Bahan-bahannya :
8 auns mentega
6 biji telur ayam
12 auns gula kaster
14 auns tepung gandum
4 biji pisang embun (penyekkan/ramas sehingga hancur)
3 auns susu cair (perahkan sedikit limau nipis)
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Cara membuatnya :
Pukul mentega dan gula sehingga menjadi krim, masukkan telur sebiji-biji hingga habis, pukul lagi sehingga menjadi putih gebu.
Masukkan pula tepung gandum dan susu berselang-selang dan akhirnya masukkan pisang yang telah siap dihancurkan.
Masukkan baking powder dan soda bikarbonat, kacau sehingga rata dan sebati. Masukkan adunan ini ke dalam acuan yang telah disapukan mentega dan bakar sehingga elok masaknya.
Bila hendak menghidangnya, biarkan sejuk sebentar sebelum dipotong.