Bahan-bahannya :
(a) Inti
3 biji nenas
250 gram gula
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
(b) Pastri
250 gram mentega
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
500 gram tepung gandum
1 biji telur (untuk disapukan atas biskut)
Cara membuatnya :
Untuk inti, parut nenas dan ditapis untuk mendapatkan 1 1/4 cawan air nenas. Bubuh air nenas dan nenas yang telah diparut tadi dicampur dengan gula. Masukkan bunga lawang dan bunga cengkih, kemudian masak di api yang sederhana. Kacau dan masak sehingga 1/2 jam sehingga ia kering lalu disejukkan.
Untuk pastrinya pula, kacau mentega untuk beberapa minit, masukkan kuning telur dan esen vanilla,kacau lagi sehingga sebati. Masukkan garam dan tepung gandum, gaul dengan tangan sehingga tepung boleh diterap. Canai tepung atau leperkan dengan tangan. Potong dengan menggunakan pemotong tart, bentukkan masukkan inti lalu sapu degan telur yang dipukul tadi. Bakar dan dihidang selepas disejukkan.
Hidangan ini untuk 80-100 biji tart.