Ceres adalah sebuah planet kerdil yang terletak di lingkaran asteroid. Ceres ditemui pada 1 Januari 1801 oleh Giuseppe Piazzi. Apabila ditemui Ceres dikelaskan sebagai sebuah planet, namun setengah abad kemudian dan selama 150 tahun selanjutnya, Ceres dikelaskan sebagai sebuah asteroid. Pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa memutuskan untuk mengubah status Ceres menjadi "planet kerdil".
Ceres mempunyai jisim sebesar 9.45 ± 0.04 × 1020 kg. Dengan diameter sekitar 950 km, Ceres adalah benda angkasa terbesar di lingkaran asteroid utama.