Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!

Lebih Skandal Dari Biasa
 
PortalPortal  HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  RegisterRegister  Log in  
Latest topics
» Aksi Permain Bola Yg paling Aku suka ~
Thu Sep 02, 2010 1:45 am by ____am____

» Selamat Berpuasa Semua
Tue Aug 24, 2010 6:08 pm by ____am____

» Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
Thu Jun 17, 2010 5:11 pm by ____am____

» SATRIA CLUB !!
Wed Jun 09, 2010 4:57 am by ___ari3l___

» Crazy asian rider wow people on the street
Fri Mar 26, 2010 2:18 pm by ____am____

» Gambar Baikk..Punya
Fri Mar 26, 2010 2:16 pm by ____am____

» (GAMBAR)Ziana Zain Berturban La Pulak
Fri Mar 26, 2010 12:33 pm by ____am____

» Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama
Fri Mar 26, 2010 10:46 am by ____am____

» Ku ingin kembali
Thu Mar 25, 2010 3:27 pm by ____am____

» Why malay people afraid to speak in english??
Thu Mar 25, 2010 3:24 pm by ____am____

» nak wat gath x???
Thu Mar 25, 2010 3:29 am by ____am____

» Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah
Tue Mar 23, 2010 9:42 am by yanie.

Social bookmarking
Social bookmarking digg  Social bookmarking delicious  Social bookmarking reddit  Social bookmarking stumbleupon  Social bookmarking slashdot  Social bookmarking yahoo  Social bookmarking google  Social bookmarking blogmarks  Social bookmarking live      

Bookmark and share the address of Forumer Kedah:1 on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! on your social bookmarking website
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
 Gallery
Top posters
_____.Rexo._____ (612)
 
____am____ (562)
 
___ari3l___ (222)
 
yanie. (188)
 
lola87 (115)
 
__mimi__ucu__ (85)
 
fyda (68)
 
mister-kerang (58)
 
miss-lady (58)
 
miss erien a.k.a bunga (50)
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Partner Kami

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 14 on Fri Jan 01, 2010 12:13 am
Statistics
We have 139 registered users
The newest registered user is ninie032003

Our users have posted a total of 2369 messages in 976 subjects
Facebook
Fan Club Kedah 1

Fan Club Kedah 1


Share | 
 

 Tunggu skrip ‘pecah kepala'

Go down 
AuthorMessage
____am____
|_Founder_|
|_Founder_|
avatar

Posts : 562
__Points__ : 8029
Join date : 13/12/2009
Age : 32
Location : Pulau Pinang AND Alor Star

PostSubject: Tunggu skrip ‘pecah kepala'   Tue Jan 12, 2010 9:07 am

LAKONAN mantapnya sebagai Mat Rempit bernama Acai dalam filem
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof masih
meninggalkan kesan mendalam kepada penonton sampai hari ini.



























Sekalipun tidak membawa pulang sebarang trofi, Shaheizy tetap tidak
berputus asa malah terus menampilkan kecemerlangan dalam lakonannya
sepanjang tempoh tiga tahun kembali aktif menyemarakkan persada seni
tanah air.
Malah, nama Shaheizy juga di sebut-sebut sebagai sebagai hero pelapis filem Melayu ketika ini.
Namun,
Shaheizy yang juga adik pelakon berkaliber Zizie Izette, 31, ini lebih
suka merendah diri dan tidak pernah mendabik dada dengan segala pujian
diberikan kepadanya.
“Perjalanan karier seni masih jauh dan
saya juga belum buat yang terbaik. Terus terang, saya memang tidak
termakan pujian orang, tapi saya tetap menghargai semua pujian itu.
Sebagai pelakon serius, saya juga lebih kenal diri sendiri dan tahu
segala kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki dalam lakonan.
“Apa yang dikecapi hari ini juga baru permulaan dalam karier lakonan saya. Saya juga baru tampilkan lakonan yang asas saja.
Sebenarnya, semua pelakon ada karakter masing-masing dan bagi saya semua orang hebat dalam menjiwai sesuatu watak itu.
“Apa
yang saya perhatikan, lakonan rakan seperjuangan dalam industri seni
seperti Adlin Aman Ramlie, Zulhuzaimy dan Que Haidar masingmasing ada
peningkatan yang boleh dibanggakan peminat filem tempatan,” katanya.
Ketika
sesi fotografi yang diatur Rap dengannya di Balai Berita baru-baru ini,
Shaheizy mengakui dia seorang pelakon yang sangat mementingkan
kesempurnaan dalam lakonannya.
“Setiap kali saya menonton
lakonan sendiri, saya tetap tidak berasa puas hati dengan prestasi
lakonan saya itu. Kalau boleh saya tidak mahu menonton lakonan sendiri.
“Sebenarnya, saya juga percaya pelakon kita tidak mempunyai masa
mencukupi untuk buat yang terbaik dalam filem Melayu. Sebab itu, kalau
boleh, saya ingin buat satu watak saja dalam tempoh setahun bagi
membolehkan saya mempunyai masa untuk mengubah diri dan tidak terikut
dengan karakter dilakonkan sebelum ini.
“Tapi ia tidak
berlaku di persada seni kita. Justeru, setiap kali dapat sesuatu watak,
saya berusaha memberikan kelainan dalam setiap lakonan,” katanya.
Apapun,
kata anak bujang pelakon veteran Khaty Fauziah ini, dia masih menunggu
skrip yang bagus yang boleh mencabar lakonannya pada masa depan.
“Bagi
saya, semuanya bergantung pada skrip. Sebab itu, saya masih menunggu
skrip yang betul-betul bagus dan boleh ‘pecah kepala’ dibuatnya.
“Saya
juga mencari pengarah yang boleh membuat eksperimen dengan saya. Antara
pengarah yang saya ingin bekerja pada masa depan ialah Osman Ali,
Afdlin Shauki, Kabir Bhatia dan Aziz M Osman.
“Setakat ini,
skrip yang saya dapat daripada pengarah juga semuanya boleh tahan juga.
Pada masa sama, saya memang agak selektif dari segi watak dan
perwatakan ditawarkan,” katanya.
Shaheizy berkata, sesuatu perwatakan yang diserahkan kepadanya juga selalunya dibentuk pada hari penggambaran dijalankan.
“Saya
perlu membuat pergerakan dalaman untuk menjiwai sesuatu watak itu.
Contohnya, dalam Bohsia, watak saya sebagai Mat Rempit dan tiba-tiba
mendapat idea untuk menepuk kepala bagi menunjukkan saya sakit kepala
ketika itu.
“Antara karakter diidamkan pada masa depan ialah
cerita fiksyen atau watak dalam khayalan seperti Superman dan Batman.
Selain itu watak lelaki pesakit mental, cacat fizikal dan psiko,”
katanya.
Pada masa sama, Shaheizy juga percaya dirinya belum terlambat untuk menempa nama di persada seni tanah air.
“Saya
tidak anggap usia 27 tahun ini sudah terlewat buat saya mengembangkan
bakat lakonan sedia ada. Seperti di Hollywood, pelakon yang berusia
lebih hebat lakonannya.
Pemikirannya juga semakin matang kerana banyak pengalaman sudah dilalui sepanjang berlakon.
“Pelakon
tempatan yang sudah berusia di negara kita juga tidak kurang hebatnya
seperti Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali dan Eman Manan,” katanya.
Mengenai
perkembangan kerjaya lakonannya, Shaheizy juga terbabit dengan
penggambaran drama bersiri 26 episod, Jangan Pandang Belakang (JPB)
arahan Ahmad Idham yang dimulakan sejak pertengahan Oktober tahun lalu.
Filem
terbaru lakonannya, Adnan Sempit arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri
terbitan MIG Production Sdn Bhd ini akan menemui penonton di pawagam
mulai 14 Januari ini.
Filem tempatan pertama yang mengisi panggung pada 2010 itu turut dibintangi Reanna, Cat Farish dan Julia Hana.
Kata Shaheizy lagi, Adnan Sempit adalah genre komedi yang bukan slapstik kerana ia komedi situasi.
“Sebenarnya, jiwa saya memang buat sitkom dan saya juga percaya
seseorang pelakon itu tidak perlu menjadi pelawak untuk buat sitkom.
“Dari
segi kepuasan dalam lakonan, kisah Mat Rempit memang memberikan
kepuasan kepada saya. Ia juga lebih pada penceritaan kisah Adnan yang
bekerja sebagai penghantar surat dan jatuh hati kepada majikannya Nadia
lakonan Intan Ladyana,” katanya.
Dua lagi filem lakonannya
ialah Puaka Ni Yang Rapik yang bakal menjengah pawagam tempatan pada
Februari dan Evolusi KL Drift 2 pula pada Mac nanti.
Kesibukan berlakon menyebabkan Shaheizy tidak ada masa untuk berfikir soal untuk menamatkan zaman bujangnya.
“Terus
terang, saya memang tidak fikir lagi soal kahwin. Maklumlah, kehidupan
saya memang tidak sama dengan orang biasa kerana jadual penuh dengan
kerja saja. Kerjaya sebagai pelakon ini tidak menentu.
Saya sampai di rumah kadangkadang sehingga jam 8 pagi dan terus masuk bilik untuk tidur saja.
“Kalau
orang yang tidak faham mereka mungkin fikir saya menipu sedangkan saya
memang habiskan masa di lokasi penggambaran,” katanya.
Kata Shaheizy lagi, jika tidak terbabit dengan sebarang penggambaran dia lebih selesa berehat di rumah.
“Saya
memang suka habiskan masa bersendirian dengan menonton filem sekali gus
mengembangkan minda. Aktiviti lain ialah ke pusat belibelah dan
bersembang dengan kawan di laman sosial Facebook,” katanya.
Shaheizy yang pernah putus cinta dua kali juga mengakui belum bertemu pengganti untuk mengisi kekosongan hatinya itu.
Dia
yang pernah putus cinta dengan pelakon baru, Tengku Putri Najwa (Wawa)
yang popular menerusi drama Dari KL ke Queenstown (DKLKQ) juga mencari
wanita yang memenuhi ciriciri yang diimpikan.
“Ciriciri
wanita idaman saya mestilah suka tersenyum dan tidak cakap banyak.
Selain itu, dia mestilah mempunyai ciriciri wanita sejati. Saya juga
tidak kisah dia daripada golongan artis atau tidak,” katanya.

Kedah:1 Forumer! Enjoy!
Hargai Post Member-Member Anda Disini! SILA BACA!
 


IF YOU LIKE MY POST PLEASE PRESS +

"Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun"


Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu
Back to top Go down
http://www.kedah.co.cc
 
Tunggu skrip ‘pecah kepala'
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! :: Hiburan Board :: Sembang-Sembang Hiburan :: Local Hiburan-
Jump to: