Wow. Terkejut aku dengan gosip yang dipaparkan oleh Cik Andalusia di portal GUA. Sukar nak percaya yang kabarnya Zizie Ezette adalah bini keempat Bung Mokhtar. Bukannya bini kedua seperti yang digembar-gemburkan. Patutlah berahsia sangat. Ada 3 hati yang perlu dijaga oleh Zizie. Bukan sorang je.
Tapi kalau benarlah gosip nie,aku respek kepada Bung Mokhtar. Walaupun mengaku tak cukup kacak, rasanya dia cukup macho dan mampu menjadi contoh yang baik kepada lelaki-lelaki yang bercita-cita nak berkahwin banyak. Kalah Abang Salih Yaakob. Marilah menjadikan Bung Mokhtar sebagai suami idola anda.
Harap-harap keputusan Zizie Ezette menjadi isteri kepada Bung Mokhtar adalah kerana kasih sayang yang sejati. Bukannya atas kebendaan ataupun sebab takut jadi andartu sampai bila-bila. Bukan senang nak jadi seorang isteri. Lagi-lagi kalau anda nombor yang keempat.
Apa-apa pun, tahniah kepada Zizie kerana dia adalah isteri yang terakhir buat Bung Mokhtar. Tak perlu takut-takut ada yang nombor lima nanti. Hehehe.