Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!

Lebih Skandal Dari Biasa
 
PortalPortal  HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  RegisterRegister  Log in  
Latest topics
» Aksi Permain Bola Yg paling Aku suka ~
Thu Sep 02, 2010 1:45 am by ____am____

» Selamat Berpuasa Semua
Tue Aug 24, 2010 6:08 pm by ____am____

» Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
Thu Jun 17, 2010 5:11 pm by ____am____

» SATRIA CLUB !!
Wed Jun 09, 2010 4:57 am by ___ari3l___

» Crazy asian rider wow people on the street
Fri Mar 26, 2010 2:18 pm by ____am____

» Gambar Baikk..Punya
Fri Mar 26, 2010 2:16 pm by ____am____

» (GAMBAR)Ziana Zain Berturban La Pulak
Fri Mar 26, 2010 12:33 pm by ____am____

» Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama
Fri Mar 26, 2010 10:46 am by ____am____

» Ku ingin kembali
Thu Mar 25, 2010 3:27 pm by ____am____

» Why malay people afraid to speak in english??
Thu Mar 25, 2010 3:24 pm by ____am____

» nak wat gath x???
Thu Mar 25, 2010 3:29 am by ____am____

» Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah
Tue Mar 23, 2010 9:42 am by yanie.

Social bookmarking
Social bookmarking digg  Social bookmarking delicious  Social bookmarking reddit  Social bookmarking stumbleupon  Social bookmarking slashdot  Social bookmarking yahoo  Social bookmarking google  Social bookmarking blogmarks  Social bookmarking live      

Bookmark and share the address of Forumer Kedah:1 on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! on your social bookmarking website
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
 Gallery
Top posters
_____.Rexo._____ (612)
 
____am____ (562)
 
___ari3l___ (222)
 
yanie. (188)
 
lola87 (115)
 
__mimi__ucu__ (85)
 
fyda (68)
 
mister-kerang (58)
 
miss-lady (58)
 
miss erien a.k.a bunga (50)
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Partner Kami

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 14 on Fri Jan 01, 2010 12:13 am
Statistics
We have 139 registered users
The newest registered user is ninie032003

Our users have posted a total of 2369 messages in 976 subjects
Facebook
Fan Club Kedah 1

Fan Club Kedah 1


Share | 
 

 Semurni Cinta Aina [Chapter 9]

Go down 
AuthorMessage
lola87
Member
Member
avatar

Posts : 115
__Points__ : 6731
Join date : 03/01/2010
Age : 31
Location : Serdang,Selangor

PostSubject: Semurni Cinta Aina [Chapter 9]   Sat Jan 16, 2010 3:28 pm

Aina berteleku di sisi Haikal. Air matanya yang mula turun, disekanya cepat-cepat. Bimbang jika air matanya terlihat oleh Haikal. Sesekali Haikal mengerang kesakitan meskipun matanya terpejam. Hati Aina makin pilu.

Haikal makin kuat mengerang. Mulutnya juga mula meracau-racau. Sebaknya hati! Kepala Haikal dipangku di atas riba, dipeluk erat rapat ke dadanya.

Tidurlah sayang.......Jika kesakitan mu itu boleh dikongsi, percayalah! Bukan sebahagian yang aku pinta tetapi semua!

Kadang-kadang
Ingin ku gapai gumpalan awan
Buat hamparan tidur malam mu
Tapi sayang,
Aku tak punya sayap untuk terbang
Kerna sayap ku cuma satu!

Adakalanya
Ingin ku lerai lebatnya hujan
Agar menjadi butiran mutiara
Namun sedih
Aku lebih daif dari mu
Mana mungkin ku genggam lebatnya hujan

Justeru ku tahu lemahnya diri
Maka izinkan aku di sini
Menumpang ruang di sudut hati mu
Biar ku ruku' di situ
Biar ku sujud di situ
Taat ku pada Ilahi
Adalah hadiah buat mu.........
*******************

Hampir sebulan dia berehat. Luka di rusuk kirinya juga sudah berparut. Haikal mengeliat perlahan-lahan. Tangannya di depang tinggi-tinggi ke atas. "Abang......" Haikal menoleh ke belakang. Wajah Aina nampak pucat! Hairan juga dia dibuatnya. Sejak akhir-akhir ini gadis itu nampak tidak bermaya.

"Aina nak balik kampung. Rindu dengan Tok Ayah" Suara Aina agak perlahan. Haikal terdiam. Baru dia teringat janjinya dengan ibu untuk membawa Aina pulang ke kampung. Namun janji cuma tinggal janji. Sejak pergaduhannya dengan Mail tempoh hari, janji-janjinya sudah lama dia lupa. "Bila Aina nak balik?"

"Terpulang pada abang. Kalau boleh hujung minggu ni. Aina asyik sakit-sakit kebelakangan ni, mungkin sebab Aina rindukan Tok Ayah." Haikal terdiam lagi. Salah aku membiarkan gadis itu! "Tapi….Abang ada konvoi dengan budak-budak motor!" Baru dia teringat rancangan yang telah dipersetujui dengan Zamri. Gadis itu terdiam seketika. "Tak mengapalah kalau macam tu. Bila abang senang baru hantar Aina." Aina sudah berlalu ke dapur. Haikal melepaskan nafasnya. Kesian Aina! Tapi aku dah janji dengan budak-budak tu!

Haikal melangkah masuk menuju ke dapur, mencari kelibat Aina. "Kenapa ni?" Soal Haikal cemas tatkala melihat Aina yang terbatuk-batuk di sinki. Belakang Aina ditepuk-tepuk beberapa kali. Haikal kian panik melihat Aina yang kemudiannya termuntah-muntah. Tiada apa pun yang keluar, cuma sekadar air.

"Nah! Minum air ni! Aina salah makan ke? Pagi tadi makan apa?" Soalnya. Segelas air suam dihulurkan pada Aina. Gadis itu sekadar menggelengkan kepalanya. "Tak makan? Kenapa tak makan? Patutlah Aina muntah, angin agaknya!"

"Nak pergi klinik tak?" Soalnya lagi. Wajah Aina memang ketara pucat. Risau juga dia dibuatnya. "Tak payahlah ! Mungkin betul cakap abang tadi, perut Aina dah masuk angin agaknya, tu sebab muntah. Mungkin lepas Aina makan nanti, rasa mual tu akan hilang" Suara Aina tersekat-sekat bunyinya. Haikal terdiam. Dahi Aina dijamah sekilas. Tak panas pun! "Abang call Ziela suruh dia datang sini tengok Aina ye!"

"Eh? Tak payah! Tak payah! Jangan susahkan Ziela. Aina bukannya sakit teruk" Cepat-cepat Aina menjawab. Kalau boleh dia tidak mahu Ziela datang dan kalau boleh dia tidak mahu Ziela dekat dengan Haikal. Dia juga berperasaan! Melihat keletah Ziela, cemburunya mengundang juga!

***************

Zamri memeluk tubuh. Sejuknya! Budak-budak ni pun satu! Dah tahu susah nak bangun pagi tapi set time pagi-pagi nak start bergerak! Menyusahkan aku je nak kena tunggu korang!

"Sorry Zam! Lama ke tunggu?" Amboi mak aii! Boleh ditanya lama ke tidak aku menunggu. Kulit aku ni dah naik kecut dari tadi dok berembun. Samad tersengeh. "Rul mana? Yang lain-lain dah siap ke? Cepatlah sikit! Kata nak bergerak lepas subuh!" Bergerak lepas subuh? Macam lerr memasing sembahyang subuh!

Samad menggosok-gosok tangannya menahan rasa sejuk. Sejuk seh! Sejuk sampai ke tulang! "Jom kita gerak Zam. Semua dah siap! Baik kita cepat, kang budak Kai tu angin lagi!" Samad menepuk bahu Zamri beberapa kali.

"Aina dah siap ke? Budak-budak tu dah sampai!" Aina mengangguk perlahan. "Kai! Budak-budak tu dah bising kat luar tuh! Cepat lah sikit!" Zamri yang tiba-tiba menjengah di muka pintu bersuara.

"Jomlah!" Lengan Aina diheret mengikuti langkahnya. Dahi Zamri berkerut. "Eh? Kau bawa Aina sama ke?" Dia berbisik perlahan ke telinga Haikal. "Haah! On the way kita nak pergi sana, kita singgah jap kampung aku. Aku dah call ibu aku kat kampung. Kita bermalam kat sana sehari dua sebelum bergerak!" Zamri terdiam. Sabar jelah aku dengan mamat ni! Ikut sedap hati dia je nak ubah rancangan!

"Tapi Kai, budak-budak tu nak ke ikut kau balik kampung?"

"Suka hati dia oranglah! Nak ikut, ikut! Tak nak, sudah! Aku nak hantar Aina balik kampung dulu sebelum pergi sana!" Haikal bersuara keras. Zamri menggaru-garu kepalanya.

"Habis tu, Aina nak naik apa?" Wajah Haikal direnung lama.

"Engkau kan bawa kereta! Naik dengan kaulah!" Apalah yang susah sangat hantu sekor nih!

"Ziela macam mana?" Soalnya lagi. Haikal mendengus geram! Kenapalah bengap sangat dia ni! "Kereta kau kan besar. Tak kan tambah sorang lagi dah sempit kot? Dah lah tu! Macam mak nenek lah kau ni! Banyak benar songeh!" Aku banyak songeh? Memanglah banyak songeh! Aku pulak yang bersusah payah bawa bini dia, tapi dia sedap-sedap dengan TZM nya!

"Abang Kai! Ziela nak naik dengan abang!" Haikal dan Zamri berpandangan sesama sendiri. Ah! Sudah! Buat hal pulak budak Ziela ni! "Ziela naik dengan abanglah! Bukan ke abang bawa kereta? Lagi pun Aina pun tumpang kita sekali!" Zamri menarik lengan Ziela yang sudah melingkar di pinggang Haikal. "Tak mahu! Ziela nak naik dengan abang Kai jugak!" Gadis itu mula berkeras.

"Tak apalah Zam. Biarlah dia naik dengan aku!" Aina tersentak mendengar persetujuan Haikal. Dia menundukkan wajahnya perlahan-lahan, cuba menyembunyikan rasa kecewa yang mula bertandang.

"Apa ni Kai? Kau tak kesian dekat Aina ke?" Suara Zamri separuh berbisik. "Sebab aku kesian kan Aina lah aku suruh dia naik dengan kau! Aina tu tak sihat, tak kan nak suruh dia membonceng motor dengan aku pulak! Lagipun, aku cuma bawa Ziela bukannya buat apa-apa pun!" Amboi senangnya kau cakap Kai! Memang betullah engkau ni tak punya perasaan. Hati batu agaknya. Egonya itu jugak yang hendak didaulatkan! Lantaklah! Esok, kemudian hari berlaku apa-apa, aku tak campur! Zamri melepaskan nafasnya agak keras. Geram!

"Jomlah Aina! Budak-budak tu semua dah bergerak" Aina sekadar mengangguk. Matanya sayu melihat Ziela yang memeluk erat tubuh Haikal. Dia terus menghantar pandangan meskipun motosikal Haikal sudah berdesup laju ke jalan.

*********************
Menjelang tengah hari mereka semua tiba di kampung Haikal. Hajah Endon kelam kabut menuruni anak tangga menyambut kedatangan tetamunya. "Mana Aina?" Matanya melilau mencari kelibat menantunya.

"Kejap lagi sampailah ibu" Wajah Endon berkerut. "Ibu ingat perempuan tu Aina! Kenapa biarkan Aina naik dengan orang lain?" Adoi! Ibu ni! Apa aku nak jawab?

"Errrr……Aina tak berapa sihat kebelakangan ni ibu. Sebab tu Kai suruh dia naik kereta" Hajah Endon mendengus geram. "Kot ye pun, janganlah bawa perempuan lain naik motor sekali. Jangan lupa yang Aina tu isteri Kai!" Haikal tersengeh. Memang aku tak pernah lupa!

Mana budak Zam ni? Sudah setengah jam tapi masih tak nampak batang hidung. Haikal mundar mandir di laman rumah. Sesekali kepalanya terjengok-jengok ke jalan raya menanti kelibat Aina dan Zamri. Risau juga dia dibuatnya!

Dia mendail laju nombor telefon milik Zamri. "Oiii mangkuk! Kau kat mana ni? Dah lama aku tunggu, tapi tak jugak sampai-sampai! Apa halnya?"

"Aku on the way lah ni! Kejap lagi sampailah! Kenapa? Kau risau aku bawa lari Aina ke? Tahu pun takut! Suruh jaga elok-elok, tak nak!" Sial kau Zam! Kau kenakan aku ye!

"Banyaklah kau punya takut! Cepatlah sikit! Ibu aku dah bising tu!"

"Ye lah! Aku tahulah! Kejap lagi kami sampai! Aina ni asyik muntah-muntah je dari tadi, tu sebab lambat." Muntah lagi? Apa kena dengan Aina ni? Teruk sangat ke sakitnya? Sampai ke hari ini sakitnya masih berlarutan. Habislah aku! Kalau ibu nampak keadaan Aina macam tu, tentu teruk aku di marahnya!
Back to top Go down
http://florallan87.blogspot.com
 
Semurni Cinta Aina [Chapter 9]
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! :: General Category :: Cerita/Carpen-
Jump to: