Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang
mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia
dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya
Janet.
Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan
mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai
kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun
membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari
seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan
menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman
memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.
Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon
pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan
tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang
pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka.
Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama
John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih
selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang
pemabuk.
Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan
penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga
malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi
semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat
belaka. Gembiralah si Janet ni tadi… kerana ingin menghargai kerajinan
si John ni, Janet pun berkata kepada John, “John, kau telah melakukan
kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau
sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan
tekanan kerja…” Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun
pergi ke pekan.
Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1
tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang
kerumah. Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil
duduk di sofa berhampiran unggun api.
“Buka butang bajuku dan tanggalkannya.” Kata Janet.
John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.
“Sekarang, buka kasut but ku.”
John buat, perlahan sekali.
“Buka, setokin ku..”
Dia buat juga.
“Sekarang, buka skirt ku.”
Dia buat juga.
“Sekarang buka coliku.”
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.
“Sekarang….buka seluar dalamku…”
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.
Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata…
“Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.”
Hahahah… apa yg korang pikir tu hah? otak kotor ek..?