madu dan makanan untuk minda mula mendapat perhatian umum apabila membuat pendedahan terbuka menerusi program televisyen mengenai masalah rumah tangga yang dibina dengan penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, Mei lalu.
Pasangan itu akhirnya bercerai pada 15 Julai lalu selepas Akhil melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.
SYOK LA DAPAT PISANG MUDA!