Bahan-bahannya :
2 sudu serbuk koko
2 sudu air panas
100 gram mentega
125 gram gula halus
2 biji telur (dipukul)
100 gram tepung naik sendiri
1 biji kulit oren (diparut)
1 sudu jus oren (sesuka hati)
buah oren dipotong (untuk hiasan)
Ising coklat :
50 gram coklat masak
25 gram mentega
25 gram gula ising (di ayak)
Cara membuatnya :
Masa memasak - 40 hingga 45 minit
Sapukan mentega di acuan tin bulat dan alaskan dengan kertas minyak. Larutkan koko dan biarkan ia sejuk. Kacau mentega, masukkan telur diikuti dengan campuran koko tadi. Kemudian ayak tepung ke dalam adunan mentega, masukkan kulit oren dan jusnya sekali. Kacau rata-rata, tuangkan ke dalam acuan tin pembakar dan bakar dengan menggunakan oven.
Untuk membuat ising, sila cairkan coklat masak dengan air panas, kemudian masukkan mentega dan kacau rata-rata. Tuangkan ke atas kek tadi dan hiaskan dengan potongan buah oren.