Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!

Lebih Skandal Dari Biasa
 
PortalPortal  HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Latest topics
» Aksi Permain Bola Yg paling Aku suka ~
band brain dead EmptyThu Sep 02, 2010 1:45 am by ____am____

» Selamat Berpuasa Semua
band brain dead EmptyTue Aug 24, 2010 6:08 pm by ____am____

» Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
band brain dead EmptyThu Jun 17, 2010 5:11 pm by ____am____

» SATRIA CLUB !!
band brain dead EmptyWed Jun 09, 2010 4:57 am by ___ari3l___

» Crazy asian rider wow people on the street
band brain dead EmptyFri Mar 26, 2010 2:18 pm by ____am____

» Gambar Baikk..Punya
band brain dead EmptyFri Mar 26, 2010 2:16 pm by ____am____

» (GAMBAR)Ziana Zain Berturban La Pulak
band brain dead EmptyFri Mar 26, 2010 12:33 pm by ____am____

» Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama
band brain dead EmptyFri Mar 26, 2010 10:46 am by ____am____

» Ku ingin kembali
band brain dead EmptyThu Mar 25, 2010 3:27 pm by ____am____

» Why malay people afraid to speak in english??
band brain dead EmptyThu Mar 25, 2010 3:24 pm by ____am____

» nak wat gath x???
band brain dead EmptyThu Mar 25, 2010 3:29 am by ____am____

» Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah
band brain dead EmptyTue Mar 23, 2010 9:42 am by yanie.

Gallery
band brain dead Empty
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forumer Kedah:1 on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! on your social bookmarking website
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
 Gallery
Top posters
_____.Rexo._____ (612)
band brain dead Vote_lcapband brain dead Voting_barband brain dead Vote_rcap 
____am____ (562)
band brain dead Vote_lcapband brain dead Voting_barband brain dead Vote_rcap 
___ari3l___ (222)
band brain dead Vote_lcapband brain dead Voting_barband brain dead Vote_rcap 
yanie. (188)
band brain dead Vote_lcapband brain dead Voting_barband brain dead Vote_rcap 
lola87 (115)
band brain dead Vote_lcapband brain dead Voting_barband brain dead Vote_rcap 
__mimi__ucu__ (85)
band brain dead Vote_lcapband brain dead Voting_barband brain dead Vote_rcap 
fyda (68)
band brain dead Vote_lcapband brain dead Voting_barband brain dead Vote_rcap 
mister-kerang (58)
band brain dead Vote_lcapband brain dead Voting_barband brain dead Vote_rcap 
miss-lady (58)
band brain dead Vote_lcapband brain dead Voting_barband brain dead Vote_rcap 
miss erien a.k.a bunga (50)
band brain dead Vote_lcapband brain dead Voting_barband brain dead Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Partner Kami

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

Most users ever online was 76 on Tue Oct 08, 2024 1:40 pm
Statistics
We have 139 registered users
The newest registered user is ninie032003

Our users have posted a total of 2369 messages in 976 subjects
Facebook
Fan Club Kedah 1

Fan Club Kedah 1


 

 band brain dead

Go down 
AuthorMessage
___ari3l___
___Tok Pengulu___
___Tok Pengulu___
___ari3l___


Posts : 222
__Points__ : 11527
Join date : 30/12/2009
Age : 38
Location : johor

band brain dead Empty
PostSubject: band brain dead   band brain dead EmptyTue Jan 05, 2010 6:47 am

Jika kita menyingkap kembali kegilaan dan kehebatan kumpulan-kumpulan awal death metal ditanah air, nama Brain Dead adalah salah satu nama besar dalam dunia Death Metal di Malaysia. Brain Dead adalah kumpulan Death/Thrash Metal terawal dari Perak selepas kumpulan Black Metal dari Perak, Vulga ditubuhkan pada tahun 1985. Pada tahun 87 di Taiping kegilaan terhadap muzik Thrash Metal tidak dapat dibendung lagi lantas Brain Dead ditubuhkan di Taiping pada 31 Ogos 88. Ditubuhkan oleh Ein dan Malik. Mereka berdua adalah orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan Brain Dead.
Disebabkan hanya mereka berdua sahaja didalam Brain Dead, Ein kemudian mengajak Hashim untuk menyertai Brain Dead. Hashim dan Ein adalah rakan lama dan mereka berdua adalah classmate di zaman persekolahan mereka.kemudian muncul Shahharin yang sebelum ini bermain dengan sebuah kumpulan Heavy Metal dan kumpulan ini datangnya dari daerah yang sama, Taiping. Oleh itu lengkaplah Brain Dead, anggota asal Brain Dead adalah Ein Possessor (Abdul Rahim Zakaria) gitaris/vokalis,Malik Mutilation sebagai pemain gitar, Hashim Pestilence sebagai pemain bass dan Shahharin sebagai Drummer. Nama Brain Dead telah digunakan sejak tertubuhnya Brain Dead dan nama ini datangnya dari salah satu tajuk lagu dari kumpulan Thrash Metal terkenal Exodus.Pada awal penubuhan Brain Dead mereka banyak membawakan lagu-lagu dari kumpulan Metallica ketika jamming. Selepas itu mereka mula membawakan lagu-lagu cover dari Venom, Slayer, Sodom, Possessed, Sepultura, Slaughter, Sarcofago dan banyak lagi kumpulan death/thrash metal yang sedang hangat ketika itu.
Pada awal tahun 89, Brain Dead diberi penghormatan menjadi band undangan dalam satu konsert di tempat mereka.Gig itu adalah yang pertama buat Brain Dead pada 4 mac 89 di taiping sebagai band undangan untuk sebuah band rock/heavy metal tempatan yang mempunyai nama yang agak besar juga iaitu M.A.Y,mereka merasakan sedikit gemuruh kerana inilah pengalaman pertama mereka bermain gig tambahan pula di hadapan lebih 1300 orang penonton. Pada waktu itu mereka membawakan lagu-lagu dari Metallica. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan. Selepas gig pertama itu sebagai band undangan dan pembukaan, Brain Dead mula mendapat banyak undangan dan tawaran untuk membuat show sejak gig pertama mereka,buat pertama kalinya mereka bermain di luar Perak.
Gig yang kedua juga dalam tahun 89 di Galactica Roller, sebuah tempat di Kuala Lumpur yang kerap menganjurkan konsert Thrash Metal. Kali ini mereka diberi peluang beraksi bersam SlapDeath (kini dikenali sebagai Silenth Death dari Kuala Lumpur), Rator (Death Metal dari Selangor) dan Bacteria (band dari Kelantan) . Permulaan tahun 90, Brain Dead telah mula menulis lirik-lirik mereka sendiri.Lagu-lagu awal yang ditulis oleh Brain Dead ialah 'Eternal War', 'Satanism' dan 'On Your Grave'. Mereka adalah satu kumpulan grind/Brutal Death Metal yang agresif, banyak dipengaruhi oleh Morbid Angel, Bolt Thrower, Terrorizer dan banyak lagi. Mereka mula mencuba untuk membuat demo mereka sendiri, tetapi disebabkan masalah studio seperti kurang memberi kerjasama dan tidak sukakan muzik sebegini maka usaha mereka terbantut begitu sahaja.Mereka meneruskan jamming setelah gagal untuk menghasilkan demo.Akhirnya dipenghujung tahun 90 pada 23 disember Brain Dead merakamkan demo pertama mereka bertajuk 'Eternal War' yang dirakamkan di Camy Studio,Taiping. Demo ini mengandungi tiga lagu iaitu Eternal War, Satanism dan On Your Grave. Lirik mereka ketika itu berkonsepkan Gore, Death dan Satanism. Demo ini menjadi saingan kepada band underground tempatan lain di waktu itu seperti Sil Khannas (sekarang Sil Khannaz), Sufforcation (sekarang Suffercation), Senseless Death (sekarang Senseless),Silenth Death, Hijrah (sekarang Pilgrims) dan Necrofist (sekarang Nebiras) yang mengeluarkan demo ditahun yang sama (90).
Bermula Dari demo inilah Brain Dead mula mengeluarkan demo mereka di dalam underground Scene tempatan dan luar negara. Walaubagaimanapun demo ini kurang memuaskan dari segi sound. Tetapi melalui demo inilah mereka mula aktif dalam underground dunia. Dalam tahun 90'an juga Ein menubuhkan band projek bernama Sacramantor (Heloisa). Tetapi disebabkan masalah tertentu seperti tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya pada kumpulan itu ianya terus senyap tampa sebarang meterial. Demo Eternal War mula diedarkan pada tahun 91. Pada tahun 91 mereka mula bermain gig disana sini. Mereka juga pernah bermain gig di funfair bersama satu lagi kumpulan underground veteran dari Perak iaitu Necrotic Chaos. Mereka juga pernah beraksi bersama Silent Death, Necrofist, Picagari dan Sufforcation disatu gig di Paradise Club Kuala Lumpur. Dalam tahun 91 Brain Dead dipelawa sebagai band undangan dalam satu show bertajuk 'Super Thailand Festival' di Taiping pada 4 Oktober 91. Sebenarnya pada hari itu Brain Dead adalah band jemputan untuk artis pop tempatan iaitu Norsheila Amin.tetapi di atas sebab tertentu penyanyi pop itu tidak dapat menhadirkan diri,oleh itu Brain Dead mengambil alih show itu sepenuhnya. Penonton diketika itu cukup gila dengan persembahan Brain Dead.
Brain Dead merakamkan dua lagu live dari 'Super Thailand Festival' iaitu 'Eternal War dan Satanism'. Kemudian mereka merakam tiga lagi lagu iaitu 'On Your Grave' dan dua lagu baru 'Repulse to Destruct' 'Devourment of Gore' di Camy Studio pada Disember 91. Akhirnya kelima-lima lagu ini dijadikan demo kedua mereka yang bertajul 'Live demo', kesemuanya dirakamkan pada tahun 91 dan demo kedua ini dikeluarkan pada Januari 92. Di dalam tahun ini juga Brain Dead mendapat tawaran dari syarikat rakaman tempatan Noize Record untuk menghasilkan album. Noize Record bertindak menandatangani kontrak dengan band underground tempatan lain sperti Sil Khannaz, Suffercation dan Silent Death. Tetapi sebelum ditawarkan membuat album Noize Record merancang untuk mengeluarkan satu album kompilasi death Metal terlebih dahulu. Album kompilasi ini tertangguh dan akhirnya terbengkalai.mungkin Noize Record terkejut dengan bentuk muzik sebegini,maklumlah mereka tidak menyanyikan lagu cinta/rock yang mendayu-dayu seperti kebiasaanya.pada masa yang sama juga Brain Dead mendapat rawaran dari syarikat rakaman dari German untuk menghasilkan 7'ep tetapi Brain Dead telah menandatangani kontrak dengan Noize Record maka ianya terpaksa di tolak.
Malangnya pada penghujung 91 pemain drum mereka Shaharin, mengambil keputusan untuk meninggalkan Brain Dead. Shaharin masuk semula pada tahun 92 tetapi mengambil keputusan keluar untuk kali kedua. Memang tidak dinafikan, Shaharin merupakan salah seorang pemain drum yang terbaik di Malaysia. Lan "Bye", bekas drummer ABC... Dead, Infectious Maggots dan Sil Khannaz, sendiri mengakui bahawa dia telah terpukau dengan permainan drum Shaharin sewaktu mengadakan persembahan di Metallica Lounge. Permainan drum Shaharin yang pantas dan mantap telah menyebabkan Lan "Bye" menukar influence muzik daripada Hard Core kepada Thrash Metal. Selepas sahaja Shaharin meninggalkan Brain Dead (menganggotai Nemesis) satu rombakan besar telah terjadi dalam Brain Dead. Mereka mengambil keputusan mengekalkan Brain Dead sebagai kumpulan trio, Brain dead masih lagi dianggotai oleh tiga line-up asal. Pada kali ini Ein Possesser bertukar posisi dari bermain gitar kepada bass/vokal, Malik Mutilation masih lagi posisi gitar dan Hashim Pestilence dari bass bertukar posisi untuk bermain drum.
Untuk mencari seorang pemain drum sangatlah susah. Dengan line-up ini Brain Dead menyambung kembali aktiviti mereka,ini termasuklah membuat show. Dengan penubuhan ini Brain Dead membuang sentuhan muzik Grind Core dalam muzik mereka. Brain Dead bukan lagi satu kumpulan Grind Death Metal tetapi haluan baru mereka Black/Dark Death Metal. Tahun 92 juga Sonic Asylum Record berminat untuk mengikat kontrak dengan Brain Dead tetapi ianya tidak berhasil. Apabila Silent Death mengeluarkan album pertama mereka pada pertengahan 92 di bawah naungan Dark Journey Record, pada masa yang sama juga label ini mencari lagi band tempatan yang berpotensi untuk diketengahkan bakat mereka. Apabila label ini mendengar demo mereka ianya telah membuahkan minat dan seterusnya Dark Journey Record menawarkan kontrak kepada mereka. Pada lewat 92 Brain Dead mengikat kontrak secara rasmi dengan Dark Journey Record. Label ini merupakan label yang mengeluarkan album-album underground sahaja. Brain Dead menjadi artis kedua Dark Journey Record dan mengikat kotrak selama dua tahun dan dirancangkan akan masuk studio pada awal bulan Januari 93 serta mereka akan mengeluarkan album itu pada awal tahun hadapan (93).Setelah menjadi artis Dark Journey Record, Brain Dead diberi peluang beraksi bersama Silent Death di ketika Silent Death sedang giat mempromosi album pertama mereka. Dalam tahun tersebut labih 10 gig telah dimainkan. Pada tahun 93 bertarikh 20 November 93 bertempat di Perak, Silent Death dan Brain Dead beraksi bersama dibawah naungan Dark Journey Record.
Gig ini dirakamkan dalam video dan dijual melalui Dark Journey Record. Di dalam video ini terdapat interview khas bersama Silent Death dan Brain Dead. Orang yang menginterview kedua-dua ini ialah Oz Yusuf, bekas gitaris Assault satu band lagenda Thrash Metal dari Kuala Lumpur dilewat 80'an. Sekarang ini Oz yusuf merupaka penerbit album-album underground dan juga sound enginier untuk setiap gig underground di Malaysia dan Singapura. Video ini di buat secara profesional dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pada masa yang sama Ein Possessor menubuhkan kembali kumpulan Sacramantor dengan menggunakan nama Narraka yang berkonsepkan Black Metal, tetapi disebabkan Ein terpaksa memberi komitmen dan perhatian yang lebih terhadap Brain Dead maka Narraka senyap seketika tetapi masih lagi tidak berkubur.
Line-up asal Narraka ialah Ein Possesser yang menggunakan nama Unholy Mantera sebagai gitaris/vokalis, Tirana gitaris, La'oh sebagai bassis dengan pemain drum undangan. Mereka menyiapkan dua lagu yang berkonsepkan Black metal untuk demo pertama mereka tetapi disebabkan Ein bersama Brain Dead maka ianya tertangguh. Dalam ketika ini juga Brain Dead mengalami masalah, baju mereka dicetak dan dijual di kedai tanpa kebenaran mereka. Akhirnya pada lewat tahun 1992, Brain Dead mengambil keputusan untuk merakamkan album pertama mereka.
Mereka telah bersedia dengan lagu-lagu terbaru mereka. Struktur lagu mereka seperti 'Repulse To Destruct', 'Satanism', 'Eternal War' dan 'On Your Grave' bertukar ke arah Black Dark/Doom Death Metal. Mereka masuk studio di lewat 1992 dan meeka cuma mengambil masa 40 jam sahaja untuk menyiapkan album pertama mereka. Masa yang diberi sangat terhad, mereka terpaksa terkejar-kejar untuk menyiapkan album ini. Perancangan album pertama ini, mereka merancang untuk memasukkan unsur-unsur Black Metal, mewujudkan atmosphere dengan penambahan keyboard,effect dan intro.
Tetapi mereka tidak mempunyai banyak masa tambahan pula Dark Journey Record melarang mereka dari memasukan element keyboard, effect dan intro kerana ianya memerlukan kos dan modal yang terlalu tinggi. Album ini menggabungkan antara lagu baru dan lama. Lagu lama ditukar strukturnya dan tajuk lagu juga ditukar. Tidak ada lagi bahagian Grind core dalam muzik mereka. Album pertama mereka adalah Dark Death Metal, campuran muzik Doom, Black dan Death Metal. Pengaruh dari Venom, Celtic Frost, Sarcofago, Mercyful Fate digabungkan dengan kumpulan Black Metal baru seperti Root, Samael, Beherit dan Rotting Christ. Lirik mereka juga turut berubah kepada occultism, satanism, black art dan dark side. Album ini sepatutnya keluar pada awal tahun 1993 tetapi album ini sempat berada di pasaran di penghujung tahun 1992 bertajuk 'From The Ectasy'. Brain Dead ialah band Death Metal ketiga merakamkan album. Tahun berikutnya 1993 mereka bertambah sibuk dengan aktiviti mempromosikan album pertama mereka. Pada awal tahun 1993 bertarikh 31hb Januari, Brain Dead diberi peluang beraksi bersama-sama Sil Khannaz, Infection Maggot dan Suffercation. Show ini adalah di antara terbaik pernah mereka sertai. Di awal tahun 1993 Dark Journey mengeluarkan album kompilasi bertajuk The Dark live yang menggabungkan kumpulan Catarrh, Silent Death, Nemesis, Nebiras, Tormentor dan dua lagu terbaru Brain Dead 'Sprit of Heloisa' dan 'The 7 Wind'. Line-up mereka juga bertukar, Ein mengambil alih semula posisi gitar/vokal dan mengambil pemain bass undangan untuk sesi rakaman dan gig. Anggota Brain dead yang lain kekal ditempat asal,pemain bass undangan itu ialah Adik dari Necrotic Chaos.
Label mereka menggabungkan band-band di bawah Dark Journey seperti Brain Dead, Silent Death dan Tormentor. Lagu-lagu terbaru Brain Dead sangat berbeza jika dibandingkan dengan lagu dari album pertama mereka. Arah Brain Dead tidak seperti lagu di dalam album pertaman mereka. Brain Dead lebih kepada Black Metal dan mengkategorikan muzik mereka sebagai Occult Dark Metal. Pada masa yang sama juga Brain Dead mengeluarkan promotape yang mengandungi dua lagu. Kedua lagu mereka itu sama seperti lagu yang terdapat didalam album kompilasi 'Dark Live'. Di waktu itu Brain Dead masih lagi membawa lagu cover dari kumpulan lama seperti Celtic Frost, Sepultura, Venom. Bentuk muzik Brain Dead di dalam album kompilasi itu ialah stail Celtic Frost lama digabungkan dengan Root, Sarcofago dan Beherit. Brain Dead merancang untuk mengeluarkan album kedua mereka pada tahun 1993. Album kedua yang mereka rancang ialah untuk memasukkan elemen-elemen Black Metal, atau paling tepat lagi menjadi kumpulan Black Metal seperti Root, Rotting Christ, Samael. Untuk album kedua dijangkakan lagu-lagu yang akan dibuat adalah seperti dua lagu terbaru mereka yang terdapat dalam album kompilasi. Dark Journey Record seakan-akan tidak berlaku adil dengan mereka. Jumlah jualan album pertama juga dirahsiakan. Pihak Dark Journey juga kurang mempromosikan album pertama mereka.ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dari pihak Brain dead. Mereka juga tidak berpuas hati dengan cover album kerana ianya telah dipilih oleh Dark Journey sendiri.
Dalam tahun yang sama juga Hashim Pestilence terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur di atas urusan kerja ini serba sedikit melumpuhkan aktiviti Brain Dead. Setelah berakhirnya tahun 1993, Brain Dead mengambil keputusan keluar dari Dark Journey Record dan mereka tidak akan menyambung lagi kontrak dengan mereka. Mereka lebih menumpukan perhatian mencari dan menandatangani kontrak dengan label luar negara. Di tahun 1994, Dark Journey telah mengeluarkan split album Brain dead bersama Silent death bertajuk 'Death and Dead' tanpa kebenaran dan pengetahuan Brain Dead. Lagu di dalam album ini ialah lagu dari album pertama Silent Death dan Brain Dead. Di tahun 1994, mereka meneruskan bermain gig dan salah satu gig di Ipoh bersama Sil Khannaz. Brain Dead muncul dengan imej spike seluruh badan, selari dengan perubahan muzik. Mereka mengenakan spike sebelum trend spike melanda kumpulan tempatan, malah Brain Dead mengkategorikan muzik mereka sebagai Occult dark Metal. Mereka tidak mahu melabelkan muzik mereka sebagai Black Metal kerana di masa itu trend Black Metal telah mula menular. Pada hakikatnya mereka telah terlebih dahulu menggelarkan diri mereka Black Metal dan memakai spike sebelum ianya menjadi satu trend.
Setelah bebas dari Dark Journey mereka telah menghasilkan satu lagi demo tetapi ianya tidak berhasil. Brain Dead hidup tetapi agak perlahan. Peluang ini telah diambil oleh Ein untuk mengisi masa bersama Narraka. Di tahun 1994 Narraka buat pertama kalinya diberi peluang beraksi bersama Ignorance Dirge, Karatz, Narraka semakin aktif. Di penghujung 1994, Necrotic Chaos telah merakamkan demo pertama mereka. Di dalam album ini mereka telah menyanyikan lagu dari Brain Dead bertajuk 'Repulse To Destruct'. Ein dan Azlanthor (vokalis Langsuir) dijemput sebagai backing vokal. Di tahun 1995, Malik Mutilation terpaksa berpindah ke Melaka. Ini semakin melumpuhkan Brain Dead. Tinggallah Ein seorang di Taiping, Hashim pula telah menetap di Kuala Lumpur. Akhirnya Brain Dead diisytiharkan berpecah dan gig terakhir mereka ialah pada tahun 1995 di Penang. Brain Dead bergabung dengan line-up asal iaitu Ein (vokal/gitar) Malik (gitar) Hashim (bass) dan Shaharin (drum). Ketika itu mereka memainkan lagu lama mereka dan satu lagu terbaru mereka yang sangat berinspirasikan Old Celtic frost. Selepas gig itu mereka berpecah. Tetapi khabar angin mengatakan Brain Dead tidak berpecah dan akan bersatu semula. Hashim kemudian telah menyertai Sil Khannaz sebagai Bassis dan Ein meneruskan perjuangan bersama Narraka. Lagu-lagu Narraka telah lama siap tetapi disebabkan kesibukkan anggotanya maka proses rakaman demo terbantut. Di tahun 1996, Narraka telah menukarkan nama kepada Heloisa dan di tahun itu juga mereka berpeluang beraksi bersama Vociferation Eternity di Pulau Pinang.
Pada Jun 1996, di dalam gig 'Nocturnal War 3' di Pulau Pinang Heloisa beraksi bersama Silent Death. Line-up mereka telah bertukar Asrul pemain drum undangan dari Mazetorment telah keluar dan digantikan Azmie, bekas anggota Defiance dan La'oh (bass) juga menarik diri dan digantikan Nasrul. Mereka tidak sempat merakamkan sebarang material pada tahun 1996. Pada tahun 1997 bertempat di Pulau Pinang besama-sama Langsuir, Sil Khannaz dan Impiety bermain dalam satu gig besar bernama 'The Ethereal Reign'. Satu lagi gig iaitu gig tribute to Venom/Celtic Frost dirancang dan pada kali ini Brain Dead kembali lagi tetapi untuk gig itu sahaja. Rancangan Heloisa ialah untuk merakamkan demo pertama di dalam tahun 1997. Jaie Jokhannaz (vokalis Sil Khannaz) apabila mangetahui rancangan tentang Heloisa yang akan merakamkan demo, Heloisa terus di pelawa untuk menghasilkan album di bawah naungan label Jaie, Nebiula Production. Heloisa memasuki studio di tahun 1997 untuk rakaman album pertama 'Mirror of Trinity'. Dua daripada lagu yang telah dirakamkan itu dikeluarkan dahulu di dalam album kompilasi Eastern Invasion 1 yang dibuat oleh Nebiula Production. Album pertama Heloisa telah dirakam berbulan-bulan lamanya tetapi sebab-sebab tertentu album ini tidak dapat di keluarkan. Pada tahun 1998 album ini telah dikeluarkan dan ianya memuatkan lagu-lagu mereka sejak dari 1994, lagu yang berada di dalam album ini telah dimainkan di dalam gig mereka sejak tahun 1994 hinggalah 1997.
Selepas itu Heloisa menyertai satu lagi album kompilasi tempatan yang dibuat oleh Nebiula Production. Album kompilasi ini bertajuk Storm Of Nebiula Chapter 2 bersama-sama kumpulan underground tempatan seperti Mistik, Silent Death, Mesmerized, King Shah dan dua kumpulan Black Metal dari Singapura iaitu As Sahar dan Hail. Nebiula juga telah merancang untuk mengadakan tour khas buat Heloisa. Brain Dead merupakan kumpulan Death Metal pertama muncul dari Perak. Mereka mula aktif di dalam pergerakkan underground scene dunia melalui demo pertama mereka. Brain dead pernah muncul di dalam majalah-majalah underground metal dunia seperti Terrorizer, Holocaust, Progress, Mutilation, Darkness, Pestilence, Peccatus Altar, Expulsion Cerebral, Epeleptic Convulsion, Deathnoise dan banyak lagi di samping muncul dalam zine-zine underground. Lagu dari Brain dead juga mendapat liputan dari stesen-stesen radio seperti Slam Hour, evb, Metal Inferno dan banyak lagi. Brain Dead merupakan kumpulan underground tempatan yang mengekalkan imej underground. Mereka langsung tidak pernah muncul dalam majalah sensasi ataupun surat khabar. Cuma satu iklan tentang mereka, Silent Death dan Tormentor yang akan melancarkan konsert mereka telah tersiar didalam akhbar Utusan Malaysia. Brain Dead bersifat low profile.
Setiap gig mereka sangat mantap dan pastinnya setiap penonton yang hadir memberi kerjasama. Mereka sangat mantap dari segi persembahan. Di tahun 1998 satu label baru telah muncul iaitu Empty Body Release mengambil keputusan untuk membuat satu album Tribute to Brain dead ini telah mendapat persetujuan dan banyak band-band tempatan dan luar negara akan menjayakan album kompilasi tribute ini. Baru-baru ini, khabar-khabar angin telah mengatakan bahawa Brain Dead mungkin akan bersatu semula. Mereka adalah salah satu perintis didalam underground scene tempatan dan satu ketika dahulu meributkan suasana metal tempatan. Justeru itu, nantikan kemunculan semula mereka untuk kembali meributkan semula suasana metal tempatan!
Back to top Go down
 
band brain dead
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» punks not dead
» band hayagriva
» band langsuyr
» band sil khannaz
» band surrender of divinity

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! :: Hiburan Board :: Sembang-Sembang Hiburan :: Local Hiburan-
Jump to: