Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!
Sila Login ! Untuk Melihat Kesemua Isi Kandungan Forum!
Seperti Download, Mp3,Movie! TQ

Register Cuma 1 Minit Dan Anda Enjoy Forever!
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti!

Lebih Skandal Dari Biasa
 
PortalPortal  HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  RegisterRegister  Log in  
Latest topics
» Aksi Permain Bola Yg paling Aku suka ~
Thu Sep 02, 2010 1:45 am by ____am____

» Selamat Berpuasa Semua
Tue Aug 24, 2010 6:08 pm by ____am____

» Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
Thu Jun 17, 2010 5:11 pm by ____am____

» SATRIA CLUB !!
Wed Jun 09, 2010 4:57 am by ___ari3l___

» Crazy asian rider wow people on the street
Fri Mar 26, 2010 2:18 pm by ____am____

» Gambar Baikk..Punya
Fri Mar 26, 2010 2:16 pm by ____am____

» (GAMBAR)Ziana Zain Berturban La Pulak
Fri Mar 26, 2010 12:33 pm by ____am____

» Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama
Fri Mar 26, 2010 10:46 am by ____am____

» Ku ingin kembali
Thu Mar 25, 2010 3:27 pm by ____am____

» Why malay people afraid to speak in english??
Thu Mar 25, 2010 3:24 pm by ____am____

» nak wat gath x???
Thu Mar 25, 2010 3:29 am by ____am____

» Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah
Tue Mar 23, 2010 9:42 am by yanie.

Social bookmarking
Social bookmarking digg  Social bookmarking delicious  Social bookmarking reddit  Social bookmarking stumbleupon  Social bookmarking slashdot  Social bookmarking yahoo  Social bookmarking google  Social bookmarking blogmarks  Social bookmarking live      

Bookmark and share the address of Forumer Kedah:1 on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! on your social bookmarking website
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
 Gallery
Top posters
_____.Rexo._____ (612)
 
____am____ (562)
 
___ari3l___ (222)
 
yanie. (188)
 
lola87 (115)
 
__mimi__ucu__ (85)
 
fyda (68)
 
mister-kerang (58)
 
miss-lady (58)
 
miss erien a.k.a bunga (50)
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Partner Kami

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 14 on Fri Jan 01, 2010 12:13 am
Statistics
We have 139 registered users
The newest registered user is ninie032003

Our users have posted a total of 2369 messages in 976 subjects
Facebook
Fan Club Kedah 1

Fan Club Kedah 1


Share | 
 

 gerik yang penuh memori

Go down 
AuthorMessage
___ari3l___
___Tok Pengulu___
___Tok Pengulu___
avatar

Posts : 222
__Points__ : 7143
Join date : 30/12/2009
Age : 32
Location : johor

PostSubject: gerik yang penuh memori   Fri Jan 01, 2010 10:52 am

PERTAMA kali menjejakkan kaki ke daerah ini pasti pengunjungnya terpegun melihat kehijauan hutan dan suasananya yang tenang, aman dan sunyi serta jauh daripada hiruk-pikuk kota.

Gerik, sebuah pekan kecil di utara Perak, hari ini keadaannya tidak sama lagi dengan 20 tahun lalu.

Pekan yang berhampiran sempadan Malaysia-Thailand itu pernah menyaksikan pelbagai peristiwa berdarah yang masih segar di ingatan penduduk tempatan yang turut menjadi sebahagian daripada sejarah hitam negara satu ketika dahulu.

Semuanya bermula apabila pengikut komunis di bawah Parti Komunis Malaya (PKM) mengganas pada sekitar tahun 1948 sehingga berakhirnya zaman itu dengan peletakan senjata pada 1989.

Gerik adalah kawasan hitam ketika itu kerana kedudukannya berdekatan sempadan dan hutannya yang tebal menjadi tempat berlindung gerila komunis.

Operasi ketenteraan juga tertumpu di Gerik dan tidak sedikit perwira negara yang gugur di belantaranya demi kedaulatan negara tercinta.

Selepas zaman darurat berakhir, tiada lagi kedengaran kisah pertempuran namun ia masih menjadi kawasan operasi tentera.





Mungkin tidak lengkap menjadi tentera jika bumi Gerik tidak ditempuh dan bukit-bukaunya tidak dipanjat.

Selain melaksanakan misi operasi, cabaran lain yang akan menguji kekuatan seorang anggota tentera ialah keadaan muka buminya yang berbukit bukau dan belantaranya yang luas serta tebal.

Peristiwa kumpulan militan Al-Ma'unah menceroboh Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah (kini dikenali 4 Rejimen Sempadan, Kem Gerik) dan merampas sebahagian senjatanya pada subuh 2 Julai 2000 menyebabkan Gerik sekali lagi menjadi perhatian negara malah wakil media berkampung di daerah pedalaman itu.

Dan terkini, pada 11 Disember lalu, Gerik sekali lagi menjadi tumpuan pihak media dari seluruh negara.

Kali ini mereka datang bukan untuk membuat liputan mengenai komunis atau keganasan tetapi sebaliknya menyahut seruan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk sama-sama menjayakan Program Sehari Bersama Media.

Para petugas media daripada pelbagai agensi itu datang ke belantara Gerik dalam misi menimba pengalaman dan menghayati suasana dan kehidupan seorang tentera yang bertugas demi mempertahankan keamanan tanah air tercinta.

Ia juga sempena meraikan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-76 bersama anggota tentera selain menghayati kehidupan dan pengorbanan tentera yang menjaga keamanan tanah air.

Seramai 71 petugas media mula berkampung di sekitar Gerik untuk menyertai program tersebut yang bertemakan '2,749 Minit Menghayati Suasana Operasi' bermula dari 11 sehingga 13 Disember lalu.

Objektif

Program ini bermatlamat memberi pendedahan kepada petugas media untuk mengenali ATM dengan lebih dekat di samping memperingati pengorbanan dan perjuangan pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara daripada ancaman musuh.

Dalam pada itu, ia turut mengeratkan hubungan antara warga ATM dan juga petugas media yang sering bekerjasama dalam menyampaikan maklumat tepat mengenai ATM kepada masyarakat awam di negara ini.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin ketika menutup program itu berkata, media merupakan komponen penting bagi ATM dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam.

"ATM menghargai segala jasa dan tanggungjawab pihak media dalam menyampaikan maklumat dan laporan yang telus dan betul bagi menggambarkan ATM sebagai sebuah agensi yang mampu mengekalkan keamanan kepada negara,'' katanya.

Pengalaman berharga

Saban tahun Program Sehari Bersama Media dianjurkan, namun kali ini ia begitu berbeza daripada sebelumnya dengan petugas media dapat merasai suasana sebenar menjalankan operasi di hutan seperti yang dialami oleh seorang anggota tentera sebenar.

Segala prosedur dan turutan tugas daripada mula menerima perintah masuk medan, pergerakan taktikal memasuki medan, penyediaan tempat tinggal di kawasan operasi sehingga belajar ikhtiar hidup dirasai oleh setiap petugas media yang menyertai program itu.

Kehidupan sebagai seorang anggota tentera bukan mudah seperti yang disangka. Pengalaman yang ditimba oleh petugas media kali ini amat berharga memandangkan tidak ramai orang awam berpeluang melalui pengalaman sebegitu.

Ia memberi keinsafan dalam diri setiap peserta di mana kesenangan yang dihadapi hari ini adalah hasil usaha kepayahan dan pengorbanan anggota tentera yang sanggup berjuang mempertahankan keamanan negara.

Sepanjang tiga hari program berlangsung, kesemua peserta dibekalkan dengan peralatan lengkap seperti yang digunakan oleh anggota tentera dalam menjalankan operasi di dalam hutan. Peluang sebegini sukar untuk dirasai di mana-mana apatah lagi segala perjalanan program direka khas sama dengan suasana ketika mengadakan operasi di belantara.

Markas 8 Briged yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan bertanggung jawab dalam menganjurkan program itu. Pasukan itu ketika ini sedang menjalankan operasi mengawal zon utara di Markas Taktikal 749.

Ketua Staf Markas 8 Briged, Leftenan Kolonel Hafizueddin Jantan berkata, program itu telah dirangka tiga bulan lalu bagi memberi peluang kepada wakil media untuk menghayati suasana operasi di dalam hutan serta merasai sendiri kepayahan dan kesukaran ketika menjalankan operasi.

"Dalam masa yang sama juga, ia dapat memberikan pemahaman yang baik kepada mereka bagi mengenali angkatan tentera dengan lebih dekat," katanya.

Seramai 38 pegawai dan 585 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam menjayakan program ini dan mereka telah mula berkampung di Gerik sejak seminggu sebelum program itu diadakan.

Program

Para peserta dibahagikan kepada platun mengikut seperti kebiasaannya tentera akan bergerak menjalankan operasi mengikut platun yang terdiri daripada 25 hingga 35 orang.

Setiap platun dibacakan perintah menduduki kawasan oleh Ketua Platun yang berpangkat Leftenan Muda pada malam sebelum bergerak memasuki kawasan operasi.

Saat yang ditunggu wakil media akhirnya tiba apabila mereka diberikan seragam tentera dan begitu segak menggayakan pakaian tentera yang lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki.

Peserta kemudiannya mula bergerak menggunakan kenderaan tentera tiga tan ke Markas Taktikal 749 di Banding yang turut diiringi dua buah kereta perisai sebagai kawalan keselamatan pergerakan memasuki kawasan operasi.

Kedamaian Tasik Temenggor mula bingit dengan bunyi bot tempur membelah tasik yang membawa peserta memasuki kawasan operasi yang terletak di Royal Belum pada pagi tersebut.

Tasik buatan yang asalnya merupakan Sungai Perak itu mempunyai empat buah Empangan iaitu Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenering dan juga Empangan Chenderoh.

Perjalanan yang mengambil masa satu jam setengah itu berhenti seketika di ponton buatan di tengah-tengah tasik tersebut. Seketika lagi para peserta bakal disajikan dengan demonstrasi antikeganasan yang dijalankan oleh Rejimen Gerak Khas ATM - pasukan elit terbaik di rantau Asia Tenggara.

Kedamaian tasik tiba-tiba terganggu dengan aksi hebat dan deruman enjin bot serta pesawat udara memaparkan ketangkasan dan kehebatan anggota ATM.

Perasaan bangga dan terpegun jelas terpancar pada raut wajah setiap peserta yang menyaksikan demonstrasi tersebut.

Pasukan tersebut menggunakan pelbagai teknik bagi menangani situasi tersebut dengan teknik 'Halo Casting' dengan menggunakan Bot Zodiac (CCBA) oleh pasukan Perenang Tempur bagi tujuan memasuki kawasan penculikan.

Manakala teknik 'Fast Roping' turun daripada pesawat Nuri dan teknik 'Rapid Touch n Go' dengan menggunakan pesawat Agusta pula digunakan bagi membolehkan anggota tinjau dan perenang tempur memasuki kawasan tragedi.

Keadaan semakin teruja apabila kawasan ponton iaitu tempat para peserta menyaksikan demonstrasi terbabit bergegar dengan kehadiran dua buah Bot RIRC yang membawa pasukan penyelamat yang turut diiringi jetski bagi membantu operasi.

Teknik-teknik lain yang digunakan selepas menyelamat adalah Spie Rig dan Winching di dalam air serta Fast Recovery. Drama menyelamatkan tebusan itu turut sama disaksikan oleh Panglima ATM di atas ponton bersama rombongan petugas media yang menyertai program tersebut.

Peserta kemudian diatur gerak memasuki pangkalan platun di Royal Belum dan menyediakan tempat tidur pada malam itu.

Peserta mula memasang Basha dan Hammock yang menjadi katil dan atap bagi malam itu, satu pengalaman baru bagi mereka yang tidak pernah berkhemah di hutan apatah lagi di belantara tebal.

Survival Village

Setiap anggota tentera perlu mahir dan wajib menguasai kemahiran ikhtiar hidup atau survival bagi membantu anggota meneruskan hidup jika perkara yang tidak diingini berlaku di dalam belantara tebal.

Ia bertujuan memastikan setiap anggota yang dihantar ke perbatasan mampu bersedia dan meneruskan hidup pada bila-bila masa sekiranya keadaan menjadi teruk dan mendesak.

Teknik mengenali tumbuhan dan haiwan yang boleh dimakan, memasak, menghidupkan api, membuat perangkap dan tempat perlindungan turut ditunjukkan kepada peserta bagi memberikan maklumat dan sedikit kemahiran jika sesuatu terjadi di tengah-tengah hutan.

Pendek kata, kehidupan di belantara bukanlah mudah seperti yang ditonton dalam filem atau drama tetapi demi tanggungjawab memelihara keamanan dan menjamin keselamatan negara, segala keperitan itu ditelan oleh anggota tentera.

Pada akhir program itu, pihak ATM dan media turut memberikan sumbangan kepada penduduk Orang Asli di kawasan tersebut dalam memenuhi tanggungjawab sebagai seorang warga yang prihatin.

Program itu memberikan satu gambaran tentang kecekalan anggota tentera dalam menjalankan tugas mereka.

Walaupun pengalaman yang ditimba tidak sebanyak mana, semua petugas media berbangga kerana ATM mempunyai kekuatan dan kemahiran yang tinggi dan jitu.

Selain menuju pemodenan ATM, setiap rakyat Malaysia harus berbangga ada orang yang sanggup bersusah payah di tengah belantara demi kesenangan orang lain di seluruh negara.

Namun tugas yang dipikul oleh ATM bukan enteng dan tidak harus dipandang remeh. Rakyat perlu insaf dan bersyukur dengan apa yang dinikmati hari ini kerana ia datang daripada tumpahan darah orang terdahulu.

[img][/img]
Back to top Go down
fyda
Member
Member
avatar

Posts : 68
__Points__ : 6602
Join date : 30/12/2009
Age : 27
Location : lockstuck,kedah

PostSubject: Re: gerik yang penuh memori   Sun Jan 03, 2010 3:29 pm

waaahhhh...pnjngnye story dye...


pnjam moto leh ta...
Back to top Go down
____am____
|_Founder_|
|_Founder_|
avatar

Posts : 562
__Points__ : 8031
Join date : 13/12/2009
Age : 32
Location : Pulau Pinang AND Alor Star

PostSubject: Re: gerik yang penuh memori   Sun Jan 03, 2010 10:54 pm

eheh..nak kita pi lawatan ke Thai pulak ya
Back to top Go down
http://www.kedah.co.cc
Sponsored content




PostSubject: Re: gerik yang penuh memori   

Back to top Go down
 
gerik yang penuh memori
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kedah 1 Chatters Forumer Komuniti! :: General Category :: Isu-Isu Terkini @ News-
Jump to: