Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!

Lebih Skandal Dari Biasa
 
PortalPortal  HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  RegisterRegister  Log in  
Latest topics
» Aksi Permain Bola Yg paling Aku suka ~
Thu Sep 02, 2010 1:45 am by ____am____

» Selamat Berpuasa Semua
Tue Aug 24, 2010 6:08 pm by ____am____

» Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
Thu Jun 17, 2010 5:11 pm by ____am____

» SATRIA CLUB !!
Wed Jun 09, 2010 4:57 am by ___ari3l___

» Crazy asian rider wow people on the street
Fri Mar 26, 2010 2:18 pm by ____am____

» Gambar Baikk..Punya
Fri Mar 26, 2010 2:16 pm by ____am____

» (GAMBAR)Ziana Zain Berturban La Pulak
Fri Mar 26, 2010 12:33 pm by ____am____

» Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama
Fri Mar 26, 2010 10:46 am by ____am____

» Ku ingin kembali
Thu Mar 25, 2010 3:27 pm by ____am____

» Why malay people afraid to speak in english??
Thu Mar 25, 2010 3:24 pm by ____am____

» nak wat gath x???
Thu Mar 25, 2010 3:29 am by ____am____

» Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah
Tue Mar 23, 2010 9:42 am by yanie.

Social bookmarking
Social bookmarking digg  Social bookmarking delicious  Social bookmarking reddit  Social bookmarking stumbleupon  Social bookmarking slashdot  Social bookmarking yahoo  Social bookmarking google  Social bookmarking blogmarks  Social bookmarking live      

Bookmark and share the address of Forumer Kedah:1 on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! on your social bookmarking website
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
 Gallery
Top posters
_____.Rexo._____ (612)
 
____am____ (562)
 
___ari3l___ (222)
 
yanie. (188)
 
lola87 (115)
 
__mimi__ucu__ (85)
 
fyda (68)
 
mister-kerang (58)
 
miss-lady (58)
 
miss erien a.k.a bunga (50)
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Partner Kami

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 14 on Fri Jan 01, 2010 12:13 am
Statistics
We have 139 registered users
The newest registered user is ninie032003

Our users have posted a total of 2369 messages in 976 subjects
Facebook
Fan Club Kedah 1

Fan Club Kedah 1


Share | 
 

 Semurni Cinta Aina [Last Chapter]

Go down 
AuthorMessage
lola87
Member
Member
avatar

Posts : 115
__Points__ : 6609
Join date : 03/01/2010
Age : 31
Location : Serdang,Selangor

PostSubject: Semurni Cinta Aina [Last Chapter]   Sat Jan 16, 2010 3:32 pm

Ziela melepaskan nafasnya perlahan. Pandangannya jatuh pada Haikal yang masih berteleku di sisi Aina.

"Abang Kai" Panggil Ziela perlahan. Dan dia tersentak sewaktu Haikal menoleh ke arahnya. Mata lelaki itu merah! Abang Kai menangis? Ziela sebak!

"Abang baliklah dulu. Nanti kalau Aina dah sedar, Ziela akan call abang ye" Gadis itu memujuk lembut. Haikal menundukkan wajahnya. Kedua tangan diraup ke muka.

"Tak apalah Ziela. Abang nak tunggu sampai Aina sedar" Ziela terdiam. Lirih suara Haikal. Ada getar yang beriring. Haikal kembali memandang Aina. Diperhatikan dada Aina yang berombak lemah.

Tidak! Kali ini tidak akan ku tinggalkan Aina biarpun sesaat. Jika diminta aku melutut di sini untuk seribu tahun lagi pun, aku sanggup!!!

Jari jemari Aina yang kaku, digenggam erat. Diusap lembut pipi bersih itu. Matanya asyik memerhati wajah Aina. Kening Aina lebat. Bibirnya kecil kemerahan. Dan yang paling dia suka, hidungnya. Kecil, mancung. Comel sangat! Nafasnya dilepaskan berat.

"Aina cantik! Cantik sangat! Tapi semua itu abang tak nampak kerana terlalu asyik memandang tangan yang satu itu. Yang kurang itu jugaklah yang nampak di mata abang!" Desis Haikal perlahan. Perasaan bersalah makin bernanah di hati!

Tuhanku.......Tak terampun dosa ku! Tak terhapus perasaan bersalah ku! Jangan dibawa Aina pergi sebelum dia menghukum ku.!

Tangannya beralih pula pada perut Aina. Dibelainya lembut. "Anak ku! Berilah kekuatan pada ibu mu!" Haikal makin merintih. Dia menangis lagi!

Biarlah! Aku tidak malu menangis! Sekiranya tangisanku mampu menyedarkan Aina, akan ku raung sehingga kehabisan nyawa!!

************************************

Sejuk dingin pagi. Kicauan burung sesekali bersahut-sahutan terdengar. Mata Haikal kaku berbalam. Entah apa yang direnungnya, dia pun tidak pasti. Dia masih berteleku di atas kerusi simen yang di sediakan di luar perkarangan hospital. Rasa dingin sejuk pagi langsung tidak dihiraukan.

"Kai!" Haikal menoleh. "Puas aku mencari, kat sini rupanya engkau!" Zamri melabuhkan punggung di sisi Haikal. "Tadi, aku pergi jenguk Aina kejap. Nampaknya dia dah sedar. Kenapa engkau tak temankan dia?" Haikal masih mendiamkan diri. Kedengaran nafas berat dilepaskan.

"Kenapa ni Kai? Ada masalah ke? Apa kata adik aku tentang Aina?" Meskipun soalannya tidak berjawab, Zamri masih terus bertanya.

"Entahlah Zam! Tak tahu macam mana aku nak ceritakan." Bergetar suara Haikal menyusun kata. "Ziela cakap, rahim Aina tidak cukup kuat untuk menampung janinnya yang bakal membesar. Pergerakkan yang agak kuat mungkin akan menyebabkan Aina keguguran dan sekaligus mengancam nyawanya." Kata-kata Haikal terhenti. Nafasnya ditarik dalam-dalam bagaikan mencari kekuatan untuk menyambung bicaranya.

"Abang.........Izinkan Aina mengandung dan melahirkan anak kita" Kata-kata Aina pula yang tergiang-giang di telinganya. Haikal makin sebak. Tangannya diraup ke muka.

"Habis tu, macam mana sekarang?" Wajah Haikal direnung tanpa berkelip. "Jika Aina ingin mengandungkan bayi itu, dia hanya boleh berbaring di atas katil sehingga masa kelahiran bayi tiba."

"Apa keputusan kau? Aina pulak macam mana?" Soal Zamri yang kian mendesak ingin tahu.

"Aina mahukan bayi itu!" Zamri terdiam. Dia juga merasa sesak, bagaikan terkena tempias Haikal.

"Aku serba salah Zam. Mengizinkan Aina mengandungkan bayi itu, bagaikan aku menghantar dia pergi! Menidakkan permintaannya............. Sedangkan selama ini, dia tidak pernah meminta apa pun daripada aku!" Wajah Haikal kemerahan menahan sebak. Air matanya bagaikan hendak terbit namun ditahan sedaya upaya.

Zamri terdiam lagi. Wajah Haikal direnung lama. "Heh! Betul lah kata budak-budak tu! Baru aku perasan!" Kata-kata Zamri mengundang kerutan di wajah Haikal. "Perasan apa?"

"Muka kau!" Zamri tersengeh. "Kenapa dengan muka aku pulak?!"

"Budak-budak ni selalu cakap kat aku, muka kau tu macam Ariel penyanyi kumpulan Peterpan tuh! Dari tadi aku dok renung muka kau, memang betul lah apa yang budak-budak tu cakap!"

Haikal tergelak. "Kau ni Zam! Time-time ni pulak kau nak buat lawak! Tapi kan, aku rasa, aku lagi handsome dari Ariel. Badan aku lagi gagah dari dia!"

"Aku dah agak dah! Engkau mesti cakap macam tu punya Kai!" Kedua-duanya serentak ketawa. Sekurang-kurangnya aku tahu, kau masih mampu ketawa Kai!

Ketawa Haikal tiba-tiba mati. "Aku rasa bangga bila ramai wanita yang melutut, merayu cinta dari aku. Aku gah bila setiap kali musuh ku tersungkur di hujung kaki! Tapi bila tentang Aina,..........aku kalah, aku gagal! Aku mati kata!" Sendunya kembali menjengah di hati. Dia tunduk merenung rumput hijau di kaki. Masih basah akibat berembun, sama macam hatiku yang basah dengan tangisan!

*****************

Aduhai sayang........... Seksanya hati abang, deritanya batin abang mengizinkan Aina mengandungkan zuriat kita. Namun, mengenangkan selama ini, tiada apa pun yang pernah abang lakukan untuk Aina maka abang relakan biarpun abang tahu abang bakal kehilanganmu bila-bila masa!...........

Mengapa peluang ini yang hadir buat abang? Kenapa tidak di saat senyuman yang terukir di bibirmu? Sakitnya hati abang hendak merebut peluang ini sedangkan ketika ini hanya kerutan kesakita yang melakar di wajahmu. Hikmah apa kah ini wahai tuhanku?………
*****************

Motor TZM kesayangannya sudah diberikan pada Samad. Dia tidak perlukannya lagi. "Eh? Betul ke kau bagi kat aku Kai? Macam tak caya jek! Terima kasih bayak-banyaklah Kai! Kau memang kawan aku yang paling best!" Haikal tersengeh mengenangkan kata-kata Samad tempoh hari.

Dia ingin berubah! Mahu membetulkan segala kesilapan lalu. Enjin turbo yang dipasangkan pada Waja hitamnya juga sudah dibuang. Tidak perlu laju atau pun mengaum bunyinya. Yang penting, biarkan kenangan lalu luput dari ingatannya.

Haikal membuka kembali bungkusan yang diberikan oleh Aina. Penunjuk bulu landak itu direnungnya lama. Memang cantik! Warna hitamnya berbelang mengukir corak pada penunjuk tersebut. Al-Quran milik Aina dibukanya dengan tangan bergetar!

Bismillahirrahmahnirrahim........Yassin.........walquran nilhakim..........innaka lamirnarmursalim........... Air mata Haikal bergenang.. Ya Allah! Merdunya kalimah mu! Syahdunya menusuk hingga ke tangkai hati!

Surah Yassin ini sedekah buat babah! Maafkan Kai babah, lamanya pusara babah tidak Kai renjis dengan bacaan Yassin. Dan surah Yassin ini untuk nyawa ku Aina. Sayang abang........ Moga selamat melahirkan anak kita!

**************

Haikal tersentak! Terkejut bila lenanya tiba-tiba diganggu dengan deringan telefon bimbitnya. Jam di tepi katilnya dijeling sekilas. 1.00 pagi?

"Hello" Rasa mengantuknya masih bersisa. "Abang Kai! Ziela ni! Datang hospital cepat! Aina dah sakit nak bersalin!" Suara cemas Ziela mematikan rasa mengantuknya. Haikal bingkas bangun.

Keretanya dipecut laju. Mujur masih awal pagi. Tiada kenderaan yang bersesak menghalang perjalanannya. Cepatlah sampai! Hatinya tidak henti berbisik.

"Ziela!" Jeritannya bergema memecah hening pagi. "Shhhhhh.....Abang Kai ni, janganlah kuat sangat menjerit. Nanti ganggu pesakit kat sini" Haikal tersengeh. Aku tak peduli semua tu!

"Aina mana?" Soalnya kelam kabut. "Kat dalam bilik bersalin!"

"Abang nak masuk!" Kening Ziela terjungkit. "Are you sure?" Bimbang Haikal pula yang pengsan. Haikal mengangguk laju.

Dada Haikal sebak tatkala menjengah masuk. Wajah Aina yang berkerut menahan rasa sakit begitu pilu dilihat. "Abang........" Lemah suara Aina kedengaran.

Tangannya mengagau mencari tangan Haikal. "Ampunkan dosa-dosa Aina selama ini pada abang..... Halalkan segala makan minum Aina atau apa yang Aina terhutang dengan abang…" Sayu suara Aina mengundang takungan air jernih di matanya. Aduhai sayang......janganlah diucapkan kata-kata itu!

Dahi Aina diusap lembut. Dikucupnya berkali-kali "Jangan cakap macam tu! Insya-Allah
Aina akan selamat." Kata-kata itu dibisik lembut ke telinga Aina.

Aina masih mengerang kesakitan. Sejuk tangannya terasa dalam genggaman Haikal. Matanya dipejam rapat. Tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung oleh Aina. Beginilah agaknya ibu melahirkan aku! Bersabung nyawa demi memberi aku peluang melihat dunia!

"Tarik nafas Aina! Tarik nafas! Bila saya kata push, baru push!" Tegas suara Ziela memberi arahan. Aina mengangguk lemah. Khudratnya makin kurang namun demi buah cintanya, digagahkan jua.

"Abang......" Sesekali Aina merintih memanggil Haikal. Nafasnya berombak kencang. Turun naik bersama lelah dan kesakitan. Haikal kian resah. Sesak nafasnya melihat Aina yang kian lemah.

"Kena buat operation ni abang Kai! Badan Aina terlalu lemah. Tenaganya tidak kuat untuk menolak bayi keluar. Ziela takut bayi akan mati kelemasan!" Ziela memandang wajah Haikal meminta persetujuan.

"Jangan! Aina masih kuat! Beri peluang pada Aina!" Suara Aina bergetar. Peluh sejuk memercik di wajahnya. "Tapi Aina terlalu lemah. Abang tak sanggup melihat Aina terus menanggung kesakitan" Haikal sebak. Genggaman tangan Aina juga tidak sekejap tadi.

Ziela terdiam. Masa terlalu suntuk. "Oklah Aina! One more try! Lepas ni kalau tak boleh juga, saya akan buat pembedahan"

Mulut Haikal terkumat kamit membaca surah Maryam. Dihembus lembut pada ubun-ubun kepala Aina. Ya Allah! Ringankan kesakitan isteri ku! Lindungilah dia!

"Allah hu akbar! Allah hu akbar!" Suara Aina tenggelam timbul. "Push Aina! Push!" Ya Allah! Terangkat badan Aina menahan rasa sakit. Berketap giginya.

Dan sebaik azan Subuh berkumandang, suara tangisan bayi kedengaran memecah bening pagi.

"Alhamdulillah" Terpacul ucapan itu dibibir Haikal. "Dapat baby boy! Tahniah abang Kai! Sempurna sifatnya seperti bayi normal yang lain!"

Haikal melonjak kegembiraan. Tubuh Aina dipeluknya, namun nafasnya bagaikan terhenti disaat melihat Aina yang terkulai lemah dipangkuannya. "Aina!" Jeritan Haikal mengejutkan Ziela.

"Aina! Bangun sayang!" Haikal kian tidak keruan. Ziela segera mendapatkan Aina. "Aina pengsan. Keadaan dia terlalu lemah!" Topeng oksigen diletakkan pada mulut Aina.

"Abang Kai keluar dulu!" Haikal masih kaku di situ. "Nurse bawa bayi ni keluar. Selepas bersihkan bayi ni, serahkan pada bapanya" Arahan Ziela disambut dengan serta merta. Namun Haikal masih tercegat memandang Aina. Matanya terarah pada dada Aina. Memerhati ombakkan di dada itu yang kian lemah. Janganlah berhenti!

*********************

Hajah Endon kelam kabut mendapatkan Haikal yang berteleku di kerusi. Gembira hatinya bukan kepalang melihat seorang bayi di riba Haikal namun kegembiraannya mati tatkala wajah sugul Haikal menjengah di matanya.

"Kai! Kenapa ni nak? Aina macam mana?" Bahu Haikal di usap lembut. Haikal menoleh memandang ibunya. Air matanya sudah lama mengalir di pipi. Murahnya air matanya kebelakangan ini!

"Aina masih tidak sedarkan diri ibu" Rintihnya pilu. Hajah Endon terkedu. Sebak memikirkan nasib Aina. Dugaaan buat gadis itu datang bertali arus!

Haikal bingkas bangun sebaik terlihat langkah Ziela yang datang menghampirinya. "Macam mana dengan Aina?" Soal Haikal tidak sabar. Janganlah berita buruk yang engkau khabarkan!

"Aina cuma pengsan. Keadaan dia terlalu lemah dan banyak kehilangan darah. Tapi sekarang keadaan Aina dah stabil" Alhamdulillah. Syukur! Tangannya diraup pada muka.

"Boleh abang jenguk Aina?"

"Boleh tapi jangan lama. Dia perlu banyak berehat" Ujar Ziela sebelum berlalu pergi.

Pintu bilik dikuaknya perlahan-lahan. Luluh hatinya melihat sekujur tubuh yang lemah terbaring. Diusap lembut dahi Aina.

Bayi yang berada di dalam pelukkannya diletakkan di sisi Aina. "Ini umi mu anakku! Wanita mulia yang abi cintai!" Desisnya sayu. Sayang janganlah lena mu terlalu lama!

Wajahnya dibenamkan di birai katil. Menahan rasa sebak yang kian bernanah. Dia tersentak bila terasa rambutnya tiba-tiba diusap. "Aina!" terpacul nama itu sebaik mata Aina bercahaya merenungnya........

Sayang......
Abang jua seperti mu tidak pandai bermadah, tidak bijak berpuisi. Namun tatkala merasa manisnya cinta mu, ilham itu tiba-tiba bertamu......

Rahmat apakah ini? Yang hadir buat insan yang sentiasa lupa mensyukuri nikmat-Nya. Dugaan apakah ini? Yang hadir buat manusia yang sering alpa pada perintah-Nya. Abang sering tertanya.

Manusia apakah diri mu? Masih gagah mengendong cintamu, masih memahatkan setia mu padaku. Padahal akulah yang sering memijak kasih mu itu!....Dan abang tertanya lagi

Semurni cinta Aina..
Ah! Rupa-rupanya itulah jawapannya. Jauh abang berkelana mencari. Puas abang menyelam ke dasar. Tak perasan jawapannya ada di sisi!.......
Back to top Go down
http://florallan87.blogspot.com
 
Semurni Cinta Aina [Last Chapter]
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! :: General Category :: Cerita/Carpen-
Jump to: