Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!

Lebih Skandal Dari Biasa
 
PortalPortal  HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  RegisterRegister  Log in  
Latest topics
» Aksi Permain Bola Yg paling Aku suka ~
Thu Sep 02, 2010 1:45 am by ____am____

» Selamat Berpuasa Semua
Tue Aug 24, 2010 6:08 pm by ____am____

» Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
Thu Jun 17, 2010 5:11 pm by ____am____

» SATRIA CLUB !!
Wed Jun 09, 2010 4:57 am by ___ari3l___

» Crazy asian rider wow people on the street
Fri Mar 26, 2010 2:18 pm by ____am____

» Gambar Baikk..Punya
Fri Mar 26, 2010 2:16 pm by ____am____

» (GAMBAR)Ziana Zain Berturban La Pulak
Fri Mar 26, 2010 12:33 pm by ____am____

» Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama
Fri Mar 26, 2010 10:46 am by ____am____

» Ku ingin kembali
Thu Mar 25, 2010 3:27 pm by ____am____

» Why malay people afraid to speak in english??
Thu Mar 25, 2010 3:24 pm by ____am____

» nak wat gath x???
Thu Mar 25, 2010 3:29 am by ____am____

» Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah
Tue Mar 23, 2010 9:42 am by yanie.

Social bookmarking
Social bookmarking digg  Social bookmarking delicious  Social bookmarking reddit  Social bookmarking stumbleupon  Social bookmarking slashdot  Social bookmarking yahoo  Social bookmarking google  Social bookmarking blogmarks  Social bookmarking live      

Bookmark and share the address of Forumer Kedah:1 on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! on your social bookmarking website
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
 Gallery
Top posters
_____.Rexo._____ (612)
 
____am____ (562)
 
___ari3l___ (222)
 
yanie. (188)
 
lola87 (115)
 
__mimi__ucu__ (85)
 
fyda (68)
 
mister-kerang (58)
 
miss-lady (58)
 
miss erien a.k.a bunga (50)
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Partner Kami

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 14 on Fri Jan 01, 2010 12:13 am
Statistics
We have 139 registered users
The newest registered user is ninie032003

Our users have posted a total of 2369 messages in 976 subjects
Facebook
Fan Club Kedah 1

Fan Club Kedah 1


Share | 
 

 penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Islam.

Go down 
AuthorMessage
____am____
|_Founder_|
|_Founder_|
avatar

Posts : 562
__Points__ : 8031
Join date : 13/12/2009
Age : 32
Location : Pulau Pinang AND Alor Star

PostSubject: penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Islam.   Fri Jan 08, 2010 12:06 pm

Isu Penggunaan Kalimah Allah swt — Nasrudin Hassan Tantawi
JAN 3 — Keputusan mahkamah yang membenarkan sebuah akhbar (Herald)
menggunakan kalimah Allah swt telah mencetus polemik dikalangan
masyarakat dalam negara kita. Keadaan kelihatan tegang antara penganut
ajaran Kristian dan ummat Islam.
Saya mengharapkan semua pihak terlebih dahulu tidak mengambil
tindakan terburu – buru dan diluar kawal dengan hanya berpandukan emosi
khasnya kepada ummat Islam. Justeru, Islam adalah agama yang tetap
benar dan utuh malah ia akan terus dipelihara dengan hujjah yang benar
dan kuat.
Asalnya, agama Kristian (Nasara), Yahudi dan Islam berkongsi Tuhan
yang sama iaitu Allah swt. Tuhan yang satu dan Tuhan yang Maha Esa .
Inilah jua yang termaktub di dalam Taurat dan Injil.
Namun Taurat dan Injil yang asal telah dipinda oleh para paderi dan
pendita Yahudi sejak lama dulu sehingga menghasilkan Injil Barnaba,
Injil Matthew dan sebagainya. Semenjak itu mereka menyengutukan
(mensyirikkan) Allah swt Tuhan yang Maha Esa dengan menganggap ada
Tuhan lain selain Allah seperti Tuhan anak, Tuhan bapa dan Tuhan ibu.
Konsep ketuhanan yang sedemikian adalah sangat bercanggah dengan
Islam. Justeru Allah swt adalah Tuhan yang Esa. Tuhan yang Satu dan
tiada Tuhan yang lain selain Allah yang layak disembah.
Sementara mana-mana pihak mahu mengambil Tuhan yang lain sebagai
Tuhan mereka untuk disembah adalah terpulang kepada keyakinan mereka
dan itu menjadi hak mereka dalam beragama. Tetapi mereka tidak boleh
menggunakan Lafzul Jalaalah [Allah] sebagai Tuhan dan diletakkan di
dalam rumah – rumah ibadah mereka untuk disekutukan kerana ia
disifatkan satu penghinaan kepada ummat Islam yang meletakkan Allah swt
sebagai Tuhan yang Esa yang tidak sekali-kali layak disekutukan dengan
segala apa jua.
Saya bersetuju bahawa kalimah Allah swt boleh digunakan oleh sesiapa
jua tanpa ia menjadi milik ekslusif ummat Islam kerana Allah swt adalah
Tuhan kepada seluruh ummat manusia. Tetapi penggunaan kalimah Allah itu
mestilah benar dan tepat dengan keesaan Allah swt. Seperti mereka
mengatakan Allah adalah Tuhan yang mencipta Alam dan Tuhan yang
mencipta manusia, maka itu adalah perkataan yang benar dan mereka
dibenarkan untuk berkata demikian sekalipun mereka bukan muslim.
Menggunakan kalimah Allah swt secara benar dan betul adalah tidak
mengapa. Sebagaimana yang disebut dalam al-Quran, bagaimana golongan
musyrikin apabila ditanya: (siapakah yang menjadikan langit dan bumi
serta menundukkan matahari dan bulan nescaya mereka menjawab Allah,
maka mengapa mereka masih boleh dipalingkan daripada kebenaran). Dalil
ini bagi menegaskan tidak mengapa penggunaan kalimah Allah swt dengan
maksud yang benar dan bertepatan dengan konsep ketuhanan Allah swt
tanpa mereka berpaling dari kebenaran itu.
Melalui pengamatan saya, aliran Kristian di negara-negara arab
seperti Mesir meletakkan kalimah Allah di dalam gereja dan
restoran-restoran mereka. Pengalaman saya dengan aliran Kristian di
Mesir ini mendapati mereka sememangnya menganggap Allah swt adalah
Tuhan yang menciptakan manusia dan memberi rezeki. Bahkan mereka
menggunakan kalimah Allah swt sejak awal (ribuan tahun) yang lalu.
Situasi ini sangat berbeza dengan aliran Kristian yang lain seperti
di barat mahupun di negara kita. Sejak awal mereka tidak pernah
menggunakan kalimah Allah swt sebagai merujuk kepada Tuhan yang mereka
sembah dalam upacara ibadat, penerbitan dan gereja-gereja mereka.
Sebaliknya mereka sering menggunakan kalimah God sebagai Tuhan mereka
dan Jesus tatkala merujuk kepada Nabi Isa a.s
Apabila timbul isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald, ia
suatu yang sangat asing maka ia mencetus kesangsian dikalangan ummat
Islam. Apakah motif penggunaan kalimah tersebut? Jika untuk tujuan
ibadah, tidak pernah pula mereka menggunakan kalimah tersebut sebelum
daripada ini. Inilah persoalan yang mesti diberikan penjelasan yang
jujur dari pihak terbabit.
Kebimbangan ummat Islam adalah berasas. Penggunaan kalimah Allah
tanpa motif yang jelas menimbulkan pelbagai prasangka. Apakah ini
strategi mereka untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan ummat Islam
lalu memurtadkan mereka atau ini satu siri provokasi untuk menilai
sensitiviti ummat Islam. Prasangka ini akan terus bersarang dan
berlegar dalam jiwa ummat Islam.
Sikap saya jelas. Jika mereka guna kalimah Allah secara salah pasti
mereka akan berdepan dengan penentangan dan kemarahan ummat Islam yang
tidak rela Allah swt dipersenda dan diperlekehkan. Tetapi jika mereka
menggunakan kalimah Allah dengan betul dan benar seperti menyebut
bahawa Allah adalah Tuhan yang mencipta langit dan bumi, Allah adalah
Tuhan yang mencipta manusia, Allah adalah Tuhan yang memberi rezeki dan
seumpamanya, maka itu tidak mengapa dan saya boleh bersetuju sekalipun
yang melafazkan itu bukan muslim.
Menghormati mahkamah, Kementerian Dalam Negeri berhak membuat rayuan
segera bagi membolehkan mahkamah mengkaji dan menyemak semula keputusan
yang telah dibuat. Saya juga mengharapkan selepas ini, hakim yang
mengendalikan kes mestilah juga hakim yang memahami kedudukan agama
Islam dan Kristian di Malaysia. Campur tangan pihak Raja-Raja Melayu
juga mungkin boleh meredakan keadaan yang kini kian panas dan tegang.
Insya-Allah, bagi pihak Pemuda PAS senantiasa bersedia untuk
berdialog dan berdepan dengan pelbagai pihak bagi menyelesaikan
masaalah secara hujjah, tenang dan damai tanpa mencetus pergolakan
antara agama.
Kita juga melahirkan rasa kesal terhadap sikap kerajaan Umno dan BN
yang selama ini terlalu banyak mendiamkan diri dalam kes-kes yang
mempersendakan Islam dan ummatnya.
Nasrudin Hassan Tantawi ialah Ketua Dewan Pemuda PAS.


//Aku lebih setuju pendapat Nasrudin Hassan Tantawi , nampak clear dan tepat daripada pendapat yang berbau politik.!

Kedah:1 Forumer! Enjoy!
Hargai Post Member-Member Anda Disini! SILA BACA!
 


IF YOU LIKE MY POST PLEASE PRESS +

"Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun"


Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu
Back to top Go down
http://www.kedah.co.cc
 
penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Islam.
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! :: General Category :: Isu-Isu Terkini @ News-
Jump to: